Hijrah 17 Ramadhan

“Dah besar nanti Ipah jadi macam tu ya”

Sambil jari ayah ditunjuk ke arah wanita muslimah yang manis berpurdah. Begitulah juga setiap kali jika ayah dan saya terserempak dengan mana-mana wanita yang berpurdah atau berniqab sejak saya masih kecil lagi.

Dulu saya tidak faham kemanisan berdoa dan mustajabnya doa ibu dan ayah untuk anaknya. Kini saya mengerti dan saya yakin, antara asbab kuatnya hati ini terus berniqab datangnya dari doa ayah dan juga emak saya.

Bagaimana boleh tercetusnya rasa untuk berhijrah? Saya pasti ramai dari muslimah diluar sana ingin menjadikan diri baik dan lebih baik setiap hari. Bila melihat muslimah yang menutup aurat dengan sempurna, tenang rasa dihati. Hati meronta-ronta untuk mencari ketenangan itu. Saya mula membuat pesanan niqab secara online, dirumah sekali sekala saya dikenakan niqab namun kekuatan belum ada untuk saya teruskan keluar rumah.

Alhamdulillah, setahun saya berkecimpung dalam Bisnes Online Shaklee, saya mendapat peluang mengerjakan umrah secara percuma tajaan Shaklee. Seronok, takut dan macam-macam perasaan ada ialah pengalaman kali pertama dan saya pergi seorang diri tanpa suami atau keluarga hanyalah ditemani rakan bisnes Shaklee. Inilah impian yang telah lama saya impikan untuk menjadi tetamu Allah.

Dipendekkan cerita, ketika di Madinah saya membuat belian 2 helai niqab untuk menambah koleksi niqab sedia ada dirumah. Detik di hati manalah tahu tiba-tiba dapat kekuatan untuk berniqab sepenuhnya.
Tiba di makkah, ibadah umrah diteruskan memang feeling lain macam sangat bila kita dapat lihat kaabah didepan mata, menangis …berderai sahaja air mata tidak dapat dibendung. Sangat tenang, damai…terasa sangat dekat… Hari-hari saya cuba untuk menghampiri Hajarul Aswad, dengan ramainya jemaah bercampur lelaki dan wanita ..rasa mustahil untuk tubuh kecil saya ini sampai ke sana, saya lupakan niat itu kerana kondisi kesihatan saya juga tidak mengizinkan.

Hari terakhir saya keluar untuk membuat tawaf sunat seorang diri, berhajat untuk mencari ruang untuk bersama Sang Pencipta. Ketika terlihat bungkusan niqab yang dibeli di Madinah, hati terus terpanggil… tangan mengorak ringan mengenakan terus niqab dan kaki tenang melangkah keluar dari Hotel Hilton.
“Ya Allah, andai ini adalah terbaik buat diriku… berikanlah ku petunjuk-Mu”
Selesai tawaf, seperti biasa saya ambil kesempatan untuk bersolat dan berdoa di Hijir Ismail dan seterusnya ke Multazam. dan di situlah titik tolak bermulanya MAGIK dalam kehidupan saya. Saya di arahkan oleh pegawai/polis yang mengawal kaabah untuk ke arah Hajarul Aswad kerana katanya hari dan waktu tersebut untuk jamaah wanita. Saya merapatkan diri ke arah hajarul aswad dan dengan sendiri badan di tolak ke depan dan kedepan oleh jemaah wanita yang lain sehingga tubuh kecil ini berada benar-benar dihadapan Hajarul Aswad. Menggigil seluruh tubuh, terkedu…

“Ya Allah…. Ya Allah… Ya Allah…”
ketika beredar kembali ke hotel tubuh masih menggeletar. Semalaman memikirkannya dan yakin benarlah saya bahawa itulah petunjuk yang Allah berikan buat saya untuk saya berniqab.

Namun pulang ke Malaysia saya tidak terus mengenakan niqab kerana saya pasti saya perlu menjawab pelbagai persoalan dari mak ayah, adik beradik. Jadi, persiapan haruslah dibuat terlebih dahulu. Lengkapkan diri dengan ilmu, hukum-hakam dalam mengenakan niqab, persoalan ibadah dengan niqab, cara solat, cara makan… dan segala yang berkait dengan niqab. Banyak berdiskusi dengan niqabis yang lain, menyertai group-group Facebook untuk niqabis dan yang paling saya suka bila dapat berkongsi pengalaman mengenakan niqab bersama pemilik Haudaj Abaya di Saujana Utama, di sanalah saya banyak mendapatkan niqab yang saya pakai sekarang, sangat selesa dan mudah untuk bernafas. Antara yang dinasihatkan, pilihlah satu tarikh istimewa untuk memulakan hijrah berniqab dan saya memilih 17 Ramadhan untuk memulakannya. Alhamdulillah.

Setahun telah berlalu, kehidupan dirasakan jauh lebih tenang setelah berniqab. Cabaran pasti ada dan kesemuanya itu adalah kemanisan dalam kehidupan seorang niqabis. Biarlah di kata manusia asalkan Allah ada untuk kita. Terima kasih buat suami tercinta yang mendukung kuat bila saya menyatakan hasrat untuk berniqab. Terima kasih buat emak dan ayah atas doa yang tidak putus-putus untuk anakanda :).

Buat muslimah diluar sana yang ingin berniqab, teruskanlah niat murni ukhti semua dengan ilmu supaya bila ada cabaran datang kita lebih kuat. In shaa Allah.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

7 comments:

  1. Terasa berair mata baca n3 ni.. moga suatu hari nanti umie pun nak berniqab.. in shaa Allah..

    ReplyDelete
  2. Mmg entry ni yg saya tunggu2.. Nanges baca.. Moga hati ini juga diberi kekuatan seperti ummie..

    ReplyDelete
  3. @umie : in shaa Allah, sentiasa mohon pada-Nya..

    @hidayah Mohamad : nanges juga masa menulis.. in shaa Allah.. kekuatan itu datangnya dari Allah..

    ReplyDelete
  4. Ada keinginan...dah lama.cakap pada suami, dia kata boleh (boleh yg betul2 boleh.boleh yg ikhlas) tapi belum jumpa kekuatan sebab rasa banyak sangat kekurangan.
    #dah lama tunggu entri ni.terima kadih MIA.inshaAllah saya menyusul#

    ReplyDelete
  5. Pertama kali saya bersua muka dgn iffah yg dah berniqab..terus terdetik dlm hati..Saya juga mahu jd seperti iffah. Tak tau kenapa..mmg langsung tak pernah terfikir sbelum ni..stokin pn x pakai..berniqab jauh skali..huhu..tp bila jumpa iffah..360 degree terus berubah persepsi sy tentang niqab. Niat yg tiba2 datang..xtahu bila akn tunaikan..mudah-mudahan terbuka pintu hati suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  6. Sebak saya membaca post ni MIA.. xtau la kenapa, tapi hati ni mmg teringin sangat nak berniqab.. tapi masih belum punya kekuatan dari dalam dan luaran.. lantaran sebagai seorang penjawat awam tidak dibenarkan untuk berniqab.

    MIA, doakan saya akan mengikuti jejak MIA satu hari ini.. baru2 ni ada gak terasa nak beli niqab on9, atleast bole try2 pakai atau bile dah ready, niqab nye dah tersedia di rumah..

    mudah-mudahan saya sempat untuk berniqab sebelum mata ini tertutup selamanya.. insyaAllah.. aminn

    ReplyDelete
  7. Manisnya hijrah itu bila ia:-

    bukannya ikut-ikutan
    bukannya dibuat-buat
    bukannya dipaksa-paksa

    Manihnya kerana...

    kerana kerelaan diri atas izinNya..

    Tq MIA for this sharing
    doakan kami semua juga dpt kemanisan berhijrah
    dan istiqomah dalam apa jua hijrah ke arah kebaikan
    yg sedang kami kerjakan
    InsyaAllah





    ReplyDelete