Bengkel EXECUTIVE Shaklee di IOI Palm Garden

Keseronokan Bengkel C.E.O disambung dengan satu lagi Bengkel buat EXECUTIVE Shaklee pada keesokkan harinya. Bengkel ini dislot khas buat Pengedar Sah Shaklee bermula dari Distributor hingga ke Senior Coordinator. Full House! 3/4 dari peserta boleh saya katakan dari 's2u Families'. Ini yang buat saya sayangkan anak cucu bisnes saya kerana mereka sangat komited menambah ilmu dan memajukan Shaklee Bisnes mereka.


Mukaddimah oleh Kak N

Dalam sesi bersama EXECUTIVE ini, kami di bawa mengenali siapakah bakal prospek kami, apakah ketakutan yang sering dirasakan oleh pengedar Shaklee, pantang larang dalam berkongsi dan yang menariknya sekali lagi saya dipertontonkan sebuah cerita oleh Mr. Bean. Cerita yang penuh pengajaran buat mereka yang ingin menjalankan bisnes.


Apa yang boleh saya kongsikan dari cerita Mr Bean di atas adalah:


  1. Kita haruslah mempunyai TARGET yang jelas untuk dicapai.
  2. ILMU adalah sangat penting untuk membolehkan kita melaksanakan tindakan dengan baik.
  3. Ramai yang akan mempersendakan dan mentertawakan usaha kita, untuk berjaya kita perlu menjadi "KATAK PEKAK"
  4. Untuk berjaya kita tidak memberi 1000 alasan sebaliknya kita memberikan 1000 cara untuk berusaha mencapainya.
  5. Usaha yang kita lakukan mestilah ISTIQAMAH dan berterusan.
  6. Musuh akan sentiasa ada, cabaran akan sentiasa datang, apa yang perlu kita lakukan bukan FOKUS kepada musuh, cabaran atau masalah tetapi kita mesti fikirkan PENYELESAIAN.
  7. Sentiasa mencari ruang untuk menggandakan usaha kita, jangan terlalu mudah berpuas hati dengan apa yang kita capai.
  8. Untuk berjaya, kita perlu BERKORBAN. Duduk dan goyang kaki tidak akan mendatangkan hasil yang mudah.
  9. Sentiasa BERSANGKA BAIK untuk memiliki hati yang bahagia lagi membahagiakan.
  10. Buatlah sesuatu kerja dengan IKHLAS, tanpa rasa iri hati pada orang lain. 



Sesi seterusnya dibawakan pula oleh Abang N

Cuba cari di manakah saya? mesti tak nampak betul?


Tekun menyalin ilmu dan elmu yang dikongsikan oleh N^2

Jangan risau, saya bukan didenda. Saya berikan seat saya kepada anak bisnes saya, Sakinah. Beliau baru sahaja mendapat kebenaran cuti dan borang penyertaan telah pun ditutup oleh penganjur. Dari Penang Sakinah dan suaminya turun untuk merebut peluang yang saya berikan kepada mereka. Alhamdulillah, mereka selamat sampai untuk sama-sama menuntut ilmu. Doakan perjalanan bisnes Sakinah dipermudahkan untuk terus menapak naik beberapa tangga lagi ke Master Coordinator. Aa meen Ya Allah.


Punya semua excited kami terlupa untuk bergambar bersama s2u Families, wanita muslimah hebat bersama saya ini adalah dari salah satu keluarga hebat s2u-Surijunior Families. Mereka ini datang dari jauh dengan anak, ada yang drive dari Penang, ada yang naik belon dari Penang. Allahu Akhbar, pasti dan yakin saya Allah akan berikan kejayaan yang hebat buat mereka semua. Aa meen Ya Allah.

Bengkel kemudiannya diakhiri dengan sesi Iftar bersama di Cafe Palm Garden. Banyak sungguh pilihan juadah yang sedap-sedap.


Meja anak cucu Liyana Hisyam


Meja keluarga Wealth & Health di bawah pimpinan Master Suraya


Meja keluarga Surijunior dan FAMAZ


Meja keluarga Empire Mama G

Sudahnya, saya terlupa snap gambar meja saya sendiri. alhamdulillah dapat makan semeja dengan anak manja saya Hasanah dan cucu Mimi Farhana. Menduga keimanan makan dengan mereka apabila suami masing-masing bawa sorang satu sup gear box ke meja! Mujur tidak terpengaruh.

Apabila selesai, masing-masing pulanglah ke destinasi masing-masing tetapi saya masih mempunyai meeting bersama Vice President Shaklee, Mr Kelmen Ooi. Banyak isu semasa dan idea-idea dijana untuk mengembangkan lagi 's2u Families' di Malaysia. Terima kasih kepada Shaklee Malaysia kerana sentiasa prihatin dengan keperluan pengedar untuk membina organisasi masing-masing.

Selesai entri saya hari ini, saya harap anda mendapat manfaat dari perkongsian saya pada hari ini. Sekiranya anda berminat untuk sertai keluarga Shaklee saya, sila hubungi 013.5810.170 atau email saya di m.iffahanuar@gmail.com.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment