[Entry Sengal] Akak Jual Hand Sock Yang Boleh Masuk Jari-Jari tu?

Baiklah, National Confernce dah pun selesai. Entry NC nanti saya tulis yang ini nak cerita..nak kongsi la lebih kurang sebelum makin ramai yang tanya...

"akak Iffah jual ye handsock yang boleh selit jari-jari tu?"
hehehe, ye memang saya ni rajin berniaga tapi takla sampai semua benda saya nak jual kan, nantikan apa pula orang lain nak jual. jadi saya nak kongsi dengan anda semua, terutama muslimah-muslimah yang sangat prihatin dengan pemeliharaan aurat (tak nak lah kita tambah dosa yang sedia banyakkan).

Soalannya: Di mana saya beli handsocks jejari ini?

Saya pun lama dah mencari, kali pertama jumpa di kedai-kedai di Tesco Setiap Alam, kedai yang salu saya beli jubah-jubah indonesia dan blouse cotton. Kebetulan terjumpa sewaktu cari qurtah untuk suami, adik dan ayah sebelum umrah april lalu.. itupun satu je tinggal.

Jadi saya pun terfikir..saya ni online seller, mesti ada juga handsocks jejari ini dijual secara online! Telahan saya tepat bila saya google dan cari di Facebook....

Baiklah, saya share dengan anda ya..

Seller pertama : Handsock Jejari

Gambar di FB Seller
Ni Model gayakan handsocks Jejari (kiri)

Review:

  1. Saya rasa murah harga yang ditawarkan, saya beli 1 dozen : RM 37 termasuk postage - jadi satu handsock berharga ~RM 3 ..jauh lebih murah dari beli di kedai harganya RM 9 - RM 10 sepasang!
  2. Mudah berurusan dengan owner Handsock Jejari ini dan pengurusan penghantaran pun cepat.
  3. Colour yang available, Black+ Skin+ Blue+ Dark Blue+ White + Pink+ Maroon+ Grey.
  4. Harga - 1 Dozen : RM 37 , 2 Dozen RM 70 ...memang jimat kalo borong.
  5. Ramai yang berkenan dengan handsock jejari yang saya pakai ni, memang selesa ada style dan kelainan dan paling penting ia tidak melurut (kurangla potensi nampak lengan...memang tak nampak pun lengan)
Seller Kedua : Hijab, handsock/sock

Yang ini ada banyak jenis handsocks.. rambang mata mok cik nak pilih. 

Jenis-jenis yang ada:
Cotton

Yang ni saya suka, sangkut kat jari hantu

Yang ni pun saya beli, saja nak test
Seller ni pun ada jual handsocks yang sama macam seller pertama cuma harganya berbeza :) yang tu u all pergi check sendiri ya... yang pastinya, semua handsocks yang saya beli dah selamat sampai dan saya suka sangat! Plus, saya dapat FREE 1 handsocks yang lain coraknya... Terim kasih banyak-banyak. Nanti dah habis lunyai saya punya handsock saya borong lagi ya..

Moga menjawab soalan2 muslimah diluar sana (^___^)v .. Jom jaga aurat kita!

Sebagai penutup entry ini saya kongsikan "Panduan Pemakaian Wanita Muslimah" yang saya google dari blog Ummie Thinie Collection:


Penuhi syarat-syarat menutup aurat bagi seorang wanita :
1. Menutup aurat menurut yang telah ditetapkan
-Seluruh badan wajib ditutup kecuali muka dan tapak tangan.
2.Pakaian yang longgar
-Wanita yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh tubuhnya masih belum memenuhi tuntutan syarak.
3.Pakaian yang tidak jarang
-Syarak menetapkan pakaian wanita mestilah tidak jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh dan warna kulit.
4.Bukan pakaian yang menarik perhatian
-Tidak memakai pakaian yang menarik perhatian orang, contohnya pakaian yang berlainan daripada orang lain sama ada dari segi warna, fesyen dan sebagainya.
5.Tidak menyerupai pakaian orang lelaki atau pakaian orang kafir
-Sabda Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas yang bermaksud : “Rasulullah S.A.W. melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.”
6.Tidak bertabarruj
-Tabarruj diertikan sebagai bersolek secara berlebih-lebihan. Selain itu, ia membawa erti memperlihatkan keelokan, kecantikannya yang sepatutnya wajib ditutup.
Berdasarkan firman Allah S.W.T.dalam surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud : “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliyyah dahulu.” Sekian semoga menjadi panduan para isteri dan anak-anak perempuan.
Pesan saya: Nak cantik, berfesyen tiada masalah ... yang penting ikut garis panduan Islam yang telah ditetapkan.
____________
Iffah Anuar
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

20 comments:

  1. thumbs up! saya memang tercari2 handsocks gini...tq MIA.

    ReplyDelete
  2. Hanni Hanafi : Alhamdulillah ... tula ramai yang PM2 MIA.. so dah bgtau sini senang...

    ReplyDelete
  3. thanks kak..memang tercari2 jugak yg murah..biasa beli kat maydin je..tp taklah murah sangat pun..hehehe..

    ReplyDelete
  4. salam kak.. even post ni dah lama. sy still nak tye. ada tk lagi handsoks yang selit kat jari hantu tu..???

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum , macam mana nak beli ? :)

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum..
    saya pn tercari2 handsock yg selit at jari hantu.. mana nk dpt ye?

    ReplyDelete
  7. yang second hand socks tu, where can i get it? nak link? price berapa?

    ReplyDelete
  8. bley msg sye x?.. sye nk thu cm ne proses beli brg nie... 0124832834 urgent

    ReplyDelete
  9. Nampak sangatlah yang komen-komen dientry ini tak baca apa yang saya sharekan di entry ini.. bukan saya yang jual. saya kongsikan sudah link tukang jualnya dalam entry...silalah baca.. bukan hanya tengok gambar dan assume saya seller.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum kak.. Nape eh sy buka link yg seller no 2 tu page not found? Boleh tlg x sbb ngt nak borong handsock jari hantu tu..

      Delete
  10. assallammuallaikum, nak ingin membeli handsock dimana ni ukh, i want it n like this ^^

    ReplyDelete
  11. Cemana sy nak borong handsock ni sis. Email saya aliyayana96@gmail.com atau whtsapp 0102973996 or wechat sy sis. Pleasee

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum. kat mana akak beli handsock zara haseena tu? berapa harga? nak link

    ReplyDelete
  13. Saya ada jual handsock jejari. Whatsapp 0139233273

    ReplyDelete
  14. Follow ig : @ainmuslimahonline
    utk barangan muslimah. Murah sahaja. Handsock, stokin, semua ada. :)

    ReplyDelete
  15. Assalam.....
    PM saya harga handsock yang di jual......urgent sangat....

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum kak mira aida .. boleh tolong tak postkan gambar-2 pilihan handsocks jejari yang ada di FB saya ..? sebab saya tak ada whatsapp dan sebagainya tu .. boleh tak .. ni address nya ya .. mohon harga sekali .. terima kasih .. :)
    https://www.facebook.com/virgo.girl98

    ReplyDelete
  17. Assalam akk .. Cam mne sy nk contexs akk .. Bole add wecht sy ta .. Please .. Sy pelu kn nya
    Id: siti_sha9786

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum sy ada menjual scr runcit dan borong pelbagai jenis handsock ..boleh like page sy www.facebook.com/khasyazcollection dan follow ig sy
    http://instagram.com/sitisyazawani atau boleh terus whatsapp 0193663214. Syukran jaziiilan :)

    ReplyDelete