Untuk Berjaya Kita Perlu Buat Apa Sahaja!

Alhamdulillah, minggu ini dapat meluangkan masa pulang ke Tanjung Malim untuk berpuasa bersama keluarga suami. Pulang pada hari Jumaat, perlulah menerima ujian jalan yang sesak. Lebih 2 jam tersangkut! Rasalah pengalaman berbuka puasa di dalam kereta, Alhamdulillah.

Meredah Jammed USJ - Shah Alam

Petang ini pula, kali pertama meronda PARAM (Pasar Ramadhan), ada misi yang perlu saya dan suami lakukan. Misi menyampaikan kebaikan Shaklee kepada warga Tanjung Malim. Sambil kita jamu mata di PARAM, kita edar Flyers di Tanjung Malim! Dapat juga exercise burn lebih kalori untuk "s2u Weight Loss Challenge".

Sebarkan Shaklee di mana-mana

Dah jadi Jutawan pun masih nak buay kerja edar flyers?

Eih, Bisnes siapa ni? Bisnes sendiri kan, jadi selama mana kita masih memacu Bisnes ini selagi itu tiada istilah BERHENTI, usaha itu perlu sahaja diinvestasi! Jika tidak rasa penat lelah, peluh mencurah, mana adil jika kita nak meraikan kejayaan dengan mudah, betul? 

Hukum alam ini adil, kita buat kita dapat. Kita Malas? tahu sendiri apa akan terjadi kepada usahawan atau peniaga yang malaskan. Kita perlu lakukan apa sahaja cara dan mencari apa sahaja jalan untuk mengembangkan Bisnes kita (of coz yang halal) baik melalui medium online atau offline. Tiada istilah bila dipuncak, itu bermakna kita telah berada di puncak kejayaan.

Sebarkan kebaikan Shaklee di mana sahaja anda berada

Edar Flyers ni berkesan ke cara marketingnya?

Saya ingat dulu masa awal memulakan Shaklee Bisnes, pernah saya terbaca perkongsian dari Tuan Irfan Khairi, katanya flyers ni adalah bertujuan untuk mencipta kesedaran pada orang ramai, jadi janganlah mengharap pulangan lumayan dari edaran flyers. Pengalaman saya, lebih 5 ribu edaran saya edarkan di sekitar Bandar Tun Razak, Cheras -- hanya 1-2 order yang saya dapat dari edaran flyers, bagi saya oklah tu! Yang penting terus menerus ciptakan kesedaran itu, lama-lama orang tahulah dan glamourlah kita! Macam Dato' Dr Fadzilah Kamsah kata, "manusia ini perlu diberitahu berulang kali sehingga 200 kali" barulah melekat di kepalanya.

Jadi bagi anda semua yang baru nak memulakan bisnes Shaklee, janganlah sekadar menanti orang datang pada kita, kita ni bukan Dato' Siti Nurhaliza! Artis picisan pun bukan. Jadi perlu rajin! Usaha mesti 1000% untuk capai impian kita.

Cabaran edar flyers?

MALU - Apa anda akan dapat dengan malu yang tak bertempat? Tengok drama lagha yang ada aksi peluk bukan muhrim tidaklah pula malu dengan Allah kan. Ini nak cari rezeki, nak ubah kehidupan anda.. Allah akan nilai setiap usaha anda, jadi campak longkang malu itu.

Lagipun anda nak malu dengan siapa? Orang ramai? Mereka ka yang bagi anda rezeki?

REJECTION - of course mesti ada rejection, ada yang terang-terang kita berikan flyers baik-baik mereka dengan kasar menolak, tidak mahu. Normal la tu, anda selalu buat begitu pada orang yang edar flyers di mall or jalanan? Buat baik dengan mereka in shaa Allah kita akan dapat balasan yang sama. Jika tidak mahu ambil, senyum dan ucapkan terima kasih dengan baik.

Jika kita menerima rejection, senyum dan terus ucapkan syukur kerana Allah kirimkan mereka yang reject kita untuk kita menjadi lebih kuat dan kental. Lagipun, buat apa nak sedih, rakyat Malaysia ini ada 38 Juta! Setakat direject 100 orang? Ramai lagi lah yang mahukan produk kita dan mahukan kebaikan yang kita ingin kongsikan.. So kata pada mereka:

"Tuan, next time saya datang lagi"

Dengan senyuman yang paling bahagia anda pernah berikan. 

MAHAL? - come on la, kalo kedekut sangat nak buat investment tanam ja impian anda tu dalam kubur... Saya dulu poster design sendiri, print dan fotokopi ja! Ukur baju di badan sendiri, jika modal kecil ikutlah apa yang sesuai dengan budget kita bukan ikut orang, sekarang ini pun printing servis melambak sudah dengan tawaran yang murah, yang penting ada KEMAHUAN. Flyers jika bergunung tetapi tersimpan sahaja dalam bilik, TIDAK mendatangkan FAEDAH dan KEUNTUNGAN.

Jadi, apa tunggu lagi ni? Rancang strategi pemasaran anda, tidak kira online atau offline. Then, EXECUTE.. bukan dari tahun lepas anda plan, hari ini sambung plan, tahun depan pun plan... Tapi tidak ambil TINDAKAN! Allahu Akhbar... Kenapa la anda buang masa lagi..Cepat bertindak!

Siap satu entry bebelan Ninja hari ini, tidak sampai 5 minit mengarang. Apa yang penting isi nya jelas saya mahu sampaikan... Nak berjaya, kena curah segala keringat, kena gerakkan segala tulang sendi yang ada, perlu perah otak menjana idea untuk memasarkan diri kita.

Bulan Puasa Bulan Penuh Keberkatan

Akhir kata, selamat berpuasa buat seluruh Muslimin dan muslimat yang singgah menyerikan blog NinjaPah ini. Moga anda semua beroleh barakah dari Allah SWT.

Saya Pengedar Sah Shaklee Anda, Shaklee ID - 846148. Anda boleh hubungi saya di 013.5810.170 atau email saya di admin@ninjapah.com untuk sebarang pertanyaan mengenai produk, konsultasi kesihatan dan bisnes.






Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

6 comments:

  1. Tq MIA.. smalam ena g bazar ramadhan..1st time tahun ni..terpk dah kenapalah x bawak flyers...ok esok nk bawak fkyers g bazar!!

    ReplyDelete
  2. Mahfuzah : Yes Fuzah, perlu usaha lebih kuat... usaha sediki <> hasilnya sedikit <>.. jika kita usaha usaha usaha usaha <.................> maka hasilnya juga <...............>

    Allah itu maha adil.

    ReplyDelete
  3. Aeinna Musa : Yes, ena.. di mana sahaja ada peluang...kita tidak pernah tahu.. ada sahaja Fighters yang akan kita temui.. jadi perlu cipta peluang itu!

    ReplyDelete
  4. TQ Mia. Kak Pia selalu bawa flyers ke pasar malam tapi selalunya bawa balik ke rumah je. Perasaan malu sangat TEBAL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rugi kak pia..") buangkan rasa malu tu ya

      Delete