Terjah Travelog - Pantai Minyak Beku, Batu Pahat

Sesi terjah kami kali ini dibuat memang sangat last minute! Anak buah Shaklee kami ada program di Bukit Pasir, jadi kami google untuk cari penginapan. Dapatlah booking di "Minyak Beku Agrotourism Resort". 

Kami bertolak dari Melaka lewat, menunggu selesai waktu Asar. Kononnya kami fikir Batu Pahat dan Jasin, dekat sahaja. Rupanya nak mendapatkan Pantai Tanjung Minyak, jauh ke dalam. Jadi, dengan traffic dan sebagainya, hampir ke Maghrib juga kami tiba. 

Suasana seram, hanya kami sahaja rupanya yang ada di resort tersebut. Faheem awal-awal lagi dah kata:

"Faheem tak nak tidur sini"

Saya pandang suami, suami pandai saya.

"Biar betul kita ni yang?"

Tidak jadi kami unload barang, terus pusing menghala ke bandar. Esok kami datang semula untuk memancing, boleh guna bilik yang kami telah booking.

 


Kami berpatah semula ke bandar, suami terus booking hotel di bandar melalui agoda "). Lega kami anak beranak. Yang tak leganya bila tengah-tengah maghrib kami perlu melalui kawasan bukit bukau yang penuh dengan kawasan perkuburan Cina. Diam kami semua dalam kereta. Peluk sambil berzikir pada adik. Abang Faheem, dah selamat terlelap dalam ketakutan.

Hari kedua setelah bermalam di Katerina Hotel, bersarapan nasi lemak yang sedap. Dengan penuh semangat pergi melawat ke Pantai Minyak Beku. Kenapa nama minyak beku? Ada tumpahan minyak ke? Apa yang saya tahu, ianya dari kejadian pokok yang mengeluarkan /minyak dan ianya membeku sebelum mencecah ke tanah. Itu yang orang kampung panggil minyak beku.

Perjalanan dari Hotel ke Pantai minyak beku sekitar 20-30 minit. Boleh tahan juga banyak kereta di Batu Pahat ni. Jammed berpunca dari lampu isyarat yang banyak, setiap persimpangan ada lampu isyarat, Pengsan!


Bila sampai, nampak orang ramai di anjung batu ini. Suami dan anak lelaki turun nak lihat, ada 2 orang kampung sedang menebar jala menangkap ikan belanak. Memang banyak ikannya.




Ikan belanak segar memang sedap isinya, boleh digoreng sahaja atau di buat asam pedas. Memang sedaplah!

Saya kongsikan gambar yang sempat saya snapkan sambil jaga adek Zhufairah. Pemandangan di sini cantik, terdapat terminal jeti untuk ke Selat Panjang, Indonesia.




Terdapat deretan kedai yang menjual pelbagai makanan untuk pengunjung yang datang. Tandas awam dan surau juga ada. Jadi jangan risau untuk berkunjung ke sini.


Gambar di atas, adalah gambar perigi batu pahat. Sejarahnya dikatakan nama Batu Pahat datangnya dari aktiviti memahat batu diperigi tersebut. 



Melalui posting blogger pemacing tegar, terdapat 4 port memancing utama di Pantai Minyak Beku.

1. Hamparan Batu, bersebelahan dengan Balai Polis.
2. Anjung Batu di mana ikan belanak tadi dinaikkan, tetapi sukar nak hayun joran jika ramai orang.
3. Di bahagian tengah, ada tempat rehat di sini. Ikan kurau menjadi habuan.
4. Betul-betul dihujung seperti dalam gambar. Di situ katanya port menaikkan ikan tuka.

Hajat suami sambil-sambil nak cuba nasib. Tapi masa tidak menyelebahi kami. In shaa Allah kami akan meneruskan misi Terjah Travelog kami ini. Banyak tempat menarik untuk di teroka di Malaysia ")

 


 


 
 


 
 



 


 


 
 

 


 




 


 


 
Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment