Jelajah Magik ke Seluruh Malaysia

Alhamdulillah, banyak juga cerita-cerita yang nak dikongsi tetapi tak tertaip oleh tangan saya ni. Sememangnya, kadang-kadang hanya mampu menjeling melihat [YAM] yang mula bersawang! Jadi hari ini saya meng-OFF-kan diri sedikit untuk memberi ruang untuk diri berehat dan berceloteh di sini.

Semenjak aidilfitri jadual harian bukan sahaja penuh dengan jemputan "open house" raya, tetapi penuh dengan program MAGIK bersama warga JUTAWAN SHAKLEE. Sehingga semalam baru saya sampai kembali di Melaka! Penat yang sangat menyeronokkan dan menggetarkan!

"Hidup Jangan Berhenti  Memberi"

Memang betul, seronok bila dapat terus-terusan memberi baik dari segi kewangan, ilmu, kasih sayang.. memberi itu konsepnya terlalu luas dan bahagianya bila tiada LIMIT untuk kita terusan memberi. Baiklah, mari kita update sesi Jelajah Magik yang telah pun berlangsung dengan sukses dan menggetarkan banyak aura-aura Magik. Sesi MAGIK pertama berlangsung di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani lebih dari 100 pengedar-pengedar Shaklee dibawah jaringan Empire JUTAWAN hadir.

MAGIK Aura Utara 17 Ogos 2013
Untuk trip Magik Aura Utara, saya mengambil flight ke Penang dan menyewa kereta, kejang badan nak drive :). Cabaran juga untuk ke Magik Aura Utara, keadaan cuaca yang hujan lebat sehingga siren alarm di hotel dibunyikan (hihihi...ingatkan ada tsunami la waktu tu...) dan setelah selesai Magik Aura Session, peserta-peserta telah pun pulang kerumah masing-masing... kereta sewa pula gagal dihidupkan.. ujian kan, ujian nak kaya ...hehehe.. alhamdulillah, Allah hulurkan bantuan dan masalah kereta selesai dan selamatlah kami kembali ke aiport. Terima kasih kepada Master Nur Laila dan Suami yang membantu kami ketika itu.

Dari Utara terus terbang ke Selatan pula, back to back memang tak sempat singgah melaka.. 17/08 di Kedah, 18/08 pula berlangsung sesi MAGIK AURA di Johor Bahru, di Hotel Selesa... seperti namanya, macam itulah juga hotelnya.. memang selesa sangat dan peserta yang hadir sangat aktif dan bersemangat! Saya suka! Saya suka!

MAGIK Aura Johor Bahru 18 Ogos 2013
Di Johor pula, saya hanya ambil teksi (dah kena kat utara, yang selatan pakai teksi) tambahan pula saya tidak merancang berjalan-jalan ke mana-mana.

Minggu berikutnya, adalah minggu "CLOSING", hujung bulan di mana masing-masing sibuk nak tutup akaun bagi bulan Ogos dan alhamdulillah, lahir 2 lagi Master Coordinator baru di bawah Empire Shaklee2u dibawah pimpinan Master Farah Wahida (ada saya share tentang anak hebat saya ini di sini).. Alhamdulillah, perasaan yang sangat indah, penuh dengan air mata pengakhiran Ogos. Tahniah buat new Master Coordinator Suraya (Sue Supplement Gold) dan Master Suzie.

Selepas jelajah Utara dan Selatan, kita ke Pantai Timur pula untuk Sesi Magik. Untuk kali kedua menyinggah ke Residence Paka untuk program Shaklee. Orang-orang Pantai Timur memang tidak pernah mengecewakan saya dengan semangat dan aura mereka. Seronok sangat berjumpa mereka semua ni. Bertambah seronok bila saya dapat angkut emak, ayah, adik dan kakak saudara saya bercuti sekali. Berjalan-jalan ambil angin pantai dan membeli belah di Kuala Terengganu.

Magik Aura Pantai Timur. 07 Sept 2013
Memang sempoi je semua, siap duduk bersila atas lantai... Sebelum pulang anakanda saya jemput ke rumah suaminya di Kuala Terengganu, nak pekena durian. Special kali ini, mengimbau zaman kanak-kanak ayah apabila disajikan durian bersama santan, pulut dan gula melaka. Tak terkata sedapnya, sudah 50 tahun ayah tak merasa durian dihidang begitu. Terima kasih banyak-banyak.

Beriadah di Pantai Batu Burok

Durian + Santan + Pulut + Gula Melaka
Keluarga Shaklee, dari kiri: Adawiyah(Cicit), Farizan(Cucu), Master Farah(Anak), Saya, Balqis(Piot) 
Terima kasih semua kerana menerima kunjungan saya dan melayan dengan baik sekali ya buat semua warga Utara, Selatan dan Pantai Timur. Next, kita akan bertemu warga Sarawak di Bintulu pada 15 September ini.. In shaa Allah.

Saya tinggalkan anda dengan satu Golden Rule.

Hidup Jangan Pernah Berhenti Memberi... Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu.

Sehingga berjumpa lagi.

~*~*~*~*~*~*~*~
Master Iffah Anuar
Hidup Luar Biasa!


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment