Ledakan Supernova ~ Magic Aura Kuantan

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT dapat saya bersama anak dan cucu serta family JUTAWAN yang lain berkumpul di majlis ilmu "Magik Aura Kuantan". Perancangan awalnya program ini pada disember 2013, tetapi kerana banjir ia di tunda ke 25 Januari 2014.

Bertempat di Zenith Hotel, berlangsunglah aktiviti Magik kami. Saya suka hadir ke sesi Magik ini kerana ada banyak ilmu yang dapat saya pelajari dari setiap speaker dan ahli panel. Setiap orang pasti ada kisah magiknya tersendirikan, jadi rugi jika tidak hadir untuk mengutip magik-magik ini.

Terima kasih saya ingin ucapkan kepada semua Master dan Master-to-be yang hadir dan berkongsi cerita Magik mereka. Macam-macam tips rahsia mencurah-curah di Hall semalam. Pastikan yang hadir, apply dan buat semua tips dan rahsianya ya. Tiada orang lain yang boleh buat kita berjaya melainkan diri kita sendiri dengan izin dari Allah SWT.

Bagi yang hadir ingatlah 3 perkara yang saya sampaikan (saya tidak mahu ulas di sini kerana ianya exclusive untuk mereka yang hadir ke sesi magik semalam ) IKHLAS-KOMITED-BERSEDIA. Pegang 3 Kunci ini untuk mendapat kemudahan, kebahagiaan dan kejayaan dalam hidup.

Last but not least.. special thanks untuk AJK yang bersusah payah mengurus dan mengatur sesi Magik Aura di Kuantan. Tahniah buat diri anda kerana membantu menyampaikan hajat insan lain untuk mencari ilmu dan kejayaan. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Tiada ruginya menyampaikan hajat orang lain ") seperti yang dinyatakan dalam Riwayat Muslim berikut.

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah S.W.T.akan menunaikan hajatnya” – [Riwayat Muslim]

Alhamdulillah, saya pun telah bertolak balik ke Melaka.Doakan perjalanan kami selamat dilindungi oleh Allah SWT. Hingga bertemu di next entry!

Salam sayang,
NinjaPah~


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment