Peringatan itu yang kuhargai...

Kiriman dari Tuan Victor & Management Shaklee

Semalam hari bertemu Doktor kesayangan, urgent follow up kerana reading blood saya tidak stable (doktor ni, tak perlula cover cakap jelah rindu saya ha ha ha) baru minggu lepas jumpa doktor call nak jumpe lagi.. saya pun rindulah nak dengar celoteh doktor tu!

Saya sedang berexperiment dengan doktor, dia pun melayankan sahaja permintaan saya.. in shaa Allah saya akan mula kongsikan Journal SLE saya di blog ini untuk menjadi panduan anda di luar sana bagaimana untuk mengenal bibit-bibit cinta SLE ditubuh dan bagaimana untuk hidup dengannya. Sekarang ini case SLE semakin meningkat! Sedih saya bila melihat case-case SLE yang lewat dikesan sehingga telah menyerang organ-organ utama badan. Tolong prihatin dengan perubahan pada tubuh anda...tubuh itu bukan sekadar jasad kosong tetapi ia berkata-kata kepada kita....jadi sila berikan perhatian.

Apa yang ingin saya kongsikan hari ini bukanlah tentang result check up saya tetapi betapa gembiranya saya semalam selepas melihat kiriman bunga yang cantik dan harum semerbak beserta supplement dari Tuan Victor dan Pengurusan Shaklee Malaysia. Gembira sangat bukan sebab hadiah tetapi kerana ingatan yang diberikan. Rasa diri dihargai ") Sepanjang saya sakit tidak pernah lagi majikan saya terdahulu berikan hadiah mahupun bertanya khabar...berbeza bukan? Jadi tidak perlulah ajukan saya dengan soalan

"Tidak sayangkah berhenti kerja P*******?"

Kita ambillah kisah saya ini jadikan panduan dan teladan terutama buat semua yang bergelar majikan, boss, superior dan sebagainya... layanilah orang bawahan atau pekerja anda sebagai manusia.. sebagai teman dan juga keluarga agar mereka rasa dihargai dan barulah timbal balik mereka dapat bekerja dengan penuh semangat dan fokus dan ingin memberi lebih lagi kepada syarikat supaya kejayaan menang-menang dirasai bersama. Tetapi jika anda dengan keluarga dan temanan pun layanannya amat teruk, tidak mustahillah buruk layanan anda kepada pekerja dan akibatnya, ramailah yang menghantar surat perletakan jawatan ")

Jadi saya kongsikan kiriman Tuan Victor dan Management Shaklee dengan anda semua.. jangan jeles tau...

NinjaPah~
Ninja-ninja pun...dapat bunga hati cair tau...

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comment:

  1. Tak sabar tunggu Iffah tulis SLE journal. Mudah2an cepat sihat. Amin!

    ReplyDelete