Kita Adalah Apa Yang Kita Fikirkan

"Kita adalah apa yang kita fikirkan"

Tepat sekali dan ia selari dengan apa yang telah Allah SWT firmankan:

Firman Allah di dalam hadith qudsi:

Sabda Rasulullah SAW bahawa Allah SWT telah berfirman:

Aku adalah seperti sangkaan hambaKu terhadap Aku. Dan Aku bersamanya tatkala Dia mengingatiKu. Sekiranya dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku akan mengingatinya dalam diriKu..."

Allah mengikut sangkaan kita hamba-hambaNya, jika kita berfikir kita seringkali mendapat malang, itulah yang akan kerap datang ke dalam kehidupan kita. Jika kita kerapkali terfikir, kita kesunyian, tiada teman kerana kita tidak berwang, itulah yang akan terus mengejar kehidupan kita...

Berhati-hati dengan apa yang kita fikirkan, bentuk pemikiran(mindset) kepada yang lebih POSITIVE. Bercerita tentang "Mindset", ada sebuah kisah teladan yang ingin saya kongsikan, bagaimana perbezaan "Mindset" boleh merubah kehidupan kita pada masa akan datang.
-------------*-------------*---------------

"MINDSET"

Sebelum sang ayah menghembuskan nafas terakhir, dia memberi pesan kepada kedua anaknya:

“Anakku, dua pesan penting yang ingin ayah sampaikan
kepadamu untuk keberhasilan hidupmu”

"Pertama: Jangan sesekali menagih hutang daripada sesiapa pun”

“Kedua: Jangan sesekali tubuhmu terkena terik matahari secara langsung”

5 TAHUN BERLALU:

Sang ibu menjenguk anak sulungnya dengan kedudukan perniagaannya yg sgt mendukacitakan.

Si ibu pun bertanya “Wahai anak sulungku kenapa kedudukan perniagaanmu demikian?”.

Si Sulung menjawab: “Saya mengikuti pesan ayah bu…

Saya dilarang menagih hutang drp siapapun sehingga banyak hutang yang tidak dibayar dan lama² habislah modal saya..

Pesan yang kedua ayah melarang saya terkena sinar matahari secara langsung dan saya hanya hanya ada sebuah motorsikal, itulah sebabnya pergi dan pulang kerja saya selalu naik teksi”.

Kemudian sang ibu pergi ke tempat si Bongsu yang keadaannya berbeda jauh. 

Si Bongsu sukses menjalankan perniagaannya.

Sang ibu pun bertanya “Wahai anak bongsuku, hidupmu sedemikian beruntung, apa rahsianya…?”

Si Bongsu menjawab: “Ini karena saya mengikuti pesan ayah bu.. 

Pesan yang pertama saya dilarang menagih hutang kepada siapapun. Oleh karena itu saya tidak pernah memberikan hutang kepada siapapun sehingga modal saya tetap kukuh”.

“Pesan kedua saya dilarang terkena sinar matahari secara langsung, maka dengan motorsikal yang saya ada saya selalu berangkat sebelum matahari terbit dan pulang setelah matahari terbenam, sehingga para pelanggan tahu kedai saya buka lebih awal dan tutup lebih lewat”.

-------------*-------------*---------------


Perhatikan...

Si Sulung dan Si Bongsu menerima pesan yang SAMAnamun masing² memiliki penafsiran dan sudut pandang atau MINDSET berbeza.

Mereka MELAKUKAN cara yang berbeza sehingga mendapatkan HASIL yang berbeza pula.

Hati² lah dengan Mindset kita..

Mindset positif memberi hasil menakjubkan, sebaliknya mindset negatif memberikan hasil menghancurkan.

The choice is yours..! 😊
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

3 comments:

  1. nice info Master Iffah. apa yg kita fikirkan kat mind set, kena fikirkan yang positif. law of attraction always applicable to everything we put our mind into.

    nak sangat jumpa MIA, boleh bagi inspirasi supaya saya lebih tabah dan susah melatah :)

    ReplyDelete
  2. Nur Nabihah : Alhamdulillah jika entry ini memberi erti buat Nabihah. In shaa Allah jika diizinkan Allah SWT kita pasti bersua. Terima kasih kerana singgah membaca penulisan ninjapah~

    ReplyDelete
  3. begitu besar jurang pemikiran si sulong dan bongsu tu..sorang amik jalan mudah, sorang lagi berusaha keras utk dapat apa yang dia mahukan. Terima kasih MIA atas perkongsian yang memotivasikan ni.

    ReplyDelete