Umrah & Ziarah : Janji Syafaat Rasulullah SAW

Assalamualaikum w.b.t,

Dalam kesibukan saya menyiapkan persiapan umrah dan beberapa urusan lain, saya tidak sempat untuk menyampaikan perkhabaran di [YAM] berhubung pemergian saya ke tanah suci.

Alhamdulillah, malam semalam kami sekeluarga telah selamat sampai ke tanah suci Madinah, tanah dimana bersemadinya baginda Rasulullah SAW , kekasih Allah SWT. Rindu bertamu dihati semakin terubat ;)

Sedikit pengisian yang ingin saya kongsikan dari tazkirah yang diberikan oleh mutawifah Andalusia mengenai kelebihan berziarah ke tanah haram Madinah dan ziarah makam Rasulullah SAW.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Siapa yang menziarahi aku di Madinah untuk mendapat pahala, aku akan menjadi saksi dan beri syafaat untuknya di hari kiamat”
(Riwayat Baihaqi Dari Anas Bin Malik)

Mungkin juga ziarah Nabi selepas kematiannya (ziarah kubur Nabi) sama seperti menziarahinya seperti semasa Baginda hidup:

Sesiapa yg menziarahi aku selepas kematianku seumpama dia menziarahi aku ketika aku hidup. (Hr Ad-Dar Qutni)

Dalam hadith yang lain, diterangkan tentang kelebihan sembahyang di Masjid Nabi selama 40 waktu (8 hari) berturut-turut:

SESIAPA BERSOLAT 40 WAKTU SOLAT DI MASJID KU SECARA BERTERUSAN TANPA MENINGGALKAN SATU SOLAT PUN, MAKA DITULIS UNTUKNYA KESELAMATAN DARIPADA API NERAKA, KESELAMATAN DARI AZABNYA DAN TERLEPAS DARI BAHAYA NIFAQ”. (SAHIH SUNAN AT-TARMIZI).

Syafaat Qubra
-----------------

“Barang siapa menziarahi kuburku pasti dia mendapat syafaatku.” – (Riwayat Al Bazzar dan Al Darulqutni daripada Ibn Omar)

Menurut ustazah, Rasulullah SAW satu-satunya Nabi Allah yang boleh memberi syafaat qubra.

Alhamdulillah, ziarah kali ini banyak ilmu baru yang dapat dipelajari. Moga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi pengetahuan buat kita semua. Bukan semua terpilih untuk sampai ke bumi penuh barakah ini, tersentuh dengan kata-kata ustazah tadi:

Kaya bukanlah ukuran, kerana ada yang lebih kaya tetapi belum terpanggil utk datang berziarah.

Sihat dan berpeluang bukanlah ukuran, kerana ada yang lebih sihat tapi masih sibuk mengurus dunia.

Andai ada seruan, punyai kesempatan, diberi peluang dan kesihatan ziarahlah bumi penuh barakah ini untuk meraih syafaat yang dijanjikan Rasulullah SAW.

In shaa Allah, anda punyai ruang waktu akan saya terus menulis perkongsian di [YAM].

Salam rindu dari saya di Tanah Suci Madinah.

____
Mia



Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment