Soalan Yang Lagi Susah Dari Paper 'Add Math'!

"Iffah sihat?"

Terkadang rasa sedikit tidak wajar kerap kali diaju soalan di atas, sebagai SLE Fighters sebolehnya diri ini akan mengatakan...

"Saya Sihat....saya dalam proses sihat..." Atau...

"Saya memang kelihatan sihat ")... "

Dengan menunjukkan "thumbs up", aksi kuat dan senyum disebalik litupan niqab. Saya tahu, rakyat Malaysia memang rakyat yang prihatin, mengambil berat... Tetapi secara peribadi, saya sangat bencikan soalan itu... Jangan salah faham, ada sebabnya...

I don't look sick... BUT..


Jadi, untuk mengumpul kekuatan melawan SLE, saya lebih suka melupakan diri bahawa saya adalah pesakit SLE. Bagi saya, saya sihat, normal dan berhak hidup sebagaimana insan lain. Salah satu cara untuk terus kekal positif adalah menghindari soalan atau pertanyaan berkait perihal sakit, SLE... kepada diri.. Saya yakin, ramai SLE Fighters di luar sana juga melakukan perkara yang sama... Kerana kami ingin dilayan seperti insan normal yang lain...")

Implikasi dari bertubi-tubi mendapat soalan:

"Iffah sihat?"
"Sihat tak ni?"

Getaran sel tubuh jadi lemah, kerana signal-signal soalan killer yang lagi susah nak jawab dari soalan matematik tambahan SPM...

---> Minda anda cuba untuk mengatakan anda sihat, tetapi hakikatnya tubuh anda tahu anda sedang berjuang...untuk sihat..dan sedang sedaya upaya menyembunyikannya dari kelihatan ") di situ berlakunya konflik tubuh dan minda...

Sama juga bagi saya bila berdepan dengan pesakit kronik seperti kanser...why not, cari topik lain untuk memulakan sapaan, perbualan... 

"Eih makin cantikla..."
"Cergasnya nampak kakak ni...kemain lagi..."
"Bisnes kencang...tahniah! Open table-lah!"

Tetapi memang budaya rakyat Malaysia kot, orang sakit soalannya - awak sihat...? Orang kawen tak de anak - bila nak ade anak? Orang single terlajak - bila nak kahwin? Betul? Saya tinggalkan soalan ini untuk anda fikirkan sendiri...


Bila NinjaPah mula menulis lagi....salam sayang buat semua...banyak yang ingin dikongsi, saya cuba kembali menulis...






Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

7 comments:

  1. Mia..nak roti sarang tebuan..ngeee~~~

    ReplyDelete
  2. Kuatnya akak.. semoga terus tabah. Akak insan terpilih. Kagum..

    Jmput dtg blog saya kak
    www.bidadarigojes.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bidadari Gojes:

      Harus kuat kerana ramai yg masih memerlukan... Doakan akak ya..

      Delete