Travelog ~ Untouched Sungai Lembing

Betul ke bahasa English 'Untouched' tu? Berkarat dah rasa..Oh My English.. nak kata.. Sungai Lembing yang tidak dinodai gitu. Ialah selalunya hutan-hutan banyak sudah diterokai, pekan dimodenkan tetapi berbeza sangat dengan Sg. Lembing ini.

Pekan Koboi, disekeliling bukit bukau memberi satu suasana tenang dan mendamaikan. Anda jangan pelik jika hanya melihat orang tua sahaja di Lembing ini.. memang tinggal nenek datuk tua sahaja..yang muda belia boleh dibilang pakai jari?! Bukan mereka tak berzuriat tetapi sebab peluang pekerjaan di sini kurang jadi anak-anak muda berhijrah keluar mencari kerja.

Sg. Lembing ini majoriti 80% penduduknya adalah kaum cina tionghua(wahhh sejak bila pula pandai bab2 ini..google sahaja bukan susah pun). Resort yang saya diami pun dipunyai oleh seorang amoi yang tersangatlah ramah tamah. Sg. Lembing RiverView Resorts..antara resort yang mendapat review terbaik dari sesi googling suami saya. Memang betul pun asal weekend sahaja fully booked! Orang Singapore suka datang ke sini.

Saya suka resort ini...Faheem dah suruh datang balik dah. Nyaman, damai menenangkan. Kalo dah dia kata 'river view' memang adalah sungainya..sungai yaaa..bukan kolam buatan. Itulah yang bertambah syiokkkk. Resort ini bukan 5 bintang jadi tidak perlulah expect ada tv, peti dan sebagainya..tempat nak escape dari bandar, tak payahlah tv2 ni..semak ja. Baik join trip yang disediakan ke 'Rainbow Waterfall' ..RM 40 sekepala..kalo sihat memang dah selamat dah naik (budgetlah sangatkan).
Rainbow waterfall ini adalah antara tarikan utama di Sg Lembing, rasa macam diorang ni baru discover kot..sebab tu semakin berlumba2 penduduk tempatan buat resort. Bukan pelangi yang muncul selepas hujan tau..tetapi sebab air terjun tu turun dibiaskan airnya oleh sang mentari..maka sentiasa ada pelangi lah kot eik? Gambar nanti you all google sendirilah ya.. ")

Selain itu, dikatakan oleh owner kedai makan Hamid Melati(ingat2 lupa namanya) kedai ini dibawah pejabat UMNO, panorama di sg Lembing ini adalah antara tercantik dunia. Nak tengok panjatlah 'Bukit Panorama' dapat sijil lagi tapi saya tidaklah memanjat kalau tak nanti huru-hara blood test hahaha. Nanti dah sihat kita datang dan panjat!

Dan satu lagi...yang ini saya pergi, al-maklumlah ada lubang 'SATU JUTA'... bagi yang tidak tahu, Lembing ini kegiatan zaman dulu-dulu adalah aktiviti perlombongan bijih timah, itulah sebabnya 80% penduduknya cina. Jadi MPK buka terowong bijih terpanjang dan terbesar di dunia itu kepada umum. Anda boleh lihatlah bagaimana sukarnya aktiviti melombong ini. Kagum saya mereka yang menjadi pelombong ini.. pakai seluar pendek sahaja! Dulu mana ada elektrik nak pasang lampu dlm terowong, pakai lampu carbide letak atas kepala...nak tau tak..panjang lombong timah tu 322km! Macam tak percaya tetapi percayakan ajee..

Panjang plak membebel..if ada sebarang pertanyaan bolehlah post dikomen. Mana tahu ada yang teruja nak pergi melombong juga hehehe.. saya terpaksa stop dulu sebab nak bersiap-siap ke Magic Aura Shaklee di Kuantan. Sehingga bertemu dientry seterusnya..

Salam sayang.
NinjaPah~

*** Gambar-gambar untuk cuci-cuci mata anda semua.

Nelayan tegar sedang menguji Kelah =)

Ikan Tengas? Susu? Macam2 nama la....

Pelombong Timah?! Cuba teka yang mana satu?

Ini Ah Tok mau pigi lombong timah...

Gaya santai Tuan Faheem di Lembing Riverside Resort
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comment: