1,2,3..... Lumba!



Alhamdulillah, hari ini diberi saya peluang untuk bernafas sehari lagi dan menulis entry baru di [YAM]. Semalam antara hari yang manis dalam kehidupan saya, bercarnival di Hotel Equatorial Melaka bersama-sama teman-teman seperjuangan. Untuk pertama kalinya, dijemput menjadi ahli panel forum business.. Pengalaman yang sangat seronok! Ini yang buat tangan menghayun ringan untuk saya kongsikan intipati bualbicara saya semalam.

Hidup kita ini ibarat perlumbaan, setiap dari kita bermula dari permulaan yang sama. Persoalannya dengan siapa kita berlumba? Jika kita memilih untuk berlumba dengan orang lain, kita akan mudah berputus asa kerana sudah pasti akan ada insan yang mendapat lebih kejayaan, lebih wang, lebih klien dan macam-macam lagi yang lebih... bila berlumba dengan orang, kita bukan mengejar kejayaan tetapi sebaliknya mengejar orang... lama-kelamaan kita kepenatan dan mengalah.

Jika kita ingin berlumba, pastikan kita berlumba dengan diri kita sendiri dan diatas litar lumba kita sendiri. Di mana destinasi penghujung perlumbaan kita? -  Kitalah yang memilihnya. Bagaimana kita ingin sampai ke garisan penamat? - Kita yang harus memilihnya. Bila berlumba, fokus pada litar lumba dan destinasi garisan penamat kita, jangan kita sibuk menoleh ke kiri dan ke kanan melihat orang lain yang sedang rancak berlumba. Asyik sangat melihat orang tak sedar langkah sendiri menjadi perlahan dan sudahnya anda berlari setempat sahaja, bila nak sampai macam ni kan? Asyik sangat tengok orang sudah mara ke hadapan, lubang di depan tak sempat dielak, terjatuh kita...

Bila berlumba, jangan kacau litar orang sebaliknya fokus pada litar anda. Nanti sibuk sangat tabur paku dilitar orang, orang tu jatuh dia bangun semula dan terus memecut..kita? Terhenti kerana sibuk tergelak berjaya menjatuhkan orang lain... sudahnya orang dah lari jauh ke depan, kita masih ketinggalan.

Sudah pasti litar lumba kehidupan berliku-liku, jadi kita lalui setiap liku-liku itu, mungkin ia membuatkan kita perlahan tetapi jangan pernah berhenti dari berlari, teruskan berlari sehingga sampai ke destinasi penamat. Ada masanya kita tersalah jalan, segeralah u-turn dan kembali fokus pada litar lumba kita. Yang pasti dan jelas, matlamat kita berlumba adalah untuk sampai ke penghujung..garisan penamat (impian kita, goals orang putih kata). Berlumba dengan diri sendiri, diatas litar lumba anda sendiri. Bagaimana anda nak sampai, anda yang putuskan, anda nak berlari? berjalan? menaiki kereta?roket.... anda yang putuskan!

dah ready nak berlumba?


_________________
MIA - Si Rama-Rama


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment