Sibuk sangat? Sibuk memberi Alasan!

Assalamualaikum, pengikut [YAM] yang setia hari-hari check saya update entry atau tidak, jangan lupa subscribe via EMAIL, nanti bila saya update entry baru terus masuk ke email anda. Tak perlu risau tertinggal tips motivasi or inspirasi kehidupan dari saya.

Minggu ini sangat sibuk? Setiap hari pun ada kesibukannya. Waktu bertenang ialah ketika melakukan Umrah, sebab tu rasa nak berhijrah duduk di Madinah menjadi jiran Rasulullah SAW (simpan angan-angan... DREAMs come true when you BELIEVE, tiada yang MUSTAHIL). Jadi, bila sampai Malaysia, sudah pastilah hujan, bah, tsunami pun boleh saya katakan.. email, sms, PM di FB, Whatsapp tak payah la nak kabo, beratus2 notification! sampai hang telepon saya (saja bagi hint nak tukar iPhone 5 baru... hehehe) dan mulalah kesibukan..

15 May 2013 saya menjemput jemaah umrah dan ziarah Dubai tajaan sepenuhnya dari Shaklee, yang sememangnya bestla sebab tahun lepas saya dah pergi...Umrah dan Ziarah Turki.. Layanan istimewa, hotel mewah, package exclusive dan macam-macam lagi laa.. yang tak pernah terfikir pun MAMPU nak dapat semua tu sebelum saya join Biz Shaklee :) Seronok tengok anak didik turut sama merasainya.. Tahun ini of coz lebih dan lebih ramai lagi Business Leader dibawah bimbingan saya di Shaklee 2u akan layak untuk program Umrah dan Ziarah Egypt! Ameeen..

(Sesampainya di KLIA, selepas lebih 9 jam tidak mandi)

Bau yang lebih 9 jam tidak mandi tulah yang nak dicari, bau dari Makkah. Macam-macam lah orang nikan. Yang pastinya, kenangan terindah menjadi tetamu Allah itu tidak boleh dibayar dengan wang ringgit mahupun harta benda. Bukan semua orang berpeluang untuk menjadi tetamu Allah. Ada yang kaya berharta tetapi masih belum sampai ke rumah Allah, ada pula yang miskin atau orang biasa-biasa sahaja, tetapi telah sampai bertamu di rumah Allah. Ada yang sihat, cukup sifat tidak jua sampai ke rumah Allah, ada yang berkerusi roda, cacat anggota diizin Allah dan diberi Allah panggilan untuk bertamu ke rumahNya. Jadi, jika di seru tu jangan lepaskan peluang untuk pergi. Sekali pergi memang nak berkali-kali pergi selepas itu.

Baiklah back to tujuan menulis entry ini,  ramai yang tanya... minta saya share rahsia saya berjaya dalam usia yang muda ada yang kata menjadi jutawan (walaupun saya rasa belum cukup lagi nak jadi jutawan macam IK.. sikit hari lagilah..tak jauh dah).. Apa rahsianya ya.. ? Tidaklah ia menjadi rahsia manapun, tetapi terkadang manusia ini tidak sedar. "Aku cintakan ALASAN " apa kata akar "ALASAN" ni? datangnya dari "ALAS" .. senang cerita macam alas meja.. apa tujuan kita letak alas meja, nak cover mejakan... lagi2 bile meja tu  dan penuh dengan peta-peta dunia, penuh dengan lubang-lubang ... lagilah tebal alas meja kita guna, nak cover keburukan meja tu.. sama jugalah dengan "ALASAN" ... digunakan untuk cover macam2lah peel kita, cover MALAS, cover suka buang masa, cover suka gossip, cover malas membaca, cover itu ini.. cover papejela.. 



Jika nak BERJAYA, jangan banyak memberi ALASAN... Buat sajalah! (Just Do It!). Kalo disenaraikan alasan memang sampai kekiamat pun takkan habis... dan PILIHAN kita sebenarnya... cabaran dan ujian hidup pasti datang, tiada orang lahir je terus berjaya, setiap yang berjaya jika anda tanya...semuanya melalui pelbagai ujian, cabaran ..jatuh dan bangun..tapi mereka yang berjaya tak jadikan cabaran dan ujian sebagai ALASAN untuk mereka GAGAL.. tetapi mereka menjadikan cabaran dan ujian itu PELUANG untuk mereka BERJAYA...

Wallahualam, anda yang mana satu? Sibuk sangatke? Sibuk memberi ALASAN?


Selamat malam, bersiaran dengan line hotspot celcom yang sekejap ada, sekejap tak ada.. tapi bukan ALASAN untuk saya tidak tulis entry inikan... :)


Iffah Anuar - Si Unta Qaswah

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

3 comments: