Shaklee Success Formula; 2 of 11



Fikirkan Boleh  
Jika kau fikirkan kau boleh 
Kau hampir boleh melakukan 
Jika kau fikirkan ragu-ragu 
Usahamu tidak menentu  
Jika kau fikirkan kekalahan 
Kau hampiri kegagalan 
Jika kau fikirkan kemenangan 
Kau hampiri kejayaan  
Engkaulah apa kau fikirkan 
Terkandung dalam pemikiran 
Kau fikir boleh melakukan 
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan 
Tabah apa kau usahakan 
Bertindak atas kemampuan 
Engkau boleh

Lagu ini, semestinya cukup popular dikalangan kita semua. Selalu kita dengar ketika kelas atau seminar motivasi terutama di era 80-an. Lagunya cukup simple, namun intipati message yang disampaikan menusuk di qalbu.

"Jika kau fikirkan kau boleh, Kau hampir boleh melakukan"
Dalam mencapai impian dan matlamat, anda harus mempunyai KEYAKINAN di dalam hati bahawa impian anda PASTI tercapai! Keyakinan yang tinggi akan menjadi penggerak anda untuk tidak berhenti berusaha, untuk tidak menoleh kebelakang lagi dan terus fokus untuk mencapai impian anda.

shaklee success formula - keyakinan
KEYAKINAN

Anda tidak perlu menyakin orang di luar sana bahawa anda boleh, tetapi anda harus meyakinkan diri anda bahawa "Anda Boleh!". Usah pedulikan apa yang orang lain akan katakan tentang diri anda. Dengan yakin pada diri, ia menolak anda untuk mencapai cita-cita dan impian. Nah, itu sahaja yang diperlukan! Apabila tercapai impian dan cita-cita, segalanya terbukti untuk meyakinkan orang di luar sana. Jadi perlu anda ingat, yang penting adalah anda yakin dengan diri anda sendiri!

Dalam menetapkan impian, anda haruslah realistik. Matlamat yang realistik atau logik akan menginspirasi keyakinan kita. Sebagai contoh, hari ini ada baru sahaja memulakan bisnes Shaklee anda dan anda mensasarkan jualan RM 10, 000 untuk hari pertama anda, ia tidak mustahil tetapi kurang realistik. Tetapi sekiranya anda mensasarkan jualan RM 10, 000 untuk jangka masa 30 hari anda mempromosi jualan anda, ia lebih realistik dan terasa tidak mustahil untuk dicapai. Jadi kesimpulannya di sini, matlamat yang tidak realistik hanya akan membuatkan motivasi diri anda menurun dan lemah apabila apa yang target tidak kesampaian.

Adakah saya YAKIN saya akan berjaya bersama Shaklee?

Ketika dilamar untuk melakukan bisnes Shaklee secara serius, saya ketika itu sedang bercuti sakit. Saya tiada kepakaran dalam perniagaan terutama dalam bidang kesihatan dan nutrisi. Bulan pertama memulakan bisnes Shaklee, saya banyak mengeksplorasi buku-buku dan manual yang tersedia di dalam member kit yang saya peroleh ketika berdaftar. Bagi saya, saya perlu jelas apa yang perlu saya capai barulah saya dapat menetapkan matlamat yang perlu saya capai di dalam Bisnes Shaklee.

Ketika diperingkat awal memulakan bisnes, kurang keyakinan diri itu adalah perkara biasa kerana banyak perkara yang belum kita explore. Melalui pembacaan dan bimbingan dari upline, kita akan mulai faham keperluan bisnes kita dan sinar keyakinan semakin menyerlah! Percaya atau tidak, ketika bulan kedua saya menjalankan bisnes Shaklee, ketika itu bonus saya dalam anggaran RM 1, 000-RM 2,000 saya dengan yakin telah menyatakan matlamat saya kepada upline saya:
"Saya telah menjadi Master Coordinator (pangkat tertinggi dalam Shaklee) dan bonus minima RM 20, 000 pada Ogos 2012"
Saya juga, menuliskan matlamat saya ini dengan jelas di dalam jurnal atau log book saya. Reaksi pertama upline, sedikit tergelak mungkin kerana ketika itu kami masih awal dalam bisnes tetapi saya yakin, dia memberi sepenuh keyakinan kepada saya. Seperti yang saya katakan pada anda di awal entry ini,

Apabila tercapai impian dan cita-cita, segalanya terbukti untuk meyakinkan orang di luar sana. Jadi perlu anda ingat, yang penting adalah anda yakin dengan diri anda sendiri!
Adakah saya berjaya mencapai matlamat saya?

Saya dan suami diiktiraf sebagai Master Coordinator pada Shaklee National Conference 2012/13


Apabila saya yakin bahawa saya mampu mencapai matlamat saya, setiap gerak geri usaha didorong oleh rasa keyakinan yang kuat. Saya fokus pada jalan usaha saya, dan satu persatu idea lahir untuk memajukan diri dan organisasi Shaklee saya, yang kini dikenali sebagai Empayar s2u Families. Suka saya kongsikan, matlamat mencapai Master Coordinator dan Bonus bulanan minima RM 20, 000 saya berjaya capai lebih awal dari apa yang saya sasarkan! Alhamdulillah, itulah magiknya bila kita YAKIN.


Sekitar majlis pengiktirafan Shaklee National Conference 2012/13
Sekitar majlis pengiktirafan Shaklee National Conference 2012/13

Sekitar majlis pengiktirafan Shaklee National Conference 2012/13
Sekitar majlis pengiktirafan Shaklee National Conference 2012/13

Jadi, yakinlah bahawa diri anda BOLEH! Anda adalah apa yang anda fikirkan dan anda bertanggungjawab atas pilihan anda untuk YAKIN dan maju kehadapan, atau untuk tidak percaya dan membenam sahaja segala cita-cita dan impian ke dasar laut. Moga terinspirasi dengan entry kali ini.

Baca Shaklee Success Formula; 1 of 11 di sini.


Sekian dari saya, 

NinjaPah~ 
Mentor Magik Anda

================================================================
Barisan Pemimpin Jualan Tertinggi Shaklee, Master Coordinator di Empayar s2u Families

Ingin mendapat sentuhan magik saya di dalam Shaklee?

Daftar segera sebagai Pengedar Shaklee di bawah Jaringan s2u Families,
kepakaran saya adalah menggilap kebolehan anda sebagai Usahawan Shaklee yang hebat!

Hubungi saya sekarang : 013-5810.170 atau email: m.iffahanuar@gmail.com


=================================================================

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

8 comments:

  1. Saya tertunggu entry seterus daripada puan. Satu perkongsian yang sangat membantu saya sebagai seorang SID

    ReplyDelete
  2. In shaa Allah, Shaklee Success Formula yang ke-3 akan saya kongsikan hari ini.

    ReplyDelete
  3. Ya ALLAH.. berikan kekuatan untuk noru terus yakin noru MASTER COORDINATOR FEBRUARI 2016.. amin... PM IFFAH.. tolong doa noru skali ey... tq
    http://www.duniakecantikankesihatan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. saya yakin saya Master Coordinator Shaklee 2015 .amin

    ReplyDelete
  5. Kuasa yakin ni sangat magic kan... kena YAKIN! In syaa Allah (^___^)

    ReplyDelete
  6. In shaa Allah Noru, Master Coordinator Februari 2016 Aa meen Ya Allah

    ReplyDelete
  7. Master Mastura Hj Ahmad - 2015 Aa meen Ya Allah, perlu lebih spesifik dateline nya Cik Mas..

    ReplyDelete