[s2u Appreciation Tours] - Jelajah Malaysia, Menjejak 'The Next Shaklee Master Coordinator'


Bermula September 2014 sehingga November 2014, saya dan s2u Masters mengadakan Siri Jelajah Malaysia untuk bertemu organisasi kami di seluruh pelusuk Malaysia. Objektif 's2u Appreciation Tours' ini adalah untuk:
  1. Menyambung ukhuwwah fillah seluruh ahli keluarga "Shaklee2u"(#s2uFamilies) yang selama ini hanya berkenalan, berhubung melalui alam maya. 's2u Appreciation Tours' ini melibatkan semua lapisan organisasi yang bernaung di bawah saya dan suami, Master Iffah Anuar & Firdhaus.
  2. Sebagai tanda penghargaan dari kami suami dan isteri atas perjuangan bersama #s2uFamilies dalam menjadikan Empayar Shaklee2u antara Empayar terbesar dan terbaik di Malaysia. Tanpa mereka semua, Empayar Shaklee2u tidak berada di mana kami berada sekarang.
  3. Berehlah, merehatkan minda dan tubuh setelah berhempas-pulas memastikan perjalanan bisnes Shaklee sentiasa rancak.
  4. Membawa s2u Masters lebih dekat kepada seluruh organisasi #s2uFamilies. Semua peserta yang hadir berpeluang, mendengar sendiri RAHSIA, TIPS yang dicurahkan terus oleh para s2u Masters. Ianya adalah EKSLUSIF dibawakan hanya buat mereka yang hadir.
Alhamdulillah, telah selamat kami menjelajah ke Zon Tengah pada 13-14 September 2014, ke Sabah pada 27-28 September 2014 dan ke Zon Timur pada 10-11 Oktober 2014. In shaa Allah akan saya kongsikan gambar dan cerita di sekitar berlangsungnya Siri Jelajah 's2u Appreciation Tours' pada entry saya yang akan datang. Berjumpa kita di next entry ya!



Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment