Keliur, terliur… CheeseCuit (Ciskut) OREO

Fenomena Shaklee memang lah hebat tak perlu dinafikan sudah, untuk saat ini growth sudah pun 800% dari sale tahun terdahulu. Jadi tidak hairanlah mengapa, warehouse simpan stok pun diperbesarkan size. Shaklee No 1 in Malaysia! PASTI!

Bukan nak cerita pasal Shaklee, tetapi nak cerita tentang CheeseCuit OREO yang saya buat semalam, ramai sudah bertanyakan resipi jadi nak tak nak, entry ini saya dahulukan… entry saya jalan-jalan cari MAGIK di KK dan Kundasang saya peram sampai masam dulu ya.

CheeseCuit OREO!

Sekali pandang macam Red Velvet tapi bukan, inilah CheeseCuit (Cheese + Biscuit) atau ada yang panggil CisKut nama manjanya..apakah bahan-bahan yang diperlukan?

Bahan-bahan:

1) Cream Cheese (orang kata jenama Philadelphia yang tersedap…so saya pun teruslah dapatkan yang tersedap ini).. Saya guna 2 kotak untuk merasa nikmat cheesenya…. he he he



2) Fresh Milk (Pilihan saya susu Goodday)
goodday

3) Creamer Pekat Manis (ikut suka brand ke nama)


4) Biskut Hup Seng Deluxe (Original)


5) Biskut OREO

Yes, itu sahaja bahan-bahannya… bagaimana cara saya buat?

CheeseCuit Cara [YAM] ":
  • Masukkan Cream Cheese + 1/3 tin susu krimer pekat + 3-4 sudu besar susu Goodday~ ke dalam multipurpose blender, di rumah saya tiada mixer so gunakan apa yang ada, blend sampai kembang dan sebati… (kalau anak anda gemar coklat, bolehla letakkan 1-2 sudu syrup hershey)
  • Tuangkan fresh milk Goodday ke dalam mangkuk kecil, agak-agaklah part ni ya sebab tujuannya untuk dip biskut Hup Seng Deluxe tu sekejap je…dip sekejap tau bukan sampai biskut tu lenjun basah Smile
  • Kemudian, susunkan biskut Hup Seng Deluxe yang sudah di dip ke dalam bekas, ikut suka anda nak bekas besar mana… cukup satu layer, tuangkan sedikit adunan cream cheese+krimer+goodday tadi ke atasnya dan ratakan. Ulang langkah 3 ini…sehingga penuh bekas anda….
  • OREO mana nak letak? saya selangselikan… 2 lapis Biskut Hup Seng Deluxe, 1 lapis OREO.. caranya sama seperti No. 3.
  • Topping atas sekali, adalah lebihan cream cheese + krimer + Goodday dengan jayanya….lebihan biskut oreo di pecahkan dan di tabur ikut suka di atas topping tadi….
  • Masukkan ke dalam peti sejuk masing-masing… dan biarkanlah ia sejuk 4-5 jam barulah potong… untuk dinikmati seisi keluarga…
Begitulah cara saya… bila dah siap potong beginilah rupanya…

1374059_10151934142709835_1539946218_n
Sangat sedap~~
  • Untuk membuat cheesecuit ini masa yang diambil sangat singkat, 10-15 minit untuk satu loyang 20cm x 20cm x 5cm (anggaran). Jadi sesuai sangat untuk hidangan kepada tetamu anda..simple & cepat.
  • Untuk memudahkan anda memotong, lapikkan bekas dengan baking paper atau guna cara saya, dengan plastik balut makanan tu…he he he..itu yang ada di rumah..
  • Ada pelbagai variasi yang saya lihat dari laman sesawang, ada yang gunakan buah-buahan segar…strawberry…blueberry… jadi anda boleh gantikan OREO yang saya gunakan dengan filling buah-buahan segar atau jammed… dan hiasan buahan segar pastinya mengancam hati untuk di makan… sedap! Selain buah, ada yang menggunakan milo, nestum, horlick.. ikut cita rasa masing-masing…
  • Sukatan susu krimer pekat manis, kebanyakkan di laman sesawang, rakan-rakan yang berkongsi resepi cheesekuit ini menggunakan 1/2 tin krimer.. saya tidak berapa suka manis jadi saya gunakan 1/3, tuanglah sedikit demi sedikit untuk adjust rasa manis nya.. biskut hup seng deluxe itu sendiri sudah lemak-lemak manis..
  • Jika tiada biskut Hup Seng Deluxe? Gunakan apa-apa biskut yang sesuai seperti biskut marie pun boleh rasanya… kita yang buat dia kan, jadi ikut citarasa masing2….
Baiklah, siap entry ini dengan jayanya… bagi yang sudah mencuba bolehlah share hasilnya dengan saya… cerita di facebook atau di blog dan tinggalkan jejak di komen entry ini.

Selamat Mencuba~
---------------
Iffah Anuar – Happy & Enjoy!
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

3 comments:

  1. Terliur ni ummi....nk buat la..simple jer bahan2 die...:)

    ReplyDelete
  2. Thanks for the recipe.. nk buat la kejap lg..hehe

    ReplyDelete
  3. Memang bestttt..saya dah buat...

    ReplyDelete