Bukan Aku Tidak Mahu Hamil!

Raya sudah semakin dekat, perasaan ini semakin menjadi sedihnya. Skrip jawapan harus aku sediakan untuk menjawab segala pertanyaan lazim yang datang menerpa setiap kali berkumpul bersama saudara dan teman.


Semalam aku buat lagi test kehamilan, hampa keputusannya masih tidak seperti yang aku inginkan. Ya Allah, mengapa belum jua diizinkan oleh-MU untuk aku hamil. Melihat wajah suami yang benar-benar mengharap adanya benih zuriat di dalam rahim, membuat hati lebih rasa berduka. Sudah 3 tahun kita mendirikan rumah tangga, namun belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata. Walaupun dibibirnya,
"Abang tak kisah, ini semua rezeki Allah" 
tetapi aku tahu, ibu ayahnya sudah berulang kali bertanya.
"Belum berisi lagi ke bini kamu tu?" 
maaf sayang, bukan sayang tidak mahu hamil.


Teman-teman yang baru sahaja berkahwin, masing-masing berlumba-lumba menyampaikan khabar gembira di group Whatsapp, lepas satu persatu hamil. Aku tumpang gembira dalam masa yang sama aku berduka cita. Terkadang terdetik, mengapa Allah mereka begitu mudah hamil, mengapa bukan aku? Puas dipujuk hati.

Hanya menjadi angan-angan dan harapan untuk melihat test kit pregnancy ku "Pregnant". Hanya menjadi mimpi untuk melihat senyum bahagia suami.


Adakah anda mengalami situasi di atas? Inginkah anda saya kongsikan sesuatu yang boleh membantu meningkatkan kesuburan suami dan isteri. Jangan sedih atau berduka cita jika belum lagi mendapat zuriat. Allah berikan apa yang kita perlukan bukan apa yang kita mahukan. Baca seterusnya ya, kerana apa yang saya kongsikan mungkin boleh membantu anda untuk hamil.

Faktor-faktor wanita tidak subur:

  • Kegagalan berovulasi, atau menghasilkan telur (ovum). Ini berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon.
  • Terdapat halangan dari ovum yang dihasilkan di ovari untuk bergerak ke uterus. Ini biasanya disebabkan oleh endometriosis, cyst, terdapat jangkitan, atau ketumbuhan pada bahagian berkenaan (tiub falopio).
  • Penyakit berkaitan kelamin.
  • Penyakit berkaitan masalah pelvik.
  • Merokok.
  • Pengambilan kafein yang berlebihan.
  • Terlalu gemuk atau terlalu kurus.
  • Faktor usia (Tahap kesuburan semakin menurun apabila seorang wanita mencapai umur 35 tahun).

Faktor-faktor lelaki tidak subur:

  • Bilangan sperma yang sedikit (low sperm count)
  • Sperma kurang cergas
  • Sperma yang tidak sempurna
  • Sekatan pada saluran semen
  • Pemakaian seluar dalam yang ketat menyebabkan bahagian testis menjadi panas dan menurunkan tahap penghasilan sperma.

Faktor-faktor kedua-dua lelaki dan perempuan tidak subur:

  1. Kesan dari tekanan perasaan, sakit jiwa dan pelbagai masalah berkaitan emosi.
  2. Pendedahan terhadap punca radiasi.
  3. Pencemaran contohnya disebabkan oleh racun (rumpai, serangga, etc) dan sebarang racun lain.

Dari tahun lepas, satu persatu keluarga Shaklee saya disahkan hamil. Gembira saya menerima berita kehamilan dan kelahiran silih berganti. Terbaru hari ini, anak sulung Shaklee saya, Farah Wahida berkongsi di group Whatsapp berita kehamilan yang telah lama beliau dan suami nantikan. Jadi, saya ingin kongsikan ikhtiar untuk membantu anda hamil melalui nutrisi Shaklee.

SET KESUBURAN SHAKLEE WAJIB:



Vita-E Complex with Selenium

Vitamin E ni dikenali sebagai vitamin seks. Ianya merupakan vitamin wajib untuk suami dan isteri. Bagi isteri, selenium membantu mengeluarkan lendir semasa bersama untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya. Ia juga boleh bekerja bersama-sama dengan vitamin C sebagai anti oksidan yang boleh menghapuskan radikal bebas dalam tubuh manusia yang menjadi punca kerosakan sperma dan ovum. Bagi lelaki pula, vitamin E membantu menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. 


Zinc Complex

Zinc adalah wajib untuk suami kerana ia meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma. Zinc juga mampu memanjangkan jangka hayat sperma dan meningkatkan bilangan dan kualiti sperma. Selain itu, zinc boleh melawan bakteria dalam vagina isteri.

GLA Complex

Tujuan asalnya adalah untuk membetulkan kitaran haid atau membetulkan hormon wanita, kerana kitaran haid yang tidak teratur menjadi punca utama ketidaksuburan wanita. Jika isteri tidak mempunyai masalah kitaran haid, GLA bertindak dengan lebih cepat untuk membantu menghasilkan cecair pada faraj yang subur dan berkualiti. Ini amat penting untuk membantu sperma dapat hidup dengan lebih lama dalam rahim isteri.

Alfalfa Complex

Alfalfa terkenal sebagai 'perapat' di dalam jaringan produk Shaklee. Selain memberikan rasa intimasi yang lebih hebat, ia juga bertindak membantu wanita yang mengalami masalah keputihan. Masalah ini tidak boleh dipandang ringan kerana, kebersihan faraj wanita memainkan peranan yang sangat penting untuk membangkitkan 'mood' suami ketika bersama.

VITAMIN TAMBAHAN:

Seperti yang kita sedia maklum , salah satu punca ketidaksuburuan adalah kerana stress dan tidak bertenaga. Tongkat ali, kacip fatimah adalah minuman yang mudah didapati di pasaran. Walaupun ianya memberi tenaga jangka masa pendek, tapi anda harus berhati-hati dengan pengambilannya yang berterusan kerana mungkin mengandungi kandungan gula yang tinggi. Oleh itu, saranan saya di bawah merupakan vitamin penambah tenaga yang elok diambil secara berterusan untuk menjaga kesihatan anda juga.

Vita-Lea with Iron Formula

Kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum. Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

B-Complex 

Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri. Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan kuantiti sperma

Vitamin B amat berperanan sebagai 'ubat penenang' atau 'anti-stress'. Dengan bebanan kerja dan hidup, pengambilan Vitamin B adalah sesuatu yang wajib untuk anda, suami dan isteri.

Sustained Release Vita-C Plus

Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, dan tidak bugar akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Energizing soy Protein (ESP)

ESP merupakan soya pemberi tenaga kepada suami isteri untuk bersama. Selain itu ia juga merupakan protein untuk membanyakkan sperma kerana sperma bersumberkan protein.

Baiklah, lega rasanya bila saya telah kongsikan dengan anda. In shaa Allah saya yakin nutrisi Shaklee ini boleh membantu anda untuk hamil. Rezeki itu adalah dari-Nya, jadi selain dari ikhtiar dengan menjaga pemakanan dan memastikan tubuh suami dan isteri mendapat nutrisi yang mencukupi, jangan lupa kita berdoa kepada-Nya.

Doa untuk mendapat zuriat yang dimaksudkan ialah doa Nabi Zakaria;

Doa Dapat Zuriat Ayat Al Quran

Maksudnya:
"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..." 
(Surah Maryam | Ayat 4-5)


Doa Dapat Zuriat Ayat Al Quran

Maksudnya:
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang (mahu) bertaqwa.
(Surah Al Furqan | Ayat 74)


Doa Dapat Zuriat Ayat Al Quran

Maksudnya:

"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani."
(Surah Al Baqarah | Ayat 128)


Doa Dapat Zuriat Ayat Al Quran

Maksudnya:
“Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”
(Surah Al Imran | Ayat 38)


Doa Dapat Zuriat Ayat Al Quran

Maksudnya:

“Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala.”

(Surah Ibrahim | Ayat 35)


Doa Dapat Zuriat Ayat Al Quran

Maksudnya:

 “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”   “Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapakku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).”
(Surah Ibrahim | Ayat 40-41)



Doa Dapat Zuriat Ayat Al Quran

Maksudnya:


“Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” 

(Surah Al-Ahqaf | Ayat 15)

Moga kita semua dapat menjadikannya amalan dan mintalah dengan Sang Pencipta dengan penuh pengharapan dan ikhlas. Hak mencipta adalah hak Allah SWT. Setiap apa yang diberikan telah rapi tersemat hikmahnya. Jangan putus berdoa dan berusaha. Allah tidak suka hamba-Nya yang mudah berputus asa.

Sekiranya anda ingin mendapatk SET KESUBURAN Shaklee di atas, hubungi saya di 013.5810.170 atau email saya di m.iffahanuar@gmail.com.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comment: