Shaklee Success Formula; 1 of 11

Jika kita ingin berjaya mestilah follow formula-formula yang telah diblend oleh mereka yang telah berjaya. Jadi pertama sekali di dalam formula untuk berjaya terutama dalam Shaklee adalah:

"KEINGINAN"

atau orang putih kata, "burning desire". Kita cakap melayu jelahkan, sebab kita rakyat Malaysia. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda sasarkan, anda perlu mempunyai KEINGINAN untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi kuat keinginan anda, lebih mudahlah anda untuk mencapai matlamat tersebut.

Pernah lihat api yang sedang marak menyala?


Keinginan seumpama api yang membakar di dalam diri anda. Lagi besar nyalaan apinya, lagi hebat ia membakar jiwa anda untuk mencapai apa yang telah anda impikan, apa yang telah anda setkan. Tetapi jika api nyalaannya sekadar hangat-hangat tahi ayam, janganlah anda bermimpi impian anda akan terlaksana.

Apakah punca utama seseorang tidak mencapai matlamatnya?

Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah kerana anda takut untuk menghadapi kegagalan. Perasaan "takut untuk gagal" yang ada dalam diri anda akan menghalang anda untuk mengambil langkah pertama untuk memulakan perjuangan mencapai matlamat anda.

Keinginan akan menolak anda untuk menguasai ketakutan dan terus melenyapkan perasaan takut anda. Ia adalah perkara normal, merasai ketakutan saat kita mula meletakkan matlamat dan impian hidup kita. Lebih kuat rasa ketakutan itu bermakna sangat hebat impian yang kita letakkan.

Adakah saya mempunyai rasa takut untuk gagal?

Saya tidak pernah kenal erti gagal dalam kehidupan saya. Dari kecil, sejak dari bersekolah di taman asuhan kanak-kanak Islam lagi, saya tidak mengenal erti gagal. Selalu cemerlang, mendapat tempat yang teratas dalam apa jua yang saya sertai. Begitulah perjalanan hidup saya, seterusnya di sekolah rendah dan berjaya menempatkan diri ke sekolah berasrama penuh, universiti dan mendapat tajaan biasiswa. Hidup saya boleh dikatakan berjaya sebagai pelajar cemerlang.

Rasa takut untuk gagal datang apabila saya diuji dengan satu-persatu masalah kesihatan yang membuatkan saya jatuh terjerumus, hampir berputus asa dengan kehidupan. Ketakutan pertama, ketika saya diserang penyakit kritikal ketika sedang menjalani latihan industri pada tahun 2006. Takut yang amat, bahawa saya akan gagal menghabiskan latihan industri, takut saya akan gagal menamatkan pelajaran saya dalam jurusan jurutera kimia.

Rasa takut yang membawa kepada hampir putus asa itu alhamdulillah, dapat saya padamkan sedikit demi sedikit dengan mengingatkan diri akan impian saya, saya benar-benar ingin membuat mak dan ayah saya bangga apabila saya memegang segulung ijazah dan mendapat kerja di syarikat yang gah dan hebat di Malaysia. Keinginan itu yang membuatkan saya bangkit untuk menamatkan pengajian dengan cemerlang.

Saya percaya, anda semua juga pernah mengalami kegagalan dalam hidup. Tidak kira sekecil-kecil kegagalan mahupun sebesar-besar kegagalan. Bangkitlah dari kegagalan kerana anda mempunyai impian dan matlamat yang perlu anda capai. Bangkitlah dan tolaklah diri anda dengan keinginan untuk mencapai matlamat dan impian anda. Hiduplah di hari akan datang untuk mencipta kejayaan bukan mencipta kegagalan.

Sedikit senarai semak untuk anda:

  1. Senaraikan 10 impian dan matlamat anda, jangka pendek dan jangka panjang.
  2. Pastikan impian anda adalah spesifik dan jelas.
  3. Pecahkan impian anda yang besar tadi, kepada impian yang kecil-kecil kerana inilah yang akan menjadi langkah pertama untuk diambil. Melihat impian yang besar, seakan rasa mustahil tetapi jika kita pecahkan ia menjadi kecil, ia menjadi mudah untuk dicapai!
Semoga perkongsian ini membantu anda untuk mewujudkan rasa "INGIN" yang membuak untuk anda mencapai matlamat anda.

Sekian dari saya, 

NinjaPah~ 
Mentor Magik Anda

================================================================
Barisan Pemimpin Jualan Tertinggi Shaklee, Master Coordinator di Empayar s2u Families

Ingin mendapat sentuhan magik saya di dalam Shaklee?

Daftar segera sebagai Pengedar Shaklee di bawah Jaringan s2u Families,
kepakaran saya adalah menggilap kebolehan anda sebagai Usahawan Shaklee yang hebat!

Hubungi saya sekarang : 013-5810.170 atau email: m.iffahanuar@gmail.com
=================================================================
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

12 comments:

  1. pecahkan 10 impian menjadi 101 impian.. doakan sy juga kaya dan berjaya master iffah..

    ReplyDelete
  2. Bagus Juliza, Tahniah kerana telah BERTINDAK!

    Fisha Hasan , in shaa Allah saya doakan CikPuan Kaya dan Berjaya lebih hebat dari saya! Aa meen Ya Allah.

    ReplyDelete
  3. WAJIB. BERTINDAK.. PM Iffah.. mohon doakan noru konsisten melakukanya... aminn
    http://www.duniakecantikankesihatan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. terima kasih MIA. betul-betul membakar.baru formula 1 :)
    akan di follow!

    ReplyDelete
  5. Jazakillah ninja pah. Semoga ninja pah sentiasa sharing ilmu yg berguna. Saham dan pencen kubur bak kata prof Muhaya. In shaa Allah.

    www.bidadarigojes.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. In shaa Allah Noru, mia doakan Noru bertindak dan yang penting Konsisten

    ReplyDelete
  7. Mastura Ahmad: bagus! selamat baca success formula seterusnya dan yang penting bertindak ya!

    ReplyDelete
  8. Bidadari Gojes: In shaa Allah, itulah yang kita cari ..bekalan untuk di sana yang kekal abadi.

    ReplyDelete
  9. Best! Semangat membara! Apa yang penting adalah -->> BERTINDAK! Tq MIA :)

    ReplyDelete