[Biz Tips] Telan dan Telan Kepahitan untuk Kemanisan sebuah Kejayaan

Bila kita berada di puncak kejayaan, ramai yang beranggapan ia MUDAH tetapi hakikatnya, tiada kejayaan yang datang bergolek-golek dengan MUDAH. Ia disulami kepahitan, tekanan, rintangan, cabaran.... dan pengakhirannya barulah sebuah kemanisan...

Di dalam Biz MLM normanya, kita bekerja secara berkumpulan kerana kejayaan seorang leader di dalam Biz MLM adalah diukur dengan pencapaian ORGANISASI nya, bukanlah kejayaan individu leader tersebut. Jadi, berada di dalam industri MLM ini bukanlah sekadar untuk memajukan diri-sendiri tetapi ianya lebih untuk membantu setiap orang dibawah pimpinannya.

Bagaimana menjadi leader yang hebat? 




Saya berpegang pada satu bidalan atau success quotes ini (one of my favourite)

"Give a man a fish and you feed him for a day. Teach a man to fish and you feed him for a lifetime."
Konsep ini sebenarnya saya pelajari sejak dari saya praktikal lagi, bekerja di sebuah syarikat multi-nasional memang banyak ilmu yang saya dapat tetapi bukanlah diberi secara terus, knowledge transfer itu diberi dengan berada dekat bersama mentor atau coach atau supervisor ketika kita bekerja. Sebagai pendatang baru dalam satu lapangan, ilmu teori yang dibelajar diuniversiti tidaklah sebanyak mana membantu untuk berkembang, ilmu-ilmu itu haru diaplikasi di dalam lapangan barulah dapat meningkatkan value kita dilapangan tersebut.

Melihat kepada konsep mentoring, seorang mentor tidak secara terus memberikan jawapan kepada apa yang kita perlukan sebaliknya, mentor hanya menunjukkan laluan bagaimana untuk melakukan perkara tersebut. Kepercayaan diberikan sepenuhnya kepada kita untuk melakukannya dan pastilah, mentor akan sentiasa anda untuk guide, setiap ruang yang ada untuk penambahbaikan, akan diberitahu kepada mentee. Namun ada sahaja salah tafsiran oleh mentee yang mentornya hanya mencari kesalahannya sahaja. Mindset negative seperti itu haruslah dibuang jauh sekiranya kita ingin berjaya.

Samalah apa yang berlaku dalam Biz MLM. Untuk berjaya kita perlu ada seorang mentor atau coach untuk menjadi tempat rujukan kita. Pernah saya disindir dan dicemuh oleh anak didik Shaklee saya, mengatakan saya kedekut ilmu, saya mencari salah mereka ..saya telan semuanya... telan dan telan, kerana sebagai leader saya jelas dengan konsep mentoring & coaching. Jika kita di bilik darjah kita di "spoon feed " segala ilmu disuap... jika nak jawab exam bolehlah begitu, tetapi di alam nyata tidak sebegitu.

Tapi apa yang saya lebih suka dengan Biz MLM, ketika bekerja di syarikat multi-nasional dulu, sebagai mentee bila melakukan kerja of coz kerja orang bawahan lebih teruk untuk kita belajar jadi pandai tetapi kreditnya lebih kepada superior yang dapat, kadang-kadang anda tak dapat apa-apa kredit... tetapi dalam Biz MLM, apa yang anda buat... itulah yang anda akan dapat.. terutama dalam Shaklee. Nak dapat results yang LUAR BIASA, usaha harus LUAR BIASA juga.. nak income 6 angka sebulan? usaha haruslah setimpal untuk melayakkan anda merasai nikmat menatap bonus 6 angka di akaun bank anda..tak gitu??

Baiklah, sediakanlah sekeping hati yang BERSIH dari PRASANGKA dan CEKAL untuk BERJAYA. Sebelum tidur, saya titipkan dengan poster ini:


Sayang anda semua :)

__________
Iffah Anuar


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment