Shaklee di Ekspo Pengguna Terbesar di Melaka - FAMEX

Kawan-kawan, bila pandang blog rasa rindunya lahai pada blog tetapi bercuti bersawang blog ini semenjak last entri tentang tips mengajak anak syurga berpuasa --> Baca di sini last entri.

Buat pengetahuan semua, saya telahpun hamil alhamdulillah dan telahpun keguguran alhamdulillah. Saya terima dengan redha kerana itu adalah sebahagian dari ujian-ujian buat pesakit SLE. Jadi, saya agak mendiamkan diri beberapa ketika untuk mengumpul sedikit kekuatan dan saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan saya.

Baiklah, yang telah berlalu usah dikenang, Allah lebih tahu apa yang terbaik buat saya dan suami. Jadi, selepas jiwa dan emosi pulih aktiviti menyebarkan kebaikan Shaklee terus menerus saya dan suami buat (sekarang ini, suami lebih mengambil bahagian kerana ramai yang menasihatkan saya untuk berehat). Jadi, apakah aktiviti Shaklee kami yang paling latest sekali?


Yes, kami telah berkampung dari 27 Ogos 2015 yang lalu di MITC, Melaka untuk membawa dan menyebarkan manfaat Shaklee secara terus kepada masyarakat di Melaka. Pada pameran kali ini, pengunjung berpeluang untuk mendapatkan:

✔ Pemeriksaan Komposisi Tubuh
✔ Pemeriksaan Gula & Kolestrol
✔ PERCUMA Sample Produk Shaklee
✔ Demo dan penerangan produk
✔ Konsultasi Kesihatan dan Produk

Alhamdulillah kami menerima sambutan yang sangat baik dari pengunjung. Lazimnya berlaku:

"Dulu saya makan Shaklee ni, lepas tu saya stop ambil terus jerawat naik penuh muka. Saya nak makan baliklah untuk kulit saya"

Kebanyakkan pengguna tidak diservis dengan baik setelah mendapatkan produk dari pengedar mereka. Ianya adalah salah satu kerugian bagi saya kerana, pengguna tidak diguide setelah mereka membayar pengedar untuk khidmat nasihat dan konsultasi.

Ada pula kesnya, gagal menghubungi pengedar untuk mendapatkan produk maka mereka berhenti mengkonsumsi produk setelah stok suplemen di tangan telah habis. 

Melalui pendekatan pameran yang kami sertai ini, kami mendekatkan Shaklee dengan lebih mudah kepada masyarakat terutamanya di Melaka. Di Melaka kami mempunyai jaringan Pengedar Sah Shaklee yang meliputi kesemua kawasan di Melaka. Mereka boleh membuat khidmat penghantaran terus kepada anda. Rujuk list ini untuk Pengedar Sah Shaklee di Malaysia

Berkongsi dengan anda beberapa gambar di hari pertama Ekspo ini berlangsung:













Hari ini, hari terakhir kami berkampung di FAMEX untuk tahun ini. Saya sangat menganjurkan masyarakat untuk mengambil peluang untuk mendapatkan pemeriksaan secara PERCUMA di Booth 227 yang kami sediakan. Saya akui, ada segelintir masyarakat yang suka memberi pelbagai alasan untuk mengelakkan pemeriksaan kesihatan pada hakikatnya mereka takut menerima hakikat tubuh mereka tidak sihat dan memerlukan bantuan.

Pemeriksaan kesihatan adalah amat perlu, tidak kiralah secara percuma atau berbayar terutama kepada orang dewasa. Seperti mana kereta kita hantar untuk servis dan repair begitulah juga tubuh kita yang sangat memerlukan perhatian kita. Ambil tahu apa yang berlaku pada tubuh kita. Jika paras gula dan kolestrol tinggi dalam darah, pastikan kita berusaha untuk mengambalikannya kepada paras normal. Jika komposisi lemak dalam tubuh adalah tinggi, langkah-langkah untuk mengawal diet harian dan menlazimi exercise adalah sangat perlu kita buat.

Jangan kita biarkan keadaan kesihatan kita menjadi parah barulah kita mencari hospital, rawatan. Ketahuilah langkah pencengahan itu jauh lebih murah dan menjimatkan jika dibandingkan dengan anda perlu meleburkan wang ringgit untuk rawatan perubatan yang sememangnya semakin mahal setiap tahun.

Cakna kesihatan anda! Dapatkan khidmat nasihat kesihatan dan produk Shaklee dari saya, Iffah Pengedar Sah Shaklee Malaysia yang bertauliah dengan Whatsapp 013-5810 170 atau email ke m.iffahanuar@gmail.com.











Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment