Kita Semua Punya Sesuatu Untuk Disyukuri~

Berhari minggu di rumah, mak ayah menghadiri jemputan walimah dan adik saya pula ke rumah BFF nya konon-nya nak mengelakkan godaan internet di rumah. Saya? menggodek-godek Facebook, macam-macam cerita ada di Facebook rupanya.

Baiklah, entry ini sepatutnya awal minggu saya tulis tetapi seperti biasalah, bila temperature badan tidak berapa nak cooperate saya tidur, berhibernasi seperti beruang kutub. Namun hari ini saya dapat hadap PC besar saya jadi seronok nak menulis (tu yang kejenya godek Facebook...he he). cerita ini saya pun baru tahu, sebab saya baru nak baca buku kedua dari Syed Alwi Alatas yang ada dalam koleksi saya. Terinspirasi, macam terkena sahaja dengan kisah hidup saya sebab kisahnya tentang seorang lifeguard wanita yang superaktif dan telah kehilangan keupayaannya dalam sekelip mata! dan apa yang lebih tragis musibah itu berlaku di pesta meraikan pernikahannya, omputeh kata 'bachelorette party).



Bagaimana kisahnya? al-kisah, bila parti-part tentulah penuh dengan gurau senda dan sehinggalah ke kolam renang kawan baiknya telah menolak Rachelle Friedman (inilah wanita gagah itu) ke dalam kolam. Kolam je kan, dia pun lifeguard... apa nak kesah.. maka dengan ketentuan Allah, maka kepalanya yang terjatuh dahulu dan terhentak ke dasar kolam (melalui pembacaan dari googling, kolam tu actually cetek sahaja) jadi hentakan itu menyebabkan keretakan pada tulang 'C6', tulang belakangnya yang telah mengakibatkan tubuhnya menjadi kaku or lumpuh dari paras dada ke bawah.

Selama 3 bulan berikutnya, Rachelle menghabiskan masa dalam keadaan terlantar di Unit Rawatan Rapi sebuah hospital. Rachelle dapat menggerakkan lengannya tetapi tidak dapat menggunakan tangan dan jari-jemarinya. Untuk menaip, Rachelle terpaksa menggunakan genggaman tangannya. Keluar dari hospital, dia terpaksa pergi kemana-mana dengan menggunakan kerusi roda. Jika anda berada ditempat Rachelle, agaknya apa anda buat dengan BFF yang tolak anda ke dalam kolam tu? Santau dia sampai muntah darah? Minta dia bayar ganti rugi sebab anda hilang upaya? Apa pula tindakan Rachelle? - dia tidak menyalahkan teman baiknya, kerana kawan baiknya tidak berniat untuk mencederakkannya... bahkan jika anda semua google...sampai sekarang mereka masih BFF...itulah sahabat susah dan senang!



Di negaranya Rachelle ini dikatakan wanita 'MAGIC' kerana semangatnya luar biasa dan kerana semangat itu telah mengispirasi banyak orang di luar sana.Rachelle tidak menyerah kalah dengan apa yang berlaku ..jauh lagi untuk berputus asa. Ketika berada di hospital, dia bertanya kepada perawat sekiranya perawat pernah melihat seorang yang dapat berjalan kembali setelah mengalami kemalangan dan kecederaan sepertinya. Mengikut pengalaman perawat itu, sepanjang 30 tahun dia berkhidmat hanya seorang sahaja yang dia ketahui dapat berjalan semula setelah mengalami kemalangan seperti itu. Rachelle kemudian berkata kepada perawat itu:
'Saya akan menjadi orang yang kedua.'
Disebalik musibah dan dugaan itu, Rachelle memilih untuk menyesuaikan diri dan terus menjalani hidupnya secara aktif.
'Kita semua punya sesuatu untuk disyukuri,' ujarnya.
'Saya bersyukur kerana saya tidak mengalami cedera otak (brain injury).'
Kisah Rachelle ini banyak sangat di you tube, di share di internet jadi anda boleh baca sendiri hasil penulisan beliau di web beliau : Rachelle Friedman Chapman.


 Jadinya, Rachelle ini adalah seorang yang bukan Islam boleh melakukannya... menerima musibah dan ujian hidupnya dengan sangat positive dan hidupnya kini memberi inspirasi kepada ramai di luar sana. Bagaimana pula kita yang sentiasa ada Allah? Ingatlah...

"... Apabila kita REDHA pada sesuatu yang mengecewakan HATI kita, maka percayalah ALLAH TAALA akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka ..." 
 Untuk Rachelle, terima kasih kerana kisah anda sangat menginspirasi saya untuk terus berjuang! dan memberikan MAGIK kepada lebih ramai lagi. Bagaimana dengan anda diluar sana. feel free to komen and share cerita Magik ini.

NinjaPah~

“Why waste your time harping on insignificant things?” “Believe in defining your life by the positive moments and not the negative.”

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

5 comments:

  1. Terima kasih Ummie MIA.. Bergenang air mata membacanya.. In Shaa Allah xkn berhenti berjuang!!

    ReplyDelete
  2. Jangan berhenti berjuang Nur ") Allah uji sebab DIA rindukan rintihan kita... DIA nak kita selalu ingat kat DIA...

    ReplyDelete
  3. assalamulaikum..

    terpanggil utk mencoret comment.trima kasih ninja pah for this sharing menitis air mata membaca kisah hidup wanita ni.btol kata ninja pah kalo die yg non muslim boleh terus berjuang dan menyesuaikan dgn keadaan dirinya yg baru nikan kita pula seorang muslim yg ada Allah..tempat mengadu dan meminta..

    ReplyDelete
  4. sentappp..kitee wajib sentiasa bersyukur.. mekasih nanny
    http://www.duniakecantikankesihatan.blogspot.com/

    ReplyDelete