Selamat Hari Lahir Hasanah Ahmad

Entri kali ini saya dedikasi khas buat anak Shaklee saya, Hasanah Ahmad. Ulangtahun kelahirannya baru sahaja berlalu pada 30 Jun 2015, selang dua hari dari tarikh hari ulang tahun kelahiran saya. Hasanah merupakan anak bisnes Shaklee yang lebih muda usianya dari saya, kiranya adik manja saya lah ni.


Kenangan bersama Hasanah dan suami di Shaklee National Conference 2013/14

Hasanah yang saya kenal kuat semangatnya, di saat dia baru sertai Shaklee dia hadir ke Shaklee National Conference 2011/2012 untuk bersama mengambil aura leader hebat Shaklee yang telah berjaya. Waktu itu kami hanya kenal di alam maya. Saya hanya melakukan penghantaran melalui pos ke alamat tempat suaminya bekerja.


Berdiri 3 dari kanan di sebelah kakak-kakak kesayangannya Kak Wardah dan Kak Farihah

Di usia muda, dengan anak yang ramai serta karier sebagai jururawat membuatkan saya kagum dengan ketekalan jiwa muda ini berjuang untuk diri, suami, anak dan keluarganya. Kini Hasanah telah pun melepaskan jawatan sebagai seorang Jururawat dan memberikan fokus dan komitmen buat anak dan suami di rumah. Saya yakin, Shaklee Bisnes banyak merubah kehidupan Hasanah dan keluarganya.

Kini, 3 tangga sahaja lagi untuk Hasanah daki bagi mencapai pangkat tertinggi di dalam Shaklee. Di dalam doa saya setiap hari, senantiasa saya kirimkan doa istimewa buat Hasanah dan seluruh organisasi Shakleenya.

"Ya Allah, bangkitkanlah semangat dan jiwa Hasanah Ahmad dan setiap ahli dalam organisasinya untuk terus berjuang di dalam Shaklee. Untuk mereka terus mencapai setiap impian mereka. Untuk mereka berjuang bersamaku kaya dan berjaya untuk membangkit ekonomi ummah. Berikanlah Ya Allah taufik dan hidayah-Mu buat mereka yang memerlukan Shaklee, mereka berkemampuan untuk membayar dan mereka yang ingin merubah kehidupan, pertemukanlah insan-insan ini dengan Hasanah dan organisasinya."

Setiap anak Shaklee yang mendaftar di bawah saya, adalah tanggungjawab saya. Sebagaimana saya mahu melihat anak kandung saya berjaya begitu juga saya mahukan pada anak-anak Shaklee saya. Saya mohon pada semua yang membaca entri ini untuk sama-sama mendoakan perjalanan Hasanah ke tangga Master Coordinator dipermudahkan Allah SWT. Aa meen Ya Allah.

Sekiranya anda berada di Sungai Besi atau Kelantan, dan berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau mahu mendaftar sebagai ahli Shaklee, berhubunglah dengan Hasanah Ahmad (013-2896454) untuk mendapatkan konsultasi kesihatan dari bekas jururawat yang berpengalaman.

Semoga meningkatnya usia, menjadikan kita semua lebih dekat dengan Allah dan lebih sentiasa mengingati mati.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment