Entry Sengal ~ Akak Jual Handsocks Part 2

Agak-agaknye kenapa entry ini naik lagi ya? nak tau tak kenapa? Sebab saya pun tak tahulah kenapa ... Sebab saya pemakai tegar handsocks agaknya... benda yang baik, untuk agama mari kita sampai-sampaikan...

Al kisahnya saya mendapat Private Message dari seorang ukhti di FB ini meminang jika saya berminat untuk menjual handsocks... hihi, jika saya tidak terikat dengan Shaklee dan Ansal Ternak memang saya pertimbangkan. Komitmen kedua ini membuatkan saya menolak... tetapi sebagai tanggungjawab untuk mengajak lebih ramai muslimah di luar sana memakai handsocks... saya sediakan entry ini sebagai rujukan.

Menariknya handsocks yang dijahit oleh sis ini lain dari handsocks yang biasa kita lihat... (ada yang tak pernah saya lihat dan ada yang pernah saya beli di Mydin) Memandangkan gambar2 dan butiran siap diberi kepada saya, saya kongsikan di sini bersama anda semua... (saya tak jual tau... saya share kan sahaja!).

Jadi memendekkan cerita saya share antara handsocks yang jual ")

1) Stokin Tangan Nisa Dwi Warna - ade versi pendek dan ada versi panjang (9 inch)
Bila kata dwi warna..maksudnya boleh guna dua-dua side warna.. jimat kos kan...material? Cotton rib.

Yang ni, Nisa pendek

yang ni pula Nisa panjang

2) Next, namanya Qurratunaini , yang nila yang saya maksudkan saya pernah lihat dan beli dan pakai ...tapi masa tu saya beli di Mydin. Ada 3 jenis, yang jenis belang lycra, belang biasa dan jenis biasa... panjangnya sampai ke bahu!! dan ada size.. S sampai L...

Qurratunaini belang lycra

Qurratunaini belang biasa

Qurratunaini biasa
3) yang jenis ketiga ini anda semua biasa lihat jenis yang cerut kat lengan tu. Namanya Hajjah. Material Cotton Lycra ada size S sampai XXL .. yang diberitahu jemaah haji dan umrah ramai pakai design ini.


4) Last sekali, Nisa Lace 2 warna... macam menarik kan.. ada panjang dan pendek juga. so layan gambarnya...

cam cantek jeww.. 
Baiklah, according empunya stokin-stokin tangan Puan Farijah Zain, beliau ada FB page : Gadiz Marketing... sekiranya anda nak dapatkan stokin tangan ini, silalah berhubung terus.. dan oh ya, nak jadi agent or seller secara borong...bolehlah hubungi beliau... dari duduk-duduk dirumah, mungkin ini adalah salah satu cara mendapatkan pendapatan sampingan.

Terima kasih kerana membaca entry sengal hari ini... tapi ingat tau..SAYA TAK JUAL~ tensen juga ramai yang message nak beli... he he he...lagi satu nak pesan....tolonglah jangan pakai t-shirt lengan pendek ...lepas tu sambung dengan stokin sangat yang sendat..sampai nampak bentuk tangan.. tak boleh ya... salah konsep tu...

NinjaPah~
share untuk muslimah lebih menjaga aurat.... 




Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

3 comments:

  1. salam..yg qurratunaini biasa tu ade lagi ke?berapa harga??kos penghantaran?
    ni no saya 013-4873532

    ReplyDelete
  2. Nisa dwi warna tu nak beli borong blh? Watsapp sy ye... 0194626144

    ReplyDelete
  3. tq MIA ..sejak join shaklee dibuka hati untuk ttp aurat dengan sempurna

    ReplyDelete