0707 PGH - Lakaran Sejarah di Palace of the Golden Horses

Cepat masa berlalu, Ramadhan telah pun kembali dan syukur Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk merebut segala pahala kebajikan di bulan penuh keberkatan ini. Hari minggu yang lalu merupakan satu detik sejarah dalam hidup saya kerana buat julung-julung kalinya Empire Jutawan yang dinaung oleh Presidential Master Shareeza, mengadakan perjumpaan mega sebagai menghargai perjuangan dan meraikan kejayaan barisan pemimpin dalam Empire kami.

Tanggal 07 Julai 2013, tarikh yang cukup istimewa bertempat di hotel terkemuka di Kuala Lumpur, Palace of The Golden Horses berlangsungnya "Appreciation Hi-Te Empire Jutawan". Dihadiri lebih 600 orang jemputan dan berlangsung penuh meriah. Saya diberi peluang untuk berkongsi dengan para tetamu yang hadir sedikit tips, rahsia kejayaan dalam melebarkan Empire Shaklee2u yang bernaung dibawah Empire besar Jutawan dan perkongsian dari barisan Master-Master hebat sangat memberi inspirasi dan menyentuh hati.

Tahun 2013, masuklah tahun ketiga saya bersama Shaklee, ia sememangnya pengalam yang terbaik dalam kehidupan saya. Pasti ada ujian dan cabaran yang ditempuh dan itulah yang menjadikannya kenangan manis apabila telah berjaya mencapai tahap tertinggi di dalam bisnes ini. Baiklah mari saya kongsikan beberapa gambar untuk tatapan pengikut setia YAM.

Meriahkan, Ibu, Ayah dan anak-anak bersama-sama menerajui Empire JUTAWAN
Dulu masa awal-awal saya melibatkan diri dalam Bisnes MLM ini, saya diperingatkan oleh salah seorang bapa saudara saya, katanya:

Bisnes MLM ini banyak yang buat suami isteri berbalah dan bercerai, Isteri jumpa prospect ditempat lain, suami pula bertemu downline di tempat lain, meeting tengah-tengah malam hari diluar rumah... anak-anak ditinggalkan terbiar.

Apa yang mampu saya buat ketika nasihat itu diberikan hanyalah melemparkan senyuman. :) kerana saya benar-benar yakin dengan apa yang kami di Jutawan sedang lakukan sekarang dan cukup dengan gambar ini untuk memberikan jawapan balas.

Untuk warga Jutawan yang di sayangi, saya hadiahkan mereka yang hadir dengan Cake & Cup Cake yang diilhamkan khas dengan tema "Fairy Tales", semuanya seakan Fantasi...namun di JUTAWAN, Fanstasi kami direalisikan bukan sekadar dongeng... tetapi REALITI, bukan sekadar... Dreeeeeaaaaaamss... tetapi ianya adunan resipi yang tiada di Empire lain.. 

Cake bersize 6 x 6 kaki... menjadi rebutan anak-anak ..mak ayah pun sama!

Cake Cutting oleh Master dan Sr Key Coordinator dari Empire JUTAWAN

Close Up - Cake design by AnisBakery.Net
Thank you rakan Jutawan, Dila Roslan untuk gambar cake ini. Semoga segala yang dititipkan dalam sharing yang diberi menjadi inspirasi buat semua yang hadir dan bermanfaat untuk mengembangkan Empire Shaklee masing-masing. Majlis ini penuh emosi.... banyak juga tangisan berkaca ...berderai juga...

With Love...


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment