[Sinikal] Tamak! Bonus Sudah Besar, Masih Berjual Macam 7-Eleven!

Alhamdulillah, saya biasanya akan memberikan senyuman yang disembunyikan disebalik niqab yang melindungi wajah ini.

Master, you dah kaya, bonus you Shaklee bagi banyak tapi masih lagi nak jual roti?

Akak tengok kau ni dah macam 7-Eleven!

dan macam-macam lagilah statement yang sinikal telah saya dapat dan telan sehingga menjadi tinja yang selamat dinyahkan.

Bermula kerjaya sebagai seorang Jurutera, gaji bulanan alhamdulillah, cukup untuk menampung diri, beri duit belanja pada adik beradik yang masih belajar, beri duit belanja bulanan pada mak ayah dan untuk belanja keperluan rumah dan diri. Alhamdulillah cukup.

Apabila mendirikan rumah tangga dan perlu berpindah ke KL, segalanya mula berubah, perbelanjaan seisi rumah semakin meningkat. Semuanya perlukan duit! Sewa rumah, LRT, kos makan di KLCC yang tinggi, perbelanjaan anak, keperluan rumah namun alhamdulillah masih lagi cukup-cukup makan waktu itu.

Sehinggalah segalanya bagai direntap, setelah sesetengah pihak cuba menjatuhkan dan memanipulasi masalah kesihatan saya sehingga akhirnya saya berjaya mendapatkan cuti sakit yang panjang, bergaji dan tanpa gaji. Hilang mata pencarian! Ya saya telah mengalaminya dan tiada siapa di pihak majikan yang mengambil tahu tentang jerit perih saya apabila hilangnya mata pencarian bulanan saya! malah segala tangunggan perubatan, klinik saya perlu tanggung sendiri. Syarikat saya memang hebat dan saya tidak salahkan syarikat, tetapi manusia di dalamnya... bagi saya manusia sebegini ada sahaja di mana-mana. Yang suka mengambil kesempatan terhadap kesempitan orang lain... dan mungkin anda juga bakal menghadapi situasi seperti saya.

Jika ia berlaku pada anda, bagaimana? Hilang mata pencarian tiba-tiba dan perlu meneruskan kehidupan dengan bebanan kesakitan yang di alami. Perit, ia adalah satu momento kejatuhan saya yang sangat dalam.

Jatuh bukan bererti itu penamat kehidupan. Diambil kesempatan bukanlah satu yang menyedihkan. Benarlah dalam setiap yang berlaku yang Allah SWT kirimkan dalam kehidupan kita, ada hikmahnya dan bila Allah SWT ingin melonjakkan kita jauh ke atas, DIA akan tarik kita jauh ke bawah. Saya mencari ruang kekuatan untuk bangkit dan berjuang.

Perniagaan Online - ia satu medium yang saya lihat ketika itu bersesuaian dengan keadaan kesihatan saya yang sukar bergerak, suami juga telah lama memulakan perniagaan online sejak dari zaman universiti.






"Faheem's Wardrobe" di sini saya bermula. Membekalkan breastpump dengan harga mampu milik yang saya dan suami import dari luar negara. Keseronokkan datang apabila dapat membantu ibu-ibu menjayakan penyusuan badan, mempunyai jaringan sahabat dan teman di facebook yang mendukung dan menyokong perjuangan membuat hati semakin tekad untuk saya tidak lagi kembali bekerja sebagai seorang jurutera.


Kemudian, datanglah ANUGERAH dari Allah SWT yang sangat tidak ternilai dalam kehidupan saya, iaitu SHAKLEE. Saya bermula sebagai konsumer untuk membantu masalah penyusuan dan #shakleeeffect yang saya rasakan bukan hanya pada penyusuan malahan perkembangan positif pada kesihatan saya sebagai seorang pesakit SLE.

Terima kasih Allah atas anugerah yang terindah ini. Ya, dengan izin dari-Nya saya beroleh pendapatan yang 'Subhanallah' hebat bagi saya dan tidak pernah terjangkau dek fikiran akal saya yang waras ini. Alhamdulillah...Alhamdulillah wa Syukurillah.. itu sahaja yang boleh saya katakan.

Adakah perjuangan saya terhenti hanya di Shaklee? Saya mula melihat peluang untuk berjihad, saya tidak kuat untuk ke medan perang tetapi dengan kebolehan dan kepakaran yang Allah anugerahkan adalah sangat tidak bersyukur saya jika tidak gunakan untuk pembangunan ummah. Dari situ saya mula merangka,

"Bagaimana aku boleh membantu mereka yang dalam kesempitan"

Tidak saya nafikan, di dalam membina empayar Shaklee saya, ramai insan-insan yang telah saya sentuh dan merubah kehidupan mereka dengan berkongsi Anugerah Shaklee ini. Adakah ia mencukupi? - BELUM- kerana itu, saya masih belum berhenti menyentuh kehidupan lebih ramai lagi yang ingin bersama Shaklee.

Ya, saya memang tamak. Saya sangat terkesan dengan nasihat-nasihat yang saya dapat dari perkongsian Prof Muhaya, tentang dunia ini hanyalah SEMENTARA, dunia hanyalah pentas untuk Allah SWT menguji kita, dunia ini adalah tempat untuk kita membina jambatan ke syurga. Jadi, saya harus berlelahan di dunia ini untuk menempatkan diri ke syurga.

Harta, kekayaan, kejayaan , kemewahan yang Allah berikan bukanlah hak kita tetapi ianya pinjaman sementara. Jika Allah berkehendakan semuanya ditarik, bila-bila masa sahaja DIA mampu menariknya. Jadi jangan pernah rasa semua di dunia kita punya walaupun kita usahakan.. apa yang kita usahakan jika TANPA izin dari-Nya, kita juga tidak mampu berjaya.

Jadi, apa lagi yang boleh diri ini berikan? 



Impian ayah saya adalah untuk menyerahkan perniagaan ternakan bernaung dibawah "ANSAL Ternak Enterprise" yang telah diusahakannya lebih 5 tahun lalu kepada abang sulung saya. Perniagaan ada turun dan naiknya, perkembangan syarikat ketika itu tidak berapa memberangsangkan dengan peningkatan kos makanan untuk ruminan yang semakin meningkat dan cabaran pekerja asing. Saya dan suami, mengambil keputusan untuk berhijrah kembali ke kampung halaman untuk mengambil alih syarikat ayah yang kini bernaung di bawah syarikat saya "Millionaire Secrets Sdn Bhd". Tiada sekelumit niat dihati untuk mengambil hasilnya, yang saya mahukan hanyalah untuk menyampaikan hajat ayah, dalam menyediakan abang sebagai peneraju syarikat apabila Ansal Ternak sudah mampu berdiri sendiri dan memastikan "ANSAL Ternak" satu nama yang disegani sebagai syarikat muslim, produk muslim. In shaa Allah.

Melalui pengambilalihan, banyak ruang dan peluang yang saya lihat boleh saya berikan bukan hanya kepada abang tetapi kepada adik beradik serta sepupu. Saya ingin mereka berkongsi rezeki yang telah Allah pinjamkan kepada saya dan menikmati hidup yang fleksible dengan berniaga. Bisnes mula dikembangkan dengan khimat dan servis katering Nasi Arab dan Kambing Golek. Saya amat yakin 9/10 dari punca rezeki adalah datangnya dari perniagaan. Apa yang ingin saya lakukan hanyalah untuk "Embrace the potential" yang saya lihat ada pada abang, kakak dan sepupu saya.

Syukur alhamdulillah, kini nasi arab dan kambing golek ANSAL menjadi sebutan dan permintaan yang kami terima diluar jangkaan. Ia bukan untuk saya, tetapi untuk mereka kerana saya akan serahkan semuanya pada mereka suatu masa nanti.


Melihat kepakaran dan minat sepupu saya, norsilah atau saya panggil kak shila, di dalam memasak, membuat roti. Kepakaran itu adalah sia-sia jika tidak dikembangkan. Tidak semua mempunyai modal yang besar untuk memulakan perniagaan, disitulah satu ruang lagi untuk saya bantu dan saya seronok melakukannya dan kini sedang menjadi trending iaitu "Roti Sarang Lebah". Saya buat bukan untuk saya, saya boleh berhenti dan berehat dari hasil bonus saya bersama Shaklee. Saya boleh memilih untuk bercuti melancong menikmati bonus bulanan saya. Saya buat kerasa sayang mereka, saya tidak mahu orang yang saya sayang dalam kesempitan sebagai mana saya merasakan suatu ketika pencarian saya disentap direntap.... Saya buat kerana Allah berikan saya kelebihan dalam memarketkan produk dan magnet perniagaan yang saya ada, saya ingin mereka belajar dan gunakannya, kerana akan tiba masanya mereka memacu perniagaan mereka ini sendiri tanpa saya.

Saya lakukannya kerana minat saya untuk memberi, jadi buat apa perlu saya kisahkah apa orang nak kata, apa yang orang nak labelkan... tamak? 7-eleven ke? Saya tidak kisah, bukan dunia yang saya nak kejarkan tapi saya mencari ruang ke syurga. Bagi sahabat-sahabat yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan, tidak kira dalam perniagaan apa jua, teruskanlah niat murni itu. Cabaran dalam berbisnes pasti ada, dan lontaran kata-kata sinikal memang akan anda terima. Usahlah kita mencari pujian manusia didunia, tetapi kita mencari rahmat dan kasih sayang-Nya.

Baiklah, panjang bukan entry ini... masih lagi ada yang ingin saya sampaikan...

Ramai yang sangka mereka berjaya bila menggenggam segulung ijazah yang hebat, kemudian diterima di syarikat yang hebat...itu definisi berjaya yang mereka letakkan..maka berjayalah mereka..

Bagi saya, Orang yang berjaya adalah orang yang mencipta peluang dan ruang untuk orang lain sama-sama berjaya. dan orang yang bahagia adalah orang yang mampu memberi peluang dan ruang untuk orang lain mengecapi kebahagian.


Wallahualam ")



Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

22 comments:

  1. Subhanallah...moga ape yg dilakukan Master Iffah Allah anugerahi kenikmatan hidup didunia dan akhirat inSha Allah...

    ReplyDelete
  2. Sangat terkesan dgn entry ni...buat saya berfikir panjang...

    ReplyDelete
  3. kagum dgn semangat n perjuangan Iffah..pastinya jd inspirasi buat semua.insya Allah..apa yg diberi beroleh pahala berlipat ganda.

    ReplyDelete
  4. Hebat!!!!! Semoga Allah sentiasa merahmati MIA..

    ReplyDelete
  5. allahuakbar..moga lbh ramai ninja yg akan membuka lbh byk peluang membantu insan lain...
    nk peluk!

    ReplyDelete
  6. Nice sharing MIA... :) :) :)
    Sangat2 dalam...

    ReplyDelete
  7. Nice sharing Mia..sangat mendalam T__T
    Semoga Mia dirahmati selalu.aminn..=)

    ReplyDelete
  8. NinjaPah, lebiu fillah.

    xoxo
    ninjaBi

    ReplyDelete
  9. ya Allah MIA..betul2 ena rasa terkesan..hebat, sungguh hebat semangat kurniaan Allah pada MIA... ena juga macam MIa..ingin sekali melihat orang2 tersayang di sekeliling ena berjaya mencari income sendiri( perniagaan) dan ena ingin sekali membantu mereka sepertimana yg MIA buat ni.

    ReplyDelete
  10. Kagum dengan mia..menangis baca..sob3.. wani pun teringin sangat2 nak bantu orang2 yang kita sayang disekeliling berjaya..semoga mia sekeluarga dirahmati..aamiin.

    ReplyDelete
  11. Terharu sangat baca entry mia. .dan kagum juga dengan semangat mia yang tak pernah berputus asa tolong org.

    ReplyDelete
  12. Tersentuh hati akk MIA, moga Allah permudahkan segala urusan MIA di dunia yg fana ini.

    ReplyDelete
  13. kak iffah..
    inspiring sgt2 story akk...
    mga Allah memberi ruang kepada sy juga untuk memberi bahagia pd org lain...
    in shaa Allah... :) :)

    ReplyDelete
  14. Terima kasih semua kerana singgah dan membaca perkongsian ini, saya harapkan perkongsian ini memberi inspirasi anda semua dan ramai lagi di luar sana. In shaa Allah.

    ReplyDelete
  15. Tq MIA atas sharing ni...sangat terkesan! Jauh lagi perjalananku...semoga dipermudahkanNya

    ReplyDelete
  16. Inspiring.. sentiasa dekat dihati bila baca tulisan MIA. Moga Allah kurniakan kekuatan & kesabaran yag berpanjangan.

    ReplyDelete
  17. sangat inspiring grand nanny ku MIA~ inshaAllah nak ikut jejak mia gak :)

    ReplyDelete
  18. teringin nak rasa roti sarang lebah satu hari nanti....

    ReplyDelete