Teladan - Kisah Paku dan Dinding



Assalamualaikum, selamat pagi! Hari ini kita masih diizinkan untuk menghirup udara segar Alhamdulillah, panjatkanlah kesyukuran kepada Sang Pencipta.

Pagi ini sekilas saya mengintai rumah Whatsapp Shaklee2u melihat aktiviti anak-anak menghampiri detik closing January, dapat cerita teladan yang berdosa rasanya jika tidak saya kongsikan kerana ianya terkadang kita tidak sedar kita melakukannya. Jadi saya copy dan paste kan cerita yang dikongsi oleh kak Aisah Salim anak biz saya...

Kisah Paku dan Dinding~

Al kisah., Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pemuda ini terlalu mengikut nafsu amarahnya terutamanya ketika bersama sahabat² nya. Dia langsung tidak memikir untuk menjaga perasaan sahabat² nya.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku² ini ayah?” tanya pemuda tersebut.

“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat meredakan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku² tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang² di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.

Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu terhadap seseorang ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kadang kala anakku, kau merasakan sikapmu itu wajar dengan kemarahan yang sedang kau tanggung terhadap insan di sekelilingmu, tetapi tanpa kau sedar kau telah meninggalkan luka yang sangat dalam di hati mereka yang mungkin terlalu menyayangimu...
Tamat kisahnya, sambung kembali kisah saya...

Sahabat & Saudara saya sekalian...Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan Kesan Berlubang di Dinding Hati Anda! Sama ada secara sengaja ataupun tidak. Sharekan cerita ini dengan sahabat dan saudara anda mana tahu dalam tidak sedar kita ada melukai mereka...

NinjaPah~
Terkadang kuteremosi, kutidak sedar diriku sedang menyakiti...ampunkan saya ya..


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comment:

  1. MIA sedih la plak...walaupun kita baru ja berjumpa tu pun kalau MIA ingat la....hehehhe...xda salah apa pun yang MIA buat...apa pun kita saling maaf memaafkan....baru hati tenang betui x?

    ReplyDelete