Puasa Pertama Super Caliph Faheem

Alhamdulillah, hari ini genap Super Caliph Faheem berpuasa untuk hari yang ke-22. Saya sebenarnya tidak sangka (maybe terlalu underestimate kemampuan Faheem, yang sangat kurus) Faheem mampu untuk berpuasa. Ramai sahabat minta saya kongsikan bagaimana saya menggalakkan Faheem berpuasa. (mungkin ramai ibu bapa di luar sana lebih hebat dalam mendidik anak, dan ada yang anak seawal usia 4 tahun sudah sempurna berpuasa, Allahu Akhbar, kagum saya).

Jadi, saya ambil peluang menulis ini untuk berkongsi cerita saya dan Faheem. Siapa tahu, ia mungkin membantu ibu dan ayah di luar sana untuk menggalakkan anak kecil berpuasa. Jujur saya katakan, saya dan suami pada awalnya menanam prasangka yang negatif ke atas Super Caliph kami:
"Mampu ke Faheem untuk puasa?"
Itulah persoalan yang bermain di fikiran ketika semakin hampirnya Ramadhan. Maka, pada sahur puasa yang pertama saya tidak mengejutkan Faheem kerana menyangka anak syurga ini tidak mampu berpuasa. Faheem meneruskan rutin harian ke sekolah seperti biasa. Bila pulang, pelbagai cerita yang Faheem bawa, katanya ada kawan yang puasa, ada kawan-kawan yang tidak puasa. Tanya saya:
"Faheem nak puasa esok?"
"Nak, Faheem nak puasa. Faheem nak rewards syurga dari Allah."
Allahu Akhbar, kuat keinginan Faheem membuka mata dan hati saya. Saya sepatutnya memberi galakan pada Faheem untuk berpuasa bukan menanam anggapan bahawa dia tidak mampu menahan lapar dan dahaga. Istighfar yang dalam, apa yang difikirkan itu doa dari seorang ibu. Maafkan ummi Faheem.

Hari kedua bersahur, saya mengejutkan Faheem dan alhamdulillah dengan mudah Faheem bangun untuk bersahur. Berselera makan nasi dan lauk kegemarannya ayam goreng bersama kicap ABC. Apa yang penting untuk menyokong perjuangan Faheem untuk berpuasa adalah sokongan nutrisi dari Shaklee.


Saya akan bancuhkan Faheem 3 sudu besar Meal Shakes bersama 1 sudu besar ESP. Faheem gemar meminumnya bersama susu segar dan tamar cocoa. Minuman protein inilah yang menjadi peneman dan bekalan Faheem ketika sahur dan berbuka puasa.

Uniknya Faheem ini, walaupun berpuasa dia masih boleh bermain bersama kawan, ke sekolah dan ketika petang boleh bermain glidernya disekeliling taman perumahan. Alhamdulillah. Saya dan neneknya pula yang khuatir dan risau Faheem akan penat apabila bermain, sebenarnya tidak! Setiap minggu kami akan bawa Faheem bermain bowling, walaupun di bulan Ramadhan kerana Faheem sangat sukakan aktiviti bermain bowling. Puasa tetap Faheem teruskan walaupun telah 4 game bermain bowling.

Setiap hari, pulang dari sekolah saya pasti akan memeluknya dan bertanya:
"Faheem puasa?"
"Puasa, Ummi"
"Faheem tak penat, tak lapar?"
"Faheem kan perlu belajar sabar."

Hanya tangisan di hati apabila mendengar jawapan dari Super Caliph saya ini. Alhamdulillah. Apa yang kita sebagai ibu bapa lazimikan pada anak-anak, in shaa Allah anak ini akan semat di hati dan praktikkan ia dengan baik.

TIPS MENGGALAKKAN ANAK BERPUASA

  1. Menerangkan pada anak bahawa, Allah sayang dan sukakan hamba-Nya yang bersabar. Bila Allah sayang, Allah akan berikan kita macam-macam yang baik. 
  2. Menerangkan pada anak, bahawa bila berpuasa Allah akan berikan kita 'rewards' pahala dan dapat balasan syurga. Faheem nak jumpa ummi dan abah di Syurga katanya.
  3. Tunjukkan anak dengan video, di mana kanak-kanak kecil di Gaza, Myanmar, Syria yang sedang kelaparan. Jelaskan pada anak syurga kita, kita perlu bersyukur Allah berikan kita rezeki, tidak seperti nasib anak-anak yang diuji tadi. Jadi Allah nak kita rasa bagaimana mereka berlapar dan dahaga. In shaa Allah, video adalah antara kaedah pendidikan yang sangat berkesan untuk Faheem, mungkin kerana Faheem adalah seorang yang Visual.
  4. Bila anak berpuasa, peluk dan cium mereka lebih kerap dan membisikkan pada mereka. "Anak ummi hebat, kuat barulah Super Caliph!. Anak kita suka dipuji dan mereka lebih bersemangat lagi!
  5. Istimewa apabila Faheem berpuasa, sahur dan berbuka saya akan suapkan makannya dengan tangan saya sendiri. Faheem memang saya latih dia berdikari, tetapi hadiah buat Faheem kerana berpuasa, saya suapkan makanan dan layan Faheem untuk makan sepenuhnya. Faheem sangat suka bila saya manjakannya dan memberikan layanan istimewa tersebut.
  6. Faheem suka ajak saya dan suami ke Mydin untuk membeli stok makanannya, roti, waffle, nuttella dan pelbagai lagi makanan dan minuman kegemeran akan saya belikan kerana ada masa, juada berbuka yang disediakan tidak mengenai seleranya.
  7. Duit raya? Saya kurang mengumpan Faheem dengan duit raya. Biarlah dia jelas dengan matlamat hidup di dunia ini adalah untuk mendapat keredhaan Allah SWT. 


Cabaran, mestilah ada. Minggu terakhir dengan cuaca panas yang sangat dasyat di Melaka, Faheem kalah melawannya. Nenek Faheem mulai risau apabila ada anak kecil yang meninggal dunia akibat 'heat stroke'. Syukur, hanya sehari Faheem mengalah dan perjuangan puasa diteruskan sehingga hari ini. Saya hanya menasihatkan Faheem untuk lebih mengambil cecair, tidak kiralah dalam apa jua bentuk asalkan dia minum dengan banyak. 


Lucunya melihat telatah anak berpuasa, terutama ketika saat semakin hampir untuk azan Maghrib berkumandang, pernah satu hari Faheem benar-benar letih kerana bermain sakan bersama sepupunya, hampir saja dia mengalah pada 2-3 minit terakhir! Sudah begitu hampir cekodok pisang kegemarannya diletakkan ditepi bibir. Puas dipujuk sehingga mengalir air matanya kerana tidak tahan lapar. Jadi saya faham, jangan letakkan anak  depan makanan selagi belum dengar azan Maghrib.

Minggu terakhir agak mencabar sedikit, berbuka buffet di hotel, penuh dengan makanan di kiri kanan meja orang lain, saya terus bawa Faheem keluar dari dewan makan dan mengajaknya bermain, hanya dengan bermain, dia akan lupa keletihan dan kelaparannya ") Bertuahnya anak syurga! Demi menyokong Faheem berpuasa di minggu terakhir, setiap petang saya akan menemannya untuk bermain glider dengan pelbagai gaya membawa yang ditunjukkannya. Asalkan Faheem bertahan dan terus kuat, saya akan buat apa sahaja.

Saya juga ingin berterima kasih kepada Teacher Faheem di Little Caliph, yang juga membantu menanamkan semangat untuk berpuasa. Salah satu aktiviti yang diadakan adalah membuat "Carta Puasa" untuk pelajar-pelajar. 


Comelkan carta ini? Ia dibuat oleh pelajar-pelajar sendiri. Muka sedih itu menandakan Faheem tidak puasa dan "bintang" Faheem berjaya puasa. Carta seperti ini boleh memangkin semangat anak kita untuk berlumba-lumba puasa. Ia juga boleh diapplikasikan dalam melatih anak kita solat. Cubalah, saya lakukan ini sejak mula melatih faheem untuk tidur tanpa pampers, melatih Faheem untuk bangun awal pagi dan ke sekolah tanpa ada drama-drama ") Bagi saya ia sangat berkesan!

Alhamdulillah, selamat saya kongsikan. Baca seterusnya kerana ia juga penting untuk anda. Setiap kali selepas berbuka Faheem akan mencapai vitamin-vitamin kegemarannya:
  1. OmegaGuard (Minyak Ikan)
  2. Chewable Vita-C
  3. Vita-Lea for Kids

Faheem, akan ambil dan makan vitaminnya sendiri ") Nutrisi-nutrisi ini penting untuk menyokong tumbesaran Faheem dan meningkatkan pertahanan tubuh. Akhir sekali, saya nak belanja video yang Faheem buat sendiri ") Bila sel-sel otak berhubung macam-macam kreativiti yang akan dapat kita lihat dari anak syurga ini.



Semoga Super Caliph Faheem, dapat meneruskan perjuangan Ramadhan 5 hari lagi. In shaa Allah. Anda ingin berikan nutrisi Shaklee buat si manja anda? Hubungi saya di 013.5810.170 atau email m.iffahanuar@gmail.com untuk membuat pesanan dan mendapatkan khidmat nasihat.


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

3 comments: