New Year di PUTRA Specialist Hotel? Erk ..Hospital

Ramai yang tidak tahu hanya sedikit yang tahu, jiran dan saudara pun tidak ketahuan kerana diri ini mahu mencari ruang untuk relaksasi.


Saat tinta ini ditulis, telah selamat saya discharge dan berehat di rumah. SLE Relapse? Mungkin.. dan beberapa issue kesihatan yang lain yang memerlukan saya rehat ... dan rehat dan rehat dan rehaaaaattt. Dari biz dan dari kerja-kerja. Lapangnya minda bila dipaksa berehat.


Terima kasih buat teman-teman yang sentiasa menyokong dan mendoakan saya. Buat keluarga tersayang, suami tercinta dan anakanda faheem yang sangat memahami.. terima kasih.


Selamat sudah menyambut tahun baru di PUTRA Specialist Hotel... erk Hospital ") Saya baik-baik sahaja buat yang merindui celoteh dan ngomelan saya.. terima kasih juga buat hadiah-hadiah yang sampai di rumah...terharu sob sob...


Lepas ini bermulalah sesi menulis tinta-tinta di |YAM| .. aktiviti santai kan..meluah rasa ")


Sayang anda semua..


NinjaPah~
Why Always Me?




Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment