Skincare Berkesan, Selamat Berasaskan Bahan Semulajadi

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Sunday, February 18, 2018

Skincare Berkesan, Selamat Berasaskan Bahan Semulajadi

Kesedaran timbul di kalangan rakyat Malaysia untuk mencari skincare berkesan dan selamat. Tumpuan diberikan untuk mendapatkan skincare berasaskan bahan semulajadi.

Skincare Berkesan, Selamat, berasaskan bahan semulajadi

SKINCARE  & KOSMETIK BERBAHAYA

Skincare Berbahaya di Malaysia 2017



Senarai penuh kenyataan akhbar mengenai Skincare Berbahaya, sila rujuk di sini.


Lambakan produk skincare bahaya semakin hari semakin merisaukan kita sebagai pengguna. Hydroquinone, tretinoin dan merkuri adalah antara bahan berbahaya yang dicampurkan ke dalam skincare di Malaysia. Skincare yang mengandungi bahan berbahaya di atas boleh memberi kesan mudarat kepada pengguna seperti kulit kemerahan, ketidakselesaan, hipersensitif, mengurangkan perlindungan kulit dari pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

SKINCARE SELAMAT, BERKESAN DARI BAHAN BERASASKAN SEMULAJADI


Saya pasti, kita sebagai pengguna mahu mendapatkan skincare yang selamat dan berkesan. Apakah yang dimaksudkan dengan skincare yang selamat? Definisi mudah adalah skincare yang tidak mengandungi bahan terlarang, racun berjadual, dan bahan-bahan kimia berbahaya. Saya mengambil lebih langkah selamat dengan memastikan skincare yang digunakan adalah berasaskan bahan semulajadi.

Di pasaran Malaysia, boleh ditemui skincare yang selamat dan dihasilkan sepenuhnya 100% dari tumbuhan botani atau lebih kita kenali sebagai “Vegan Kosmetik”. Jangan terkeliru pula dengan ‘Vegetarian Kosmetik’. Dapatkan lebih penjelasan mengenai istilah-istilah yang digunakan dalam dunia skincare dan kosmetik di pautan ini. (Istilah-istilah kosmetik & skincare)


PELANCARAN PRODUK SKINCARE BARU DI MALAYSIA

Set YOUTH™ Shaklee - Skincare Berasaskan bahan semulajadi


Pada 3 Februari 2018 yang lalu, bertempat di Sunway Pyramid Convention Centre, Shaklee Malaysia secara tidak rasmi telah memperkenalkan barisan skincare baru iaitu YOUTH™ kepada para pemimpin jualannya. Produk Skincare YOUTH™ akan secara rasmi dilancarkan kepada umum bermula pada 1 Mac 2018.

Set YOUTH™ Shaklee Malaysia menawarkan produk yang diciptakan berasaskan bahan semulajadi malah dibuktikan secara klinikal—memberikan pengguna kesan klinikal tanpa kompromi. Apa yang penting, ia adalah skincare yang selamat dan bebas dari bahan-bahan kimia berbahaya. Pastikan anda, menjadi pengguna awal yang mendapatkan produk hebat ini. Untuk maklumat lanjut mengenai produk YOUTH™, sila rujuk link di bawah:

  1. YOUTH™ - Skincare Selamat Berasaskan Bahan Semulajadi
  2. YOUTH™ - Skincare Berkesan Memadamkan Tanda Penuaan
  3. YOUTH™ - Kuasa Botanikal
  4. YOUTH™ - Promosi Pelancaran YOUTH™ SHAKLEE - March 2018



Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage