Istimewanya Hari Lahir ke-28....

Alhamdulillah, entry ini mungkin sedikit basi sebab terlewat saya nak ceritakan kisahnya di YAM. Kalo nasi dah jadi tapai dah :). 28 June 2013 genap umur saya 28 tahun, rasa macam tua dah tapi rata-rata orang kata saya masih muda..mungkin sebab kawan-kawan saya semuanya dah 3-series, 4-series... hahahah.. jadi mereka merasakan saya masih muda..Alhamdulillah, sentiasa muda umur dan jiwa.

Tahun ini ada sedikit kelainan pada hari lahir saya, disambut dengan cake ice-cream Baskin Robin, tak pernah saya makan Baskin Robin - pada usia 28 tahun baru dapat merasa. Terima kasih buat adik saya dan family yang meraikan hari lahir saya di rumah.

Cake Baskin Robin
Keesokkan harinya, saya ke Shaklee Wangsa Maju kerana hari ini saya ingin menjamu anak-anak buah dan mereka yang melakukan closing month-end di Wangsa Maju. Persiapan telah buat 2 minggu sebelum majlis lagi. Kali pertama saya membuat pesanan katering, memang tawakkal. Jadi saya telah memilih super senior sekolah saya dulu kerana saya selalu nampak kak Eyerin ni post iklan services yang ditawarkan. Alhamdulillah, memang berpuas hati kerana habis semua juadah yang ditempah, sampai tak cukup!

Kak Eyerin Nasir
Jika anda ingin membuat pesanan katering, bolehlah berhubung dengan kak Eyerin, senior sekolah saya ni. Website: http://nurginias.com. Antara juadah yang dihidangkan pada hari tersebut:

  • Soto Johor
  • Lasagna
  • Pulut Kuning
  • Rendang
  • Meat Ball
  • Teh Tarik
  • Sirap Lemonade
Kesemua juadah untuk 50 orang makan, dan jumlahnya sekitar RM 1500, mahal or murah saya pun tak pasti sebab ini kali pertama saya membuat tempahan katering :) yang pastinya.. makanannya sedap... dan dikira secara purata per head RM 30, berpatutan sangat tu dengan choices of food yang disediakan.  Oh ya, dan lagi satu..jika anda nak buat pesanan katering jangan lupa hi-lite terang2 pada caterer dimana event berlangsung, di office mereka akan barang2 pakai buang dan di rumah mereka akan gunakan pinggan dan cawan plastik.

Seterusnya, tempahan cake, cupcakes tarlets dan cream puff yang saya personally memang berhajat AnisBakery yang sediakan. Terlaksana hajat, setelah 4 tahun tidak makan cake AnisBakery

Sham N Nisa dari AnisBakery.Net saya mula kenal mereka waktu mencari cake utk wedding dan buah tangan/door gift utk tetamu wedding.. Mereka yg menyediakan cake perkahwinan saya  birthday cup cake untuk adik saya dan kuih raya!! Utk rumah saya ...


Sempat 2 minggu lepas ke AnisCafe dan merasa lasagna yg sangat sedap ada choc lollipop.. Dan macam2 lagi.. Memborong choc chip 5 balang dan giant choc chip 5 bungkus.. Hampir habis jadi isi perut kami dirumah.. Sedap!

Faveret saya semalam ialah TCBC ( The Cheesy Blueberry Cheese) tart dan feveret hubby ialah Fruit tart yg fresh n menarik sekali colournya.. Tak sempat nak snap gambar tartlets ..habis di sambarrr

TCBC! Superdelicious~~


Apa yg saya selesa berurusan dengan AnisBakery?

Mereka ni humble orangnya  dan servis mereka terbaik.. Handmade, homemade, muslim dan halal... 

4 Cara Untuk Menghubungi AnisBakery:

Telefon / sms : 6019 – 3797 569 [ Sham ] Atau 6019-255 4537 [ Nisa]
Email : anisbakery@live.com.my
Atau anda boleh gunakan form yang kami sediakan di bawah.
Alamat / Lokasi :
Anis Bakery, No 30, Lot 6076, Jalan Selamat, Kg. Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor

Mereka baru sahaja buka AnisCafe  jgn lupa singgah utk lasagna, crossaint dan macam2 lagi..oh ya, harga yang ditawarkan dengan sentuhan kreativiti kak Nisa ini bagi saya berpatutan :) Tempahan berjumlah ~ RM 1k untuk item-item berikut:

  • 3 tiers - cake & cupcakes (rainbow cake & Choc moist cupcake)
  • 50 TCBC
  • 50 Fruits tartlet
  • 50 Choc Cheese Tartlet
  • 50 Cream Puff
Special, siap ada "Shaklee Logo"
Moga, info yang saya kongsikan ini dapat menjadi panduan anda diluar sana yang merancang untuk buat majlis sambutan hari lagi dan makan-makan. Cake dah ada, apa lagi - sesi potong cake!


Terima kasih semua yang hadir dan meraikan hari yang penuh makna ini. Majlis makan-makan ini juga merupakan majlis kesyukuran meraikan genap setahun saya bergelar Master Coordinator di Shaklee. Seronok dapat bersama anak-anak buah Shaklee :) dan dapat hadiah dari mereka... terima kasih banyak-banyak.. saya suka semua hadiah yang saya dapat...

Hadiah-hadiah yang diterima :)
Baiklah, akan saya ingat detik itu antara moment yang paling indah dalam hidup saya. Terima kasih semua... Jika anda ingin berkongsi tentang mana-mana catering yang best di sekitar Kuala Lumpur, sila tinggalkan komen ya, nak juga saya tahu catering2 servis yang best2 dan review2 dari anda semua.

Love from Melaka....

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment