Shaklee Success Formula; 5 of 11

Saya telah membawa anda melakar impian anda di dalam entri-entri saya sebelum ini. Sekiranya ini entri pertama yang anda baca, luangkan masa untuk membaca 4 entri Shaklee Success Formula yang telah saya kongsikan terdahulu:


Adakah anda di alam realiti, atau ada hanya berangan-angan dengan impian anda. Tanya diri anda, di manakah anda? Saya bukan bermaksud untuk tahu di mana tubuh fizikal anda berada, tetapi hakikat di mana status anda pada saat ini dalam mencapai impian dan matlamat anda. Anda perlu tahu di mana anda berada kini untuk mencapai matlamat yang anda telah tetapkan.

Mengapa anda perlu tahu di mana anda kini?

Shaklee success formula cermin diri
CERMIN DIRI
Pastikan anda tahu di mana anda berada kini, kerana itulah 'TITIK PERMULAAN' perjalanan anda. Lebih jelas anda dapat fahami keadaan anda kini, lebih jelas anda dapat melihat jalan ke arah mencapai matlamat dan impian anda.

Apa yang anda 'JANGKAKAN' Vs. 'REALITI'?

Jangkaan kita dalam mencapai impian dan matlamat(Expectation) dan hakikat keadaan kita pada saat ini(Reality) perlu kita ketahui dengan jelas. Perbezaan antara 'Expectation' dan 'Reality' ada GAP iaitu saya namakan CABARAN.

Sebagai contoh, anda ingin memperoleh pendapatan RM 50,000 dari Bisnes Shaklee, ianya adalah jangkaan anda, realitinya sekarang anda perlu jelas tahu anda di mana?


  1. Saya baru 1 bulan berdaftar --> CABARAN : Kekurangan ilmu tentang produk, syarikat dan pelan pemasaran.
  2. Shaklee adalah bisnes pertama saya --> CABARAN : Kekurangan ilmu pemasaran, teknik pemasaran online atau offline
  3. Saya sangat sibuk dengan kerja hakiki --> CABARAN : Kekangan masa untuk kerja hakiki, menguruskan anak dan rumah tangga serta menguruskan bisnes!
  4. Saya tidak mempunyai ramai kenalan --> CABARAN : Kekurangan ilmu & teknik membina network
  5. 'Technophobia?" --> CABARAN : Bukan takut dengan teknologi sebenarnya, tetapi mental block yang membuat kita rasa takut kepada smartphone, komputer, dunia blogging, facebooking
Ini antara contoh, yang dapat saya berikan berdasarkan pengalaman saya dan anak-anak buah. Setiap dari anda pasti mempunyai cabaran yang berbeza, Jadi, anda haruslah berdiri di hadapan cermin dan bertanya sendiri dengan diri anda. "Aku di mana?"

Shaklee success formula cermin diri


Setelah mengetahui GAP atau CABARAN apakah yang perlu saya lakukan?


Anda harus mencari SOLUSI untuk merapatkan jurang tersebut bukan mencari ALASAN untuk mengatakan anda tidak boleh mencapai matlamat dan impian anda kerana terlalu banyak cabaran. Saya suka memberi contoh, kerana dari contoh ini ia membantu anda lebih jelas dengan apa yang perlu anda lakukan.

SITUASI: Saya baru 1 bulan berdaftar
CABARAN: Kekurangan ilmu tentang produk, syarikat dan pelan pemasaran.
PELAN TINDAKAN:

  1. Kenalpasti sumber maklumat yang boleh di capai dengan mudah, i.e memberkit, product guide dari syarikat, website rasmi syarikat, google, group sokongan bisnes, upline dll.
  2. Kenalpasti apakah peluang yang tersedia oleh kumpulan sokongan anda, contoh di s2u Families, kami menyediakan online class, coaching dan mentoring, offline seminar berkala untuk pengedar Shaklee yang berdaftar di bawah jaringan kami.
  3. Kenalpasti peluang tersedia oleh syarikat, Shaklee: antaranya Health Talk, Product Workshop, Business Opportunity Meeting.
  4. Setelah dikenalpasti, jangan hanya biarkan tetapi BERTINDAK! untuk cari gali maklumat dan info yang ada, berbincang bersama group sokongan, upline, sideline dan menghadirkan diri di kelas, seminar yang disediakan oleh kumpulan sokongan anda juga Shaklee.
Hanya satu contoh yang ingin saya berikan, selebihnya anda perlu lakukannya sendiri.

Ingat, setiap dari kita mempunyai cabaran yang berbeza, tetapi yang membezakan orang yang BERJAYA adalah bagaimana dia menangani cabarannya. - Master Iffah Anuar
Saya doakan anda yang setia membaca coretan dan perkongsian saya di ninjapah.com di limpahkan Allah SWT dengan rezeki yang luas, beroleh kejayaan yang LUAR BIASA, in shaa Allah aa meen. Kongsikan entri ini dengan teman dan rakan seperjuangan anda yang lain supaya kita mendapat manfaat bersama.

Sekian dari saya, 

NinjaPah~ 
Mentor Magik Anda

================================================================
Barisan Pemimpin Jualan Tertinggi Shaklee, Master Coordinator di Empayar s2u Families

Ingin mendapat sentuhan magik saya di dalam Shaklee?

Daftar segera sebagai Pengedar Shaklee di bawah Jaringan s2u Families,
kepakaran saya adalah menggilap kebolehan anda sebagai Usahawan Shaklee yang hebat!

Hubungi saya sekarang : 013-5810.170 atau email: m.iffahanuar@gmail.com
=================================================================

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 comments:

  1. Tq MIA...banyak info yang MIA berikan...sgt2 berguna...Tq so much!

    ReplyDelete
  2. Sama-sama Nur Insyirah, moga ia bermanfaat dan di praktikkan.

    ReplyDelete