Kek Batik dan Puding Karamel :)

Bercerita tentang makanan pula hari ini, sebab hari ini tekak ni rasa nak makan sahaja. hehehe. Saya minat sangat tengok siaran TV tentang masak-masak... minat juga nak memasak tetapi ..hehehe... bukan malas tapi satu badan sakit bila renyah2 masak :) (Alasan la sangatkan!)

Hari ini, melihat biskut marie yang banyak di dapur, butter cup yang dah lama menjadi penunggu peti ais... "mari buat kek batik!" Saya suka masak untuk mereka yang  ada di rumah ini...apa sahaja kegemaran adik, suami... yang itulah saya masak untuk aktiviti mengunyah masa lapang. Jadi hari ini nak share, antara banyak-banyak resepi kek batik yang telah saya cuba, yang saya rasa sedap, kurang manis...di ambil dari My Resipi:

Bahan-bahan

  1. 1 cawan mentega
  2. 1 cawan milo
  3. 1/2 cawan gula ( Yang ni saya tak letak sebab manis, tapi ikut masing2la kan..)
  4. 2 biji telur
  5. 1 cawan air
  6. 1 paket biskut marie

Cara-cara

  1. pukul telur mentega sehingga kembang
  2. sementara menunggu mentega kembang, masak milo, gula bersama air sehingga gula hancur
  3. kemudian, campurkan mentega yang sudah dipukul tadi ke dalam milo tadi dan biarkan masak seketika
  4. pecah biskut marie dan masukkan ke dalam periuk. padamkan api dapur dan kacau sebati
  5. masukkan ke dalam loyang yang disapukan dengan mentega. tekan dan padatkan adunan. biarkan sejuk. sedia untuk dihidangkan

dan siapppp :) 10 minit pun boleh siap.... taraaaa

Credit: Ain-PinkHouse utk gambar ini.
Kek batik yang baru saya buat tadi, sedang bertapa di dalam peti ais. Nanti kite bagi review rasanya. Seterusnya, makanan untuk kunyah-kunyah yang suka saya standby dalam peti sejuk ialah puding karamel, dulu suka beli sebab tak tahu macam mana nak buat, rupanya senang aja... beli aja Cream Caramel Amway :)

Jangan tak caya, Amway jual mende2 camni.
Yang anda perlu ada, 1 liter susu full cream jika nak berlemak-lemak... fresh milk jika nak rasa light2 gitu. Memang caranya pun mudah sangatlah, ada di ceritakan di belakang kotak... 5 minit boleh siap ni! Satu kotak ni ada 2 bungkus, 1 liter susu untuk 1 bungkus. dan 1 bungkus tu boleh dapat 12 cup puding caramel yang size sedang :) kalo yang kecik2 tu 20> pun boleh rasanya... ikut banyak mana yang anda isilah kan...so sape2 nak try, g cari member2 yang jadi distributor Amway sebab, if u all ke branch or stokis Amway, tanpa keahlian tak boleh beli barang..nanti kene ceramah panjang nnt ..hehehe (ni sebab dah terkena batang hidung sendiri).. Tapi kalo Shaklee senang je, g kaunter guna je ID kawan yang merupakan Pengedar Sah Shaklee, terus boleh dapat barang di tangan... 

Baiklah, selamat mencuba~

 Bon Appetit! 
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment