Go For Green... Mari Berbakti Kepada Bumi :)

Terjebak? begitulah bunyinya. Semuanya bermula sejak menjejakkan kaki di Cameron Highlands. Penuh dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang fresh! dan melihat sistem fertigasinya, jimat ruang dan boleh buat sendiri di belakang rumah! dan darah yang mengalir dalam tubuh ini memang membesar dengan hasil bakti kepada tanah...

Makanya, singgah di ACE MART di Saujana Utama, saja-saja nak window shopping buat kali terakhir sebab lepas ni tak tau lagi bila sampai sebab dah pindah Melaka. Bila lalu kat garderning tools & accessories... "I Terpikat" hehehe lalu membeli belah lah di situ. Hasilnya?

Taraaaa.... Tomato, Pak Choy, Carrot dan Labu!

Apa yang disemai? Tomato, Pak Choy, Labu, Lettuce (2 jenis), Carrot. Saja try Lettuce dan Carrot ..biasanya di kawasan sejuk ia tumbuh, tomato, pak choy dan labu memang yakin 100% akan tubuh.. Selepas seminggu semai, alhamdulillah... tak sangka carrot pun hidup...yippie! kita tunggu di besar sikit lagi dan lepas tu pindahkan di batas-batas... Wahai pokok-pokok ku, hidup suburlah kamu ya... 

Happynyaaaa!

Baiklah, mari sambung entry ini..semalam sebab dah mengantuk so post dulu :) ok.. saya suka relatekan biz MLM ibarat kita menanam pokok... peringkat awal, kita perlu sediakan tapak semaian dan peralatan  untuk bercucuk tanam. 



Tanah - Kenal pasti apakah ciri tanah yang bersesuaian dengan tanaman yang kita nak tanam. Janganla semai sawi guna pasir pantai kan! sama juga, pastikan kita study apakah medium yang bersesuaian untuk kita bina organisasi biz kita. Online or Offline? Apa yang terbaik boleh kita sediakan untuk proses duplikasi berjalan dengan baik dan efektif.

Biji Benih - Jika beli benih, pastikan kita membeli benih yang terbaik ...namun dalam sepaket plastik benih yang kita beli...bila disemai, tidak semua akan bercambah. Begitulah dengan downline-downline dalam Biz MLM, namun begitu benih yang baik dan bercambah itu pastinya BERKUALITI :)

Ruang - Pokok memerlukan ruang utk dapatkan cahaya, untuk dapatkan air dan garam mineral bagi memastikan ia tidak menindas pertumbuhan satu sama lain. Sebab tu, jika semai pokok rapat2 ada yang terbantut ada yang terlebih subur. Manusia memerlukan ruang untuk mereka berkreativiti kerana setiap manusia ini unik..ada yang suka buat marketing guna facebook, ada yang suka guna blog dan macam-macam lagi.

Penjagaan Tanaman - Perlu di siram, di baja dan mendapat pencahayaan yang cukup.... begitu juga dalam menjaga organisasi biz MLM kita :) perlu konsisten dalam menyiram ilmu , tips , motivasi ...dan memberi penerangan yang secukupnya untuk mereka tumbuh subur.

Pernah dengar tak, orang kata jika nak pokok kita sihat & subur kita kene bercakap dengan pokok tu hari2 dan bercakap yang positif sahaja... samalah juga diaplikasikan dengan manusia... so cakap hari2 dengan pokok yang kita tanam tu ya.. kalo tak percaya.. anda ambil 3 pokok yang sudah bercambah..labelkan

A - Radas Kawalan : Tak perlu cakap apa2
B - Cakap hari2 yang positif dengan pokok..
C - Cakap hari2 yang negatif dengan pokok..

then anda tengok pokok mana yang paling subur? nanti boleh update dengan saya hasil ujikaji anda...

Baiklah...banyak pula tips kiasan yang saya berikan untuk entry ini..Semoga bermanfaat buat semua..

Pokok oh Pokok!





Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment