Integriti Shaklee Tinggi, Itulah Perbezaan Shaklee!

Prinsip dan Falsafah Dr Forest C. Shaklee

Pengasas Shaklee, Dr. Forest C. Shaklee menerapkan falsafah tinggi dalam menyebarkan manfaat Shaklee. Beliau sangat bermotivasi untuk menyebarkan dan membina serta memelihara kesihatan yang baik melalui pemakanan yang berkualiti dan menepati hukum alami.


Sejak lebih 50 tahun, jutaan keluarga telah meletakkan kepercayaan mereka kepada Shaklee dalam mencorak gaya hidup sihat yang tidak dapat ditandingi oleh syarikat lain - iaitu dengan menghasilkan produk semula jadi yang selamat DAN terbukti berkesan.
Misi kami di Shaklee adalah untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat dan lebih baik kepada setiap insan. Kami merealisasikannya dengan menghasilkan produk semula jadi yang sungguh luar biasa, yang membuatkan anda teruja untuk berkongsi tentang kelebihan produk Shaklee dengan rakan-rakan anda. Setiap produk yang dihasilkan oleh Shaklee dirumus khusus untuk meningkatkan kesihatan, dengan rumusan yang terbukti berkesan dan tidak memudaratkan alam sekitar.
Oleh itu produk Shaklee dihasilkan menepati 3 jaminan:


Always Safe | Always Works | Always Green



Perbezaan Shaklee - Always Safe


Maksudnya apa?

Keselamatan dan standard produk Shaklee tiada tandingannya bagi memastikan ia "Always Safe"
  • Shaklee telah melaburkan lebih $250 juta untuk ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk.
  • Shaklee menjalankan 350 ujian bagi setiap kandungan dan 100,000 ujian kualiti produk serta 23,000 ujian keaslian dan keselamatan setiap tahun.
  • Shaklee bekerjasama dengan ahli toksikologi bagi mengembangkan senarai bahan kimia yang berpotensi berbahaya kepada manusia dan kami mengemaskini senarai ini bagi memastikan bahan-bahan kimia ini tidak mencemari sebarang produk kami.
  • Produk Shaklee tidak mengandungi sebarang bahan tiruan dan bahan kimia berbahaya yang terdapat dalam produk pesaing.
  • Shaklee hanya memilih bahan semula jadi paling asli dan paling tulen dalam ramuan produk kami.

Shaklee sentiasa memastikan keberkesanan produknya, "Always Works" dengan bukti saintifik & klinikal:

100 laporan saintifik & Kajian Landmark 2007
  • Shaklee menjamin keberkesanan agar anda sentiasa yakin bahawa produk Shaklee Always Works.
  • Bukti klinikal ini boleh didapati dalam 100 laporan saintifik yang telah diterbitkan oleh Shaklee – ini adalah kajian semula setara dalam beberapa majalah utama.
  • Salah satu daripada ujian ini adalah Kajian Landmark pada tahun 2007, yang menunjukkan bahawa kesihatan di kalangan pengguna suplemen Shaklee ternyata lebih baik berbanding mereka yang mengambil satu multivitamin atau tidak mengambil suplemen langsung.



Shaklee - 100 laporan saintifik & Kajian Landmark 2007


Penjelajah Bertaraf Dunia & Kembara berkuasa Shaklee

Jika bukti daripada ujian dan jurnal ini masih tidak mencukupi, anda juga perlu menyedari bahawa beberapa Penjelajah Bertaraf Dunia dan atlet terhebat juga merupakan pengguna tegar produk Shaklee. Ia membuktikan bahawa kami komited dalam menyediakan produk yang benar-benar berkesan. Atlet terhebat, ahli sukan Olimpik dan pengembara dunia mengakui kehebatan suplemen Shaklee dalam memberi tenaga dan membantu mereka memperolehi pencapaian luarbiasa.
Pencapaian fizikal yang terhebat hasil pengambilan produk Shaklee ditonjolkan dalam projek Daeadelus pada 1987, yang merupakan penerbangan manusia paling jauh merentasi Laut Aegean. Ia melibatkan usaha getir seorang lelaki yang nekad mengayuh basikal untuk menghasilkan kuasa bagi menghidupkan kipas dan terbang merentasi 72 batu.
Bagi menjayakan usaha ini, Shakle telah berganding bahu dengan Universiti MIT dan mencipta formula yang boleh dimanfaatkan oleh atlet ini untuk memperoleh tenaga yang berterusan. Produk ini, yang dinamakan Shaklee Performance®, boleh didapati pada hari ini dan menjadi sebahagian daripada rangkaian produk sukan Shaklee.

Penjelajahan bertaraf dunia dan kembara dikuasakan Shaklee

Hidup Harmoni dengan Alam Semula Jadi

Dr. Shaklee adalah pelopor Shaklee Corporation yang mengamalkan prinsip Living in Harmony with Nature®. Shaklee terus setia membawa legasi ini dan menjamin bahawa produk Shaklee -- Always Green.
Shaklee sentiasa berusaha untuk mewujudkan dunia yang lebih baik. Shaklee diiktiraf syarikat Climate Neutral yang pertama di dunia pada tahun 2000 kerana berjaya mengimbangi pelepasan karbon dalam setiap aktiviti di Shaklee bagi menjana impak sifar bersih terhadap alam sekitar – dan Shaklee melakukannya sebelum ia dipraktikkan secara meluas. Shaklee telah menghasilkan pencuci biorosot yang pertama, dan terus berusaha untuk menyediakan produk mampan yang Safe for You, Your Home and Your Planet®.

Shaklee Syarikat Pertama Diiktiraf Climate Neutral



Ya, inilah Falsafah Shaklee yang sangat hebat dan ditambah lagi dengan status Halal dan berdaftar secarah sah dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.


Sijil Halal 2015

ISA diiktiraf oleh JAKIM
ISA adalah salah satu badan Islam yang diiktiraf JAKIM

Produk Shaklee Berdaftar dengan KKM

Shaklee berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)


Tidakkah kita akan memilih Shaklee yang terbukti selamat dan integriti terbaik dari segi produk dan kualiti? Berjuta orang seluruh dunia sudah merasai manfaat dan khasiat produk Shaklee. Inilah yang menjadikan kami terbaik dan kekal selama 100 tahun dipasaran antarabangsa dan lebih 25 tahun di pasaran Malaysia.

Anda juga boleh sertai saya mendapatkan manfaat hebat daripada rangkaian produk Shaklee. Untuk order produk Shaklee anda, hubungi 013.5810.170 atau email order@ninjapah.com.

Iffah Anuar
Pengedar Sah Shaklee Anda
Shaklee ID - 846148


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment