Anak Rusa Nani?

Ini Rusa Axis yang senang kene sakit jantung!

Apehal pula ceritanya ni tiba-tiba 'anak rusa nani'. Pernah dengar lagu anak rusa nani?

Anak rusa nani Baru pandai jalan Apa salah kami Harap di maafkan

Dulu-dulu zaman sekolah rendah selalu nyanyi lagu anak rusa nani ni.. tapi tiada kaitan pun entry saya ini baik dengan lagu ini mahupun rusa nani. Entry hari ini, entry sengal untuk update aktiviti minggu ini! Pergi ke kursus penternakan rusa..wahhhh .. kalo ikutkan hati memang saya nak join sekaki..nak belajar juga selok belok, memandangkan kesihatan tidak mengizinkan dan saya perlu menjadi "teacher iffah" bagi menggantikan teacher2 faheem (ponteng sekolah tp dah minta siap2 homework).. hihihi. Jadinya abah dan pak long faheem sahajalah yang attend kursus penternakan rusa ni. (Jelesnya lah)
Bagi 2014 focus saya adalah pada merealisasikan project 'agrofarm-stay' ") Alhamdulillah penternakan kambing telah stable dan mendapat sambutan yang sangat baik bagi tahun 2013 dan tiba masanya untuk kami lebarkan sayap ke penternakan rusa..bolehlah merasa rusa tergolek pula selepas ini. Bagi yang ingin mengikuti perkembangan atau ingin dapatkan update terkini stok kambing bolehlah ke  Ansal Ternak .

Doakan perjalanan kami convoi 2 kereta ke Pahang hari ini dilindungi Allah SWT dan selamat sampai ke destinasi. Nantikan entry ..review tempat penginapan saya di sana nanti. Jika ikut en google macam bestnya.. tetapi saya rahsiakan dulu tempatnya buat masa ini.. untuk privasi.
Sehingga kita berjumpa di next entry ")

NinjaPah~
Bersatu dengan alam...


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment