Welcome back! Home Sweet Home . . .

Rindukan nasi...
ya itulah yang boleh saya katakan sepanjang trip London dan Paris. Di London masih lagi kami menikmati keenakan masakan Malaysia tetapi tidak di paris. Tapi apa pula motif berjalan jika nak makan makanan Malaysiakan? (Gedik sungguh).

Sedikit jetlag masih lagi dirasakan. Kadang-kadang rasa di awangan seperti kapal terbang dilanda turbulence. Yang penting bersyukur telah selamat melalui trip yang padat dan memenatkan. Minat saya adalah lebih untuk melancong ke tempat yang mendamaikan seperti di pulau, pantai, hutan yang tenang dan damai. Yang penting ialah masanya dapat diluangkan bersama keluarga dengan aktiviti yang mengikat keutuhan keluarga seperti memancing berkhemah dan adalah menjadi least favaourite saya untuk berjalan-jalan ke tempat yang perlu bersesak-sesak, shopping mall yang penuh dengan ramai orang bukan apa, sebagai pesakit SLE antibodi saya adalah berbeza dengan orang lain, pergi ke public dengan orang ramai berasakkan mendedahkan saya untuk mendapat jangkitan lebih mudah.

Saya sedang menghitung hari untuk meraikan majlis Master Celebration anak biz yang kedua bergelar Master, Master Ruziah Amin dan suaminya Master Khairiman. Hari ini sempat saya singgah ke rumah beliau untuk bertanya khabar dan berbincang tentang persiapan majlis. Dress yang sungguh cantik pasti menjadi kenangan terindah buat Master Ruziah atau lebih mesra di sapa Kak Ujie. Slide dan Video juga sudah hampir 80% siap. Tidak sabar rasanya menunggu 1 December!

Ada yang tanya, tak banyak shopping di Paris dan London? ha ha.. shopping adalah, tetapi sejujurnya saya tidak arif membeli belah bila perlu membeli barangan branded kerana tidak terlatih dari kecil dengan barangan tersebut. Jadi, temankan emak untuk membeli gift mereka yang tinggal di Malaysia juga gift untuk mertua juga mana yang saya rasa praktikal untuk di gunakan he he he... gift-gift kenangan...he he yang part itu saya suka memborong ")

*** Update-update trip London & Paris banyak saya buat terus di personal dan page FB saya.

Baiklah, saya dengan rasa rendah hati ingin menjemput kesemua followers Y-Always-Me.Com untuk memeriahkan sambutan Master Celebration Master Ruziah di Philea Resort Melaka.


Masa untuk tidur, kelopak mata semakin berat. Semoga berjumpa di lembaran baru ya. Bila memikirkan blog, banyaknye hutang entry! Pitamsss~


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment