Shaklee Success Formula; 3 of 11

Pengunjung dan follower setia yang saya kasihi, sila berikan perhatian dan pastikan anda hadam entry kali ini kerana, ia antara formula yang utama dalam memastikan kita success dalam Bisnes Shaklee (juga boleh diaplikasi dalam mana-mana bisnes).

Goal Setting
Tulis MATLAMAT seperti menulis ALAMAT

Menulis atau menetapkan matlamat, diibaratkan seperti menghantar surat, jika tersalah alamatnya maka tersalah destinasinya tiba. Di dunia ini, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka tersendiri. Baki 98% lagi, mungkin tidak mempunyai matlamat hidup atau jika ada, mereka tidak menulisnya.

Mengapakah menulis MATLAMAT sangat penting?

Saya ingin memberi anda contoh kedua, jika seseorang belayar di lautan tanpa tahu kemana destinasi ingin dituju, arah manu harus dia belayar? Adakah membiarkan sahaja tiupan angin membawa kapalnya ke mana-mana sahaja? Sudah semestinya, harus ada destinasi yang ingin dituju, barulah jelas apa yang perlu dibuat, untuk pastikan kapal sampai ke destinasinya.

Shaklee Success Formula Menulis Matlamat
MATLAMAT

Saya yakin anda mempunyai pelbagai matlamat yang ingin anda capai dalam kehidupan anda tetapi adakah anda menulisnya? atau anda mungkin tergolong dalam golongan 98% yang saya nyatakan di atas? Suka saya peringat kepada anak cucu bisnes Shaklee saya di s2u Families, bila matlamat hanya sekadar di dalam kepala tanpa kita menulisnya, ianya seperti menulis impian kita di atas awan, dan apabila angin bertiup, ia terbang bersama angin dan hilang. Apabila impian hilang, semangat, kemahuan dan keinginan turut hilang bersama. Seperti kata orang-orang tua;

"Angan-angan Mat Jenin"

Menulis matlamat anda samalah seperti anda membuat akur janji kepada diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tertanam di dalam fikiran dan sentiasa diingati dalam keadaan sedar atau separa sedar. Apabila anda menulis matlamat anda, anda menggerakkan motor-motor dalam tubuh melalui pergerakkan tangan menulis, dan anda membaca melalui apa yang tertulis dan minda mula menafsir dan merangka strategi demi strategi untuk mencapai matlamat tersebut. Jadi menulis matlamat melibatkan banyak pergerakan fizikal, bagi saya ini mengakibatkan, arahan diberikan kepada sel-sel tubuh akan menolak diri anda untuk mencapai apa yang telah dituliskan.

Apabila anda menulis matlamat anda, anda menjadikan ianya nyata - sesuatu yang boleh disentuh, dicapai. Anda telah membuatkan apa yang selama ini di dalam imaginasi anda menjadi satu yang nyata dalam bentuk yang boleh anda pegang!

Bagaimana menulis MATLAMAT yang berkesan?

SMART Goal Setting


Adakah dengan menulis diatas sekeping kertas? atau di dalam diari? atau di dalam aplikasi di telefon pintar? Langkah pertama, pastikan ada telah setkan matlamat anda. Matlamat yang bagaimana? Tentu anda selalu dengar akronim S.M.A.R.T. Apakah yang dimaksudkan dengan akronim tersebut?

S : Specific – Matlamat atau azam anda perlu dispesifikkan supaya anda lebih jelas dengan apa yang anda akan buat untuk mencapainya. Matlamat yang terperinci adalah lebih bermakna dengan matlamat yang umum. Jika sasaran tidak spesifik dua perkara yang akan berlaku: pertama anda dengan mudahnya mencapai matlamat itu dan kedua, anda dapati apa yang anda peroleh bukan apa yang anda mahu. Oleh yang demikian tetapkanlah matlamat secara spesifik, contohnya pada tahun ini ada mahu memperoleh pendapatan pasif bulanan RM50,000 dari Shaklee.

M : Measurable – Sesuatu matlamat yang kita tetapkan itu mestilah yang boleh diukur atau dinilai harganya. Untuk situasi matlamat anda ini, ukuran dan nilainya ialah harga RM50,000.00. Pertama sekali anda perlu jelas, untuk mencapai pendapatan pasif RM50,000 anda haruslah mencapai pangkat tertinggi di dalam Shaklee iaitu Master Coordinator. Anda harus tahu, apakah keperluan untuk melayakkan anda mencapai pangkat tersebut barulah anda jelas apa yang perlu anda lakukan. Anda boleh menulis azam dan matlamat anda itu seperti 


“Saya telah menjadi Master Coordinator pada tahun ini dan mendapat pendapatan bulanan RM 50, 000”

A: Achievable – Matlamat yang anda letak haruslah sesuatu yang boleh dicapai. Hindarkan dari membuat sebarang matlamat yang sudah tentu anda tidak dapat capai. Di sini anda perlu melihat sendiri keadaan anda sekarang, adakah anda boleh mencapai matlamat tersebut? Jika anda rasa ianya sukar atau tidak boleh dicapai, abaikan dan tetapkan matlamat yang lain. Untuk kes mendapat pendapat pasif RM50,000 adalah logik dan mampu untuk anda perolehi dalam tempoh setahun.

R : Realistik – Apa yang mahu dicapai mestilah sesuatu yang realistik dan relevan serta bermakna kepada diri sendiri. Anda haruslah mempunyai sebab mengapa matlamat itu hendak dicapai. Elakkan dari menetapkan matlamat yang bukan-bukan seperti ingin membeli rumah setengah juta sedangkan pendapatan sebulan hanyalah RM1,500.00. Bagi matlamat untuk mendapat pendapatan pasif RM50,000 seperti di atas, ia nampak realistik kerana kita mampu untuk mencapainya.

T : Time-bound – Setiap target atau azam hendaklah diletakkan jangkamasa, bila hendak dimulakan dan bila hendak dicapai. Ia juga harus jelas dan spesifik. Anda boleh cuba untuk memecahkan kepada target yang lebih kecil. 

Albert Bandura dan Dale Schunk telah menjalankan kajian ke atas kanak-kanak berumur 7-10 tahun. Separuh dari kanak-kanak ini dikehendaki untuk menetapkan matlamat menyiapkan enam mukasurat soalan matematik dalam 1 sesi dan separuh lagi kanak-kanak dikehendaki menyiapkan 42 mukasurat soalan matematik dalam 7 sesi. Daripada pemerhatian didapati kanak-kanak dengan penetapan matlamat yang kecil dapat menyiapkannya dengan lebih cepat dan lebih tepat jawapannya daripada kanak- kanak yang menetapkan matlamat besar. Mereka juga didapati mempunyai lebih keyakinan dengan kemampuan masing-masing serta motivasi intrinsik yang lebih apabila memilih untuk menjawab soalan matematik tersebut. 

Rujukan:-
Bandura,A, & Schunk D.H (1981). Cultivating competence, self-efficacy and intrinsic interest through proximal self motivation. Journal of Personality and Social Psychology, 41(3), 586.

Sehubungan itu, sekiranya ingin mencapai sesuatu matlamat, pecahkan kepada beberapa langkah kecil dan laksanakan sedikit demi sedikit. Anda boleh cuba untuk menetapkan matlamat ini dengan membina jadual dan cuba untuk mengikuti jadual yang dirancang. Tiada matlamat dapat dicapai tanpa perancangan yang baik. Cuba sedaya upaya untuk mematuhi jadual yang dirancang.

Bagi contoh yang saya berikan di atas, anda perlu jelas dalam mencapai pendapatan pasif RM50,000 anda harus mencapai pangkat tertinggi dalam Shaklee, apakah syarat-syarat yang diperlukan? Dari syarat-syarat keperluan tersebut anda boleh merangka pelan tindakan anda, jangka masa panjang dan pendek.

Jika ingin lebih spesifik, anda boleh pecahkan kepada setiap hari. Deadline adalah sangat perlu kerana tanpanya anda hanya akan berlengah dan tidak ada usaha untuk mencapai matlamat yang diingini. 

Jadi anda bolehlah menulis matlamat anda tadi lebih spesifik berserta 'deadline' seperti:


“Saya telah menjadi Master Coordinator dan mendapat pendapatan bulanan RM50,000 pada December 2015”

Setelah matlamat diset dan ditulis, pastikan anda bercakap atau memperkatakan tentang matlamat anda setiap hari. Dengan mengatakannya setiap hari ia akan terbenam di dalam minda separa sedar anda dan tindakan akan didorong olehnya. 

Jika saya, saya akan tulis dan tampalkan matlamat saya ditempat yang mudah dan kerap saya lihat contoh di log book atau jurnal, di pintu peti sejuk, di papan kenyataan tempat saya bekerja. Selain itu saya turut menjadikan ia wall paper laptop dan telefon pintar saya.

Saya harap, anda mendapat manfaat dari entry saya kali ini. Rujuk entry terdahulu untuk mengetahui Shaklee Secret Formula yang telah saya kongsikan.


  1. Shaklee Secret Formula; 1 0f 11
  2. Shaklee Secret Formula; 2 0f 11
Sekian dari saya, 

NinjaPah~ 
Mentor Magik Anda

================================================================
Barisan Pemimpin Jualan Tertinggi Shaklee, Master Coordinator di Empayar s2u Families

Ingin mendapat sentuhan magik saya di dalam Shaklee?

Daftar segera sebagai Pengedar Shaklee di bawah Jaringan s2u Families,
kepakaran saya adalah menggilap kebolehan anda sebagai Usahawan Shaklee yang hebat!

Hubungi saya sekarang : 013-5810.170 atau email: m.iffahanuar@gmail.com
=================================================================

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

7 comments:

  1. Alhamdulillah. Terima kasih nanny MIA atas entry ini.

    Ulangkaji.

    Ok, berlari menulis matlamat kembali.

    Luv u nanny Iffah.

    Natrah Mohamed
    Www.natrahmohamed.com

    ReplyDelete
  2. Terima kasih PMIA..=)

    Untuk saya revise semula..apa yang saya belum buat dan konsisten untuk buat...

    Luv u very much..!!!

    www.sihatnatural.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wrh wbrkt

    Maklumat bermanfaat..

    Terima kasih atas perkongsian

    http://dyan-health-care.blogspot.jp/

    ReplyDelete
  4. Thank You PMIA.. insyaAllah will do it

    ReplyDelete
  5. Terima kasih MIA for the such good reminder.

    Action..action..action

    www.cintahealth.com

    ReplyDelete
  6. Bagus Natrah, kak yus, Juliza, MsRaiza..yang penting adalah TINDAKAN

    ReplyDelete
  7. bestni..reminder yang sungguh hebat..manusia perlu diingatkan berulang2kali..tqvm MIA

    ReplyDelete