Bengkel C.E.O Shaklee di IOI Palm Garden

Alhamdulillah, saya ingin mengambil masa 5 minit sahaja untuk update entri ini. Dari entri yang lalu ada saya ceritakan, saya menolak ditahan wad salah satu sebabnya kerana saya mahu menghadiri Bengkel C.E.O ini. Syukur Alhamdulillah, Allah mengizinkan saya menghadirinya. Peluang yang jarang-jarang saya dapat, duduk sebagai peserta dan pelajar! Selalunya saya di hadapan menjadi speaker.

CEO dan Executive Workshop Shaklee With Master Norita and Naquib

Bengkel khas dan esklusif bersama N^2

Apa yang menariknya bengkel ini, adalah kami diajar bagaimana mengenali personaliti diri kami melalui ujian personaliti. Mengenali personaliti diri adalah penting untuk menjadi C.E.O yang baik. 4 Personaiti utama yang di wakili oleh "The Powerful Eagle", "The Perfect Owl", "The Popular Peacock" dan "The Peaceful Dove" adalah sangat penting dalam menjayakan komunikasi yang berkesan antara Upline dan Downline di dalam organisasi Bisnes Shaklee.

DOPE Personality Test
DOPE Personality Test

Terdapat satu aktiviti berkumpulan yang menarik minat saya, di mana banyak pengajaran yang boleh saya dapat dari aktiviti tersebut. Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan diberikan beberapa material untuk kami menghasilkan sesuatu dari bahan-bahan tersebut. Hasil kami tadi kemudianya akan disambung oleh kumpulan berikutnya (di sinilah tricknya) sehingga kami kembali kepada kumpulan kami semula. Adakah hasil terakhir menepati apa yang kami rancangkan dari awal aktiviti?

CEO dan Executive Workshop Shaklee With Master Norita and Naquib

Gaya-gaya seorang CEO sedang ditunjukkan di sesi brainstorm idea.

CEO dan Executive Workshop Shaklee With Master Norita and Naquib

Ini pula kumpulan suami saya, yang di beri tugas membina structure yang kukuh dan tinggi

CEO dan Executive Workshop Shaklee With Master Norita and Naquib

Kumpulan ini perlu mencipta lukisan di atas kertas mahjong.

CEO dan Executive Workshop Shaklee With Master Norita and Naquib

Sesi mak ayah bermain, anak-anak jadi pemerhati dengan pelik.

Inilah peluang para mak dan ayah bermain sakan. Anak-anak pun naik hairan melihat mak dan ayahnya sakan bermain blocks, cawan kertas, straw, puzzle dan colours. Pengajaran yang dapat di ambil dari aktiviti sangat banyak dan mendalam tetapi saya tidak mahu kongsikan di sini ianya untuk saya dan akan saya gunakan untuk mentadbir keluarga "s2u Families" dengan lebih efektif lagi.

Satu lagi sesi yang menarik perhatian saya adalah "Sesi Mak Jemah". Di dalam sesi ini, N^2 memberikan contoh bagaimana menggunakan "5 Motivasi Manusia" dalam mempengaruhi prospek dan downline untuk berbisnes. Kami juga diberikan sesi praktikal untuk sesi Mak Jemah ini. 

Bengkel ini di sudahi dengan sesi bergambar bersama para C.E.O organisasi masing-masing sebagai kenang-kenangan.


Saya ingin mengucapkan tahniah buat C.E.O dari s2u Families yang hadir ke Bengkel ini:



Saya pasti segala Ilmu dan Elmu yang kita peroleh dari bengkel ini dapat memberi manfaat dalam kita memimpin organisasi Shaklee kita dengan lebih baik lagi.

Anda ingin sertai keluarga Shaklee kami? Sila hubungi saya di 013.5810.170 atau email ke m.iffahanuar@gmail.com.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 comments:

  1. bestkan mia.. sesi makjemah tu dah cikjan aplikasikan.. Alhamdulillah.. but kena bertahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak jemah tu kita bagi dosh yang jadi Pak Jemah.

      Delete