22 Shortcut Key Untuk Jimat Masa Ber-Facebook!

Alkisahnya, petang ini masih lagi sibuk dengan memunggah baju dan barang ke tingkat atas rumah, untuk mengemas bilik baru yang telah selamat siap untuk di diami. Built-in wardrobe dan katil telah selamat dipasang, syukur alhamdulillah.

Sedang mengemas, on laptop boleh menyambil multi-tasking lah kononnya nak meninjau anak cucu di Facebook. Baru sahaja facebook di buka, datang anak bulus kesayangan, memijak-mijak di atas keyboard! Wahailah anak kesayangan yang seorang ini, peneman umminya di mana-mana. Apa yang berlaku bila keyboard di pijak-pijak secara tidak sengaja? Terkeluarlah rahsia! He he macam jakun pun ada, rupanya ada banyak lagi perkara yang tidak saya explore di Facebook ini. Alang-alang Allah dah bagi petunjuk ini, saya kongsikan dengan anda semua supaya dapat dimanfaatkan bersama.

22 Shortcut Key Untuk Jimat Masa Ber-Facebook!

shortcut-key-facebook

Saya tidak akan ceritakan semuanya, kerana ianya mudah sahaja. Selalunya kita akan menggunakan 'touch pad' atau tetikus untuk scroll cerita-cerita yang banyak di News Feed kita, kini lebih mudah dengan menggunakan 'shortcut key' yang telah disediakan oleh Facebook.


shortcut-key-facebook

Apabila anda ingin membaca cerita-cerita di News Feed Facebook anda, anda hanya perlu tekan 'j' untuk scroll cerita ke BAWAH atau tekan 'k' untuk scroll cerita ke ATAS. Setiap cerita yang dipilih akan di-highlight kan dengan kotak biru oleh Facebook.

shortcut-key-facebook

Sedang anda membaca cerita di News Feed Facebook anda, terlahir ilham untuk membuat posting di Facebook, mudah sahaja anda tidak perlu untuk scroll ke atas, anda hanya perlu tekan 'p' untuk membuat posting baru terus ke Timeline Facebook anda.


Untuk setiap cerita yang telah dipilih(ditandakan kotak biru, oleh Facebook) anda hanya perlu menekan 'l' untuk 'Like' atau 'Unlike' cerita tersebut. Pop-up dialog seperti di gambar atas, akan dipaparkan di screen anda. Untuk memudahkan anda pada masa akan datang, 'untick' box 'Don't ask me again' sebelum anda menekan 'Confirm'

shortcut-key-facebook

Selain dari 'Like' atau 'Unlike' anda juga boleh menekan 'c' untuk komen pada cerita pilihan anda dan 's' sekiranya anda ingin kongsikan cerita anda ke Timeline, Group atau Pages anda.

shortcut-key-facebook

Selalunya, kita perlu menekan pada 'See More' untuk cerita atau posting yang panjang. Kini tidak perlu lagi. Hanya dengan menekan 'Enter', seluruh cerita akan terus dipaparkan. Saya suka sangat shortcut key yang ini! Wajib digunakan.

shortcut-key-facebook

Jadi, di sini adalah summary 'shortcut key' yang boleh anda gunakan ketika anda ingin membaca cerita-cerita di News Feed Facebook anda. Gambar di bawah dan terakhir ini pula, adalah shortcut key untuk anda terus pergi ke Timeline, Inbox, Activity Log, New Message dan seperti yang disenaraikan:

  • Help - Ctrl + Alt + 0
  • Home - Ctrl + Alt + 1
  • Timeline - Ctrl + Alt + 2
  • Friends - Ctrl + Alt + 3
  • Inbox - Ctrl + Alt + 4
  • Notifications - Ctrl + Alt + 5
  • Settings - Ctrl + Alt + 6
  • Activity Log - Ctrl + Alt + 7
  • About - Ctrl + Alt + 8
  • Terms - Ctrl + Alt + 9
  • New Message - Ctrl + Alt + m


shortcut-key-facebook

Alhamdulillah, tips yang ringkas untuk manfaat kita bersama. Jika anda rasakan ianya bermanfaat untuk anda dan sahabat-sahabat anda, pastikan anda sharekan entry ini di Facebook, atau di mana-mana sahaja. Sekiranya anda mempunyai tips untuk berfacebook dengan mudah, kongsikan di ruangan komen entry ini ya. Terima kasih!

NinjaPah~
Your Trusted Shaklee Independent Distributor!

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

5 comments:

  1. Wow! Pandai si bulus cari short cut keys. :D

    ReplyDelete
  2. waah.tenkiu MIA..boleh cuba ni..mmg jimat masa kan kalau tahu shortcut ni.

    ( macam kenal je contoh fb post yg MIA guna dlm tutorial dia atas tu..hihi)

    ReplyDelete