Isteri Solehah, Wanita Dicintai Allah SWT


Isteri solehah ialah wanita yang dicintai Allah dan disayangi suaminya. Rumah terasa bagaikan syurga apabila berada di dalamnya. Kewujudannya disenangi, ketiadaannya dirindui. Lalu, Muslimah mana yang tidak mahu menjadi isteri solehah?

Bagaimana menjadi isteri solehah

Mari kita terokai sifat-sifat isteri solehah seperti yang disebut dalam hadis-hadis Nabi. Mudah-mudahan ia menjadi pendorong buat para isteri mencapai gelaran mulia ini.


Membatasi pergaulan dengan bukan mahram

Seorang lelaki berkata: 
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya isteriku tidak pernah menolak tangan yang menyentuhnya.” 

Rasulullah bersabda: 
“Ceraikanlah ia.”
(RIWAYAT ABU DAWUD)


Mencintai dan menyayangi anak-anak

“Perempuan Quraisy ialah perempuan terbaik yang pernah menunggang unta. Mereka sangat sayang kepada anak-anak kecil dan sangat pandai menjaga harta suami.” 
(RIWAYAT AL-BUKHARI) 


Pandai memimpin dan mengatur rumah tangga

 “Setiap orang daripada kamu ialah pemimpin, dan setiap pemimpin bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya. Seorang isteri pemimpin di rumah suaminya, maka ia bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya.”
(RIWAYAT AL-BUKHARI) 


Pandai mencuri hati suami

 “Isteri terbaik ialah yang menggembirakan jika dipandang, yang mematuhi apabila disuruh, dan yang tidak melakukan perkara yang dibenci pada diri ataupun hartanya.”

(RIWAYAT AL-NASAIE)


Patuh kepada perintah agama

“Wanita dinikahi kerana empat perkara: kerana kecantikannya, keturunannya, hartanya dan agamanya. Maka pilihlah isteri yang beragama, nescaya engkau akan beruntung.” 
(RIWAYAT AL-BUKHARI)


Selalu bersedia berkhidmat kepada suami

 “Jika seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidur namun ia menolak, maka malaikat yang di langit murka kepadanya.”

(RIWAYAT MUSLIM)


Selalu bersyukur dengan apa yang ada

“Diperlihatkan neraka kepadaku, dan aku melihat kebanyakkan penghuninya adalah perempuan.” 

Para sahabat bertanya:
“Mengapa wahai Rasulullah?” 

Baginda menjawab:
“Mereka tidak bersyukur atas pemberian. Apabila engkau berbuat baik kepadanya seumur hidup, lalu jika ia marah kepadamu, ia akan berkata: “Aku tidak pernah menerima sedikit pun kebaikan daripadamu.” 
(RIWAYAT AL-BUKHARI) 


Sentiasa menambah ilmu

 Aisyah berkata:
“Sungguh baik kaum wanita Ansar. Mereka tidak malu untuk mendalami ilmu agama.”
(RIWAYAT MUSLIM) 


Tidak melakukan ibadah tanpa izin suami

“Tidak halal bagi seorang isteri berpuasa padahal suaminya ada melainkan dengan izinnya. Dan tidak halal baginya mengizinkan orang lain masuk ke dalam rumah melainkan dengan izinnya.”
(RIWAYAT MUSLIM)

Alhamdulillah, moga sama-sama dapat kita berusaha untuk menjadi isteri yang solehah. Sesungguhnya ia menuntut kesabaran dan ketabahan dari kita namun, siapa yang tidak mahu dicintai Allah SWT? Isteri Solehah, wanita dicintai Allah SWT. Saya ingin berkongsi satu doa buat semua isteri, juga boleh menjadi amalan sesiapa sahaja dalam mendidik hati menjadi sabar.


Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).
Amalkanlah bacaaan doa ini, setiap kali selepas solat fardhu dan jika terana kurang sabar, marah berulang kalilah membacanya ").
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment