Dah Tak Kaya, Nak Buat Macam Mana?

Alhamdulillah, berakhir sesi Family Day Shaklee 2U( organisasi Shaklee di bawah naungan saya). Seronok, bila sebut FAMILY, yes Shaklee ni business yang melibatkan suami, isteri, anak-anak .. Mak ayah adik beradik pun ada.. Bestkan, selalu kita dengar bila sebut Biz MLM .. Sorang2 pergi meeting malam2, anak2 tinggal terabai ;).. Oh tidakkk di Shaklee 2U ..


Saya nak share dengan anda gambar2 kami berfamily day, tapi entry ini saya guna mobile apps, jadi tunggu sy upload banyaaaakk banyaaak next entry nnt ya.. dah boleh upload sebab dapat pegang my Lappy :) nak lebih lagi, nanti saya upload FB ya...
Telematch - Kerusi Beracun (kanak-kanak)

Feel the s2u Aura :)

Telematch, Rebut kerusi kaum bapa pula, kelass kan siap dukung anak, makan Shaklee memang power!
Special gitu, aura magik...magik dari great2 masters dan key leaders... special terbang dari Miri pun ada :)

Saya suka sangat, memang happening. Dengan telematch .. Berlari, tiup belon, isi air, rebut gula, rebut kerusi.. Hahahah macam2 gelagat.itulah aktiviti hari pertama kami.

Hari kedua diisi dengan pengisian MAGIC AURA dari leader2 dibawah s2u, dah besar panjang anak omak.. Bangga betul saya :) macam anak sendiri kalo dah besar berjaya.. Memang bangga habislah.. Syukur Alhamdulillah. Saya menutup sesi MAGIC kami dengan sedikit peringatan buat anak cucu saya..

"Jangan Takut Jadi KAYA"

Ya, tepat sekali, terutama umat Islam, muslim kita mesti KAYA RAYA.. Suka saya berkongsi apa yang disampaikan oleh Imam al-Syarawi:

"Kewajipan menunaikan zakat pada orang Mukmin dapat memainkan peranan dalam kehidupannya bagi terus bekerja dan beramal supaya dapat memberi manfaat kepada dirinya dan orang lain yang tidak mampu bekerja (termasuk golongan penerima zakat). Ketika Allah meminta manusia berusaha di muka bumi, tidak meminta sedekah dan berusaha dengan apa yang termampu sahaja. Malah digalakkan berusaha lebih daripada sekadar keperluan, sehingga usaha ini meluas dan mencakupi kehidupan orang yang tidak mampu berusaha dan bekerja. Oleh itu masyarakat akan mendapat manfaat, menghilangkan perasaan hasad dengki serta membersihkan jiwa."

• Bagaimana kita mahu menunaikan ZAKAT sekiranya TIDAK KAYA???
• Bagaimana mahu tunaikan HAJI sekiranya TIDAK KAYA????
• Bagaimana mahu menolong ANAK YATIM dan FAKIR MISKIN sekiranya TIDAK KAYA?

Dah tu nak buat macam mana kalo TAK KAYA??

___________
Iffah Anuar
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment