Setiap Kisah Ada Magiknya...

Hadiah Istimewa =)
Assalamualaikum. Salam pagi Jumaat hari penuh barakah, penghulu segala hari. Saya dalam perjalanan menghantar Faheem ke sekolah. Alhamdulillah sesi persekolahan Faheem terima dengan baik, ada masa angin manjanya sampai juga tetapi saya tidak mahu memaksa Faheem kerana ini pasti menjadi episod baru dalam kehidupannya.

Dalam kehidupan ini, kita pasti melalui pelbagai kisah kehidupan. Ada yang menggembirakan dan ada yang menyedihkan.

"Setiap kisah hidup pasti ada MAGIKnya. Tidak kira kisah anda mahupun kisah saya, ianya pasti menjadi INSPIRASI untuk terus memajukan diri ke hadapan."

Baru-baru ini saya telah mengadakan contest 'Cerita Magik' di page saya 'Master Iffah Anuar - The Magic Mentor' dan alhamdulillah ada 16 penyertaan cerita Magik yang telah di kongsikan dan ia sungguh mengujakan untuk dibaca dan dihayati kerana setiap cerita yang dikongsi ada magiknya tersendiri.

Oleh kerana itu daripada hanya memilih satu cerita sebagai pemenang saya telah membuat keputusan untuk memilih kesemuanya sebagai pemenang! Dan satu hadiah istimewa untuk pemenang utama. Semua pemenang telahpun dihubungi nantikan hadiah sampai ke pintu rumah anda ya. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan ikhlas dari lubuk hati ")

Hargai setiap kisah kehidupan yang berlaku dalam hidup anda kerana setiap kisah ada magisnya tersendiri. Jika kita tidak merasai magisnya, alangkah ruginya kita.

NinjaPah~
Kisah hidupku penuh berliku, setiap likunya penuh Magika...

Posted via Blogaway
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 comments:

  1. Semoga cerita magic kehidupan akan menjadi lebih magic lg untuk tahun ini... Cabaran yang hebat untuk magic di alam realiti

    ReplyDelete
  2. In shaa Allah, semakin kita menghargai setiap kisah kehidupan semakin banyak magik berlaku.. ") magic happen when you believe...

    ReplyDelete