Takut Dengan Diri Sendiri? "U"-Phobia

Ramai yang ternanti-nanti entry ini berdasarkan feedback yang saya terima di Facebook. Topik bualan yang tidak selalu kita dengar di kedai kopi atau di super market, ia berkaitan dengan "TAKUT", "KETAKUTAN"

Selalu kita dengar..

Takut Mandi - Ablutophobia
Takut Gelap - Achluophobia
Takut Tinggi - Acrophobia
Takut Melintas Jalan - Agyrophobia

dan macam2 takut lagi... jika kita lihat senarai lengkap di Wikipedia. Tetapi hari ini saya nak bercerita tentang "TAKUT DENGAN DIRI SENDIRI".. Apa pula istilah yang diberikan kepada mereka yang takut dengan diri sendiri ni?

"YOU-PHOBIA" atau "U"-PHOBIA? Saya lebih suka yang singkat, senang nak ingat... "U"-PHOBIA!

Melalui pengalaman menjadi mentor atau coach di dalam dunia MLM Business, saya banyak belajar mengenal sikap dan sifat manusia dan bagaimana ia mempengaruhi KEJAYAAN seseorang individu. Mengapa ada yang BERJAYA, ada yang TIDAK KE MANA-MANA? Ada orang memberi alasan ... "TAKDIR" yang telah tersurat oleh dirinya bahawa dia tidak akan berjaya. Ada yang memberi alasan... "SIBUK" dengan pelbagai urusan dan macam-macam lagilah. 

Saya suka berpegang kepada prinsip ini:
"TIADA SIAPA BOLEH MENCURI KEJAYAAN KITA 
MELAINKAN DIRI KITA SENDIRI"
Orang yang berjaya kehidupannya dikelilingi aura yang penuh cas-cas yang POSITIF. Jika datang ujian atau cabaran mereka tidak kategorikannya sebagai "MASALAH" tetapi "PELUANG". Manakala orang yang GAGAL selalu dikelilingi cas-cas yang negatif. Proses pembentukan cas-cas diri bermula sejak kita kecil lagi, ia banyak dipengaruhi oleh keadaan persekitaran sewaktu kita membesar sehinggalah dewasa.

Cuba ingat kembali zaman kanak-kanak kita, acapkali "JANGAN"... "JANGAN" ... "JANGAN" itu dan ini yang di tujukan kepada kita. Cuba ingat kembali, sebagai ibu bapa adakah bila anak-anak berumur 3-4 tahun datang untuk membantu kita mengemas rumah... apa yang kita katakan pada mereka? "JANGAN! Nanti bukan makin kemas jadinya" dan pelbagai lagi contoh yang lazim berlaku dalam kehidupan seharian kita. Sewaktu peringkat usia kecil atau kanak-kanak, minda mereka menerima dan memproses semuanya dan itulah yang membentuk peribadinya berbeza dengan dewasa yang mampu untuk menapis apa yang disampaikan kepada mereka. Namun, apabila sedari kecil kita membesar dengan suasana yang negatif, untuk membuangnya ketika dewasa TIDAK MUSTAHIL tetapi memerlukan keazaman yang tinggi.


Rata-rata rakyat Malaysia yang membesar dari zaman kanak-kanak hingga dewasa, banyak mencerap perkataan negatif iaitu perkataan 'JANGAN' dalam minda separa sedar mereka lebih daripada 140 000 kali. 
- Kuasa MINDA Separa Sedar, Mohd Rozani Pawan Chek-
Bagi saya, penentu ukur kejayaan adalah 90 - 95% datangnya dari diri sendiri. Bukanlah alasan membesar dalam keadaan yang negative menjadi asbab untuk kita tidak berjaya. Apa yang penting, kita haruslah bertindak untuk menanganinya iaitu dengan melompat keluar dari ZON SELESA kita. Mulakan mengubah ayat atau bahasa pertuturan harian kita, dari berkata "AKU TAK BOLEH" kepada SAYA BOLEH. Gunakan "TIDAK" pada tempat yang BETUL, begitu juga dengan "JANGAN". Padamkan perkataan negatif dari perbendaharaan kata kita. Ingat, kata-kata itu merupakan doa! Be careful for what you WISH!.

Kini, banyak saluran baik bercetak atau electronik yang menceritakan teknik-teknik untuk menjadikan diri yang lebih POSITIF. Salah satunya, "KUASA MINDA" yang banyak bercerita tentang KUASA MINDA SEPARA SEDAR atau minda segar kata Prof Muhaya dalam rancangan bual bicara di Astro Oasis "Reset Minda:. Antara yang menjadi kegemaran saya ialah teknik "Penyataan Diri (Affirmation)" dan saya telah memberi contoh seperti di atas "DELETE" perkataan yang negatif dalam percakapan harian kita dan ulang dan ulang kata-kata yang positif tentang diri kita. Cuba anda buat latihan ini dan rasakan perbezaan pada diri anda.

Baiklah, saya tidak akan kupas lebih detail tentang kuasa minda ni, anda boleh cari infonya di internet mahupun di buku-buku. Banyak sangat! Nak tak nak je BACA!

Salam sayang,

Iffah Anuar
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment