3S - 3 Kunci Bahagia Yang Engkau Cari

Saya tidak mampu untuk puaskan hati semua orang apatah lagi menjaga hati semua. Hanya mereka yang datang dan ingin bersama akan saya bawa sekapal dengan saya.



Jom senyum ") jangan suka mengeluh sana sini... hari ini saya ingin menyampaikan beberapa pesanan yang merupakan prinsip yang saya pegang yang banyak merubah kehidupan harian saya. Hidup yang lebih tenang dan bahagia membuat kejayaan datang mengejar kita, bukan kita mengejar kejayaan. 

1) POSITIVE

Sentiasa pastikan sudut pandang anda dari perspektif yang positif barulah anda nampak kebaikan baik pada diri, orang lain, persekitaran dan yang sangat perlu dijaga pada Allah SWT. Mereka yang hidup dengan sudut pandang yang negative, hidup mereka di dalam keadaan tidak tenang, selalu cuba untuk mencari kesalahan orang lain atau menyalahkan persekitaran atau lebih dasyat lagi menyalahkan takdir Allah SWT. Hidup mereka yang lebih positive, mereka setiap hari belajar untuk menjadi seorang yang lebih bersyukur.
2) Ingatlah 2 Perkara, Lupakan 2 Perkara

Sentiasa ingat pada pesanan Luqman Al Hakim tentang


"Ingatlah 2 perkara dan Lupakan 2 perkara"




Inilah magnet kebahagian kehidupan kita, pensucian hati dari berburuk sangka. Kita dianjurkan untuk sentiasa



  • INGAT kebaikan orang pada kita. Ini menjadikan kita lebih bersyukur dengan kebaikan yang kita terima, lebih menghargai dan mengingati kebaikan atau pemberian orang lain kepada kita.
  • INGAT keburukan dan kesalahan kita pada orang lain. Ini membuatkan kita lebih sedar diri akan kita ini seorang PENDOSA, bersegeralah bertaubat, perbanyakkan istighfar dan memohon keampunan pada Allah SWT.

  • LUPA pada setiap kebaikan yang pernah kita lakukan pada sesiapa jua, jadi kita tidak akan menjadi orang yang suka mengungkit pemberian atau kebaikan kita. Tidak perlu untuk kita sebut-sebut kebaikan kita ")
  • LUPA pada keburukan dan kesalahan orang lain terhadap kita. Walaupun hati kita terluka, maafkanlah dia bukan kerana dia berhak dimaafkan tetapi kita berhak untuk bahagia. Lepaskanlah perasaan yang menyakitkan itu. Doakan yang terbaik untuk semua.


3) SABAR dan REDHA


Jika kita dilanda sedih, dukacita bersegeralah untuk lepaskan perasaan itu, redha dan bersabarlah kerana Allah SWT akan gantikannya dengan sesuatu yang kita tidak sangka.




Jadi, jika anda sedang mencari 'Kunci BAHAGIA' , inilah 3 kunci bahagia yang dapat saya kongsikan dengan anda:

  1. Syukur
  2. Sangka Baik
  3. Sabar
In shaa Allah, jika anda sentiasa pegang dan amalkan 3S ini, anda akan mendapati kehidupan seharian anda menjadi lebih tenang, bahagia mula menjengah dan anda akan lihat kejayaan mula mengejar anda.

Saya doakan setiap pembaca entry ini, disayangi Allah SWT, diampuni dosa atas segala salah dan silap, dilimpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya, bahagia dan berjaya dalam apa jua yang dilakukan oleh kalian.

Aa meen Ya Rabb.


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment