Suami, Isteri dan ....

Bertemu lagi, masih seperti semalam pembacaan untuk diri sendiri adalah berkisarkan perihal rumah tangga. Dari entry saya semalam, ramai pula yang menghubungi saya melontar rasa hiba, kecelaruan dan kesedihan terhadap pasangan. Allahu Akhbar, saya bukan pakar cinta, mahupun kaunselor rumah tangga namun saya adalah pendengar yang setia.

Ramai yang termuhasabah dari entry saya semalam, siapa yang tidak mahu menjadi wanita yang dicintai Allah SWT, betul? Saya juga mempunyai cita-cita dan impian yang sama. Kehidupan rumah tangga memang tidak akan lari dari perselisihan pendapat, menangis, merajuk jika kita melihat dan memandang kehidupan kita dari sudut yang negatif. Jika kita ambil dari sudut yang positif pasti kita boleh mewujudkan suasana rumah tangga yang bahagia dan membahagiakan, In shaa Allah.



Untuk entry hari ini, mari saya kongsikan dengan pembaca semua kewajipan seorang isteri dan suami.

KEWAJIPAN SUAMI

  1. Membayar mas kahwin : Seorang suami wajib memberikan mas kahwin kepada isterinya sebagai tanda pemberian dan tanggungjawab.
  2. Memberi nafkah zahir dan batin : Nafkah ialah harta yang dikeluarkan oleh suami untuk isterinya berupa makanan, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain.
  3. Menyediakan tempat tinggal dan perlindungan : Menyediakan tempat tinggal yang selesa dan selamat untuk didiami.
  4. Melayan isteri dengan lemah lembut : Tidak menyakiti isteri sama ada zahir atau batin dan menampakkan wajah manis dan ceria di hadapannya.
  5. Mendidik keluarga dengan hikmah : Bijaksana dalam mendidik isteri dan anak-anak serta menegur kesalahan mereka dengan baik.

KEWAJIPAN ISTERI

  1. Mentaati suami : Menuruti perintah suami selagi tidak menyalahi syarak.
  2. Melayan suami apabila diminta: Akur kepada permintaan suami apabila diminta memberikan layan terbaik.
  3. Tidak membiarkan orang lain masuk ke dalam rumah tanpa izin suami : Memelihara rumah dengan menjaga harta suami dan memelihara kehormatan diri.
  4. Tidak keluar dari rumah tanpa keizinan suami : Meminta izin suami terlebih dahulu sebelum meninggalkan rumah.

KEWAJIPAN SUAMI & ISTERI

  1. Taat kepada perintah Allah dan Rasulullah.
  2. Mendidik anak-anak dengan ilmu agama.
  3. Meningkatkan ilmu dan amal ibadah.
  4. Mencipta persekitaran Islam dalam keluarga.
Alhamdulillah, mari kita semak semula adakah sudah kita tunai dan laksanakan tanggungjawab kita sebagai isteri atau suami dengan baik. Tiada manusia yang sempurna tetapi kita haruslah mencuba menjadi yang terbaik. Terkadang kewajipan itu nampak remeh sahaja, tetapi ingatlah setiap yang digariskan oleh agama pasti ada sebab dan bertujuan untuk kebaikan.

Buat sahabat dan teman yang sedang mengalami perselisihan dengan suami, ada rasa tidak tenang dan senang dengan suami, nasihat yang boleh saya berikan:

  • Hindari dari membuka keaiban rumah tangga kita pada sesiapa pun, jagalah aib suami, aib diri kita dan keluarga kita. Janganlah kerana terlalu berdukacita, kita ceritakan perihal aib suami pada teman atau sesiapa sahaja.
  • Syukurilah apa yang ada, lebih banyak kita bersyukur lebih tenang dan bahagia mendekati kita. Kita inginkan pasangan mengikut apa yang kita mahukan, kita mungkin meletakkan standard yang tinggi untuk dicapai oleh pasangan sehingga apabila ia tidak mencapai keinginan kita, kita rasa kecewa, sedih dan jika terbawa-bawa sehingga membenci kekurangan pasangan kita. Lihatlah pada kekurangan kita sebaiknya dan pandanglah pada kelebihan pasangan kita. Ini sama seperti pesanan Luqman Al-Hakim yang pernah saya kongsikan sebelum ini : Ingat 2 Perkara dan Lupakan 2 Perkara.
  • Berhati-hati dengan apa yang kita minta pada Allah melalui percakapan harian kita, kata-kata itu adalah doa. Apa yang kita minta, itulah yang akan kita dapat.
"Suami saya tak paham saya"
"Isteri saya tak pandai nak ambil hati mertua" 
  • Belajarlah berlapang dada atas setiap ujian rumah tangga yang kita hadapi, dan mungkin dengan menghayati pengertian Surah Al-Insyirah ini dapat memberi jawapan kepada kerunsingan sahabat dan teman. 

[94: 1] (Wahai Muhammad) Bukankah Kami telah lapangkan dadamu ? 
[94: 2] Dan Kami telah ringankan bebananmu. 
[94: 3] Yang telah memberatkan tanggunganmu? 
[94: 4] Dan Kami telah angkatkan namamu? 
[94: 5] Sesungguhnya bersama kesukaran itu kemudahan, 
Ke mana jua kesukaran pergi, kemudahan tetap bersama dengannya kerana pada kesukaran itu sendiri wujudnya benih-benih kemudahan dan kerana kesusahan itu hanya merupakan suatu kebetulan yang terserempak dalam perjalanan, ia akan meninggalkan kita apabila kewujudannya tidak dikehendaki. 
Allah Yang bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang menciptakan manusia bahkan seluruh makhluknya untuk dirahmati dan disayangi. Jika sekali sekala diuji, jangan difikir ujian itu tidak mengandungi apa-apa erti, sekurang-kurangnya satu amaran untuk memuhasabah diri…. 
[94: 6] Sesungguhnya bersama kesukaran itu kemudahan. 
[94: 7] Oleh itu, apabila engkau telah selesai dari sesuatu kerja, maka tumpukanlah dengan sungguh-sungguh kerja yang lain pula. 
[94: 8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaknya engkau tumpukan perhatian.
Alhamdulillah, pilihlah hidup yang bahagia dan membahagiakan. Sekiranya anda merasakan entry bermanfaat buat anda, kongsikanlah ia bersama rakan dan teman yang lain.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

4 comments:

  1. salam mia..
    saya membaca entry ini sambil membayangkan mia berceloteh dihadapan saya.rindunya saya pada mia.jaga diri dan kesihatanmu selalu.hug2 ;)

    ReplyDelete
  2. Aini Ahmad: Terima kasih sayang kerana singgah dan baca coretan mia di sini. mia pun rindukan Aini ") yang khusyuk menenung jika mia bercakap di depan.. In shaa Allah nanti berjodohlah kita.

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah moga bertemu nanti.. moga Allah jaga mia selalu..

    ReplyDelete
  4. Aa meen Ya Allah.. in shaa Allah.

    ReplyDelete